Phuwin, Gemini dan kawan seumuran dengannya, melompat sambil bersorak gembira bila mereka sudah habis semester terakhir dan sekarang ini mereka perlu intern.
Phuwin berjalan ke arah Gemini yang duduk sendirian di atas kerusi batu. Dahinya berkerut bila melihat wajah Gemini yang muram.
" Hey, kau okay tak ni ? " tanya Phuwin sambil menepuk bahu Gemini. Dia duduk di sebelah Gemini.
Gemini tersenyum hambar.
" Kalau kau tak boleh senyum, tak perlu senyum. Nanti okay lah Fourth tu " kata Phuwin, perlahan.
Gemini menghela nafasnya. Dia menyentuh-nyentuh bucu kertas dengan wajah yang muram.
" Kau kena control perasaan amarah kau tu. Kau nak mengasari Fourth lagi ke ? " tanya Phuwin, menongkat dagunya.
" Aku tak nak mengasari Fourth tapi... tapi.. hahhh.... " Gemini mencengkam rambutnya, " Kau mesti faham aku kan ? " Gemini memandang Phuwin dengan sayu, berharap Phuwin memahaminya.
Phuwin mengangguk, " Iya, aku faham. Kau perlu memperbetulkan hubungan kau dengan Fourth. Kalau tak, aku takut kau terlambat dan kau akan menyesal. Kau nampak Fourth kuat di luar tapi dia rapuh di dalam. Aku takut kau akan kehilangan Fourth. Cuba lah berbaik dengannya " kata Phuwin sambil menepuk-nepuk bahu Gemini.
Gemini mengetap bibirnya. Dia mengesat wajahnya dengan kasar.
" Malam ni kau datang ? " tanya Gemini, memandang Phuwin.
Phuwin senyum dan menggeleng, " Tak. Aku nak rehatkan badan aku. Aku nak cukupkan tenaga aku supaya aku bersemangat pergi intern " jawap Phuwin ringkas.
Gemini angguk.
" Kau intern kat mana ? " tanya Gemini lepas dia mendiamkan diri agak lama.
" Hotel pho aku lah. Aku perlu belajar beberapa bahagian sebab nanti aku yang kena ambil perniagaan hotel pho aku " bagitahu Phuwin dan membaringkan kepalanya di atas meja batu dengan helaan nafas yang panjang.
" Kau ? Intern kat mana ? " tanya Phuwin pula bila Gemini tidak memberikan respon.
" Hmmmm... Hospital "
Phuwin berdecit, " Memang aku tahu kat hospital, takkan kau intern dekat pemakaman pula. Aku tanya kau masuk kat hospital apa ? " dengus Phuwin dan dia bangun daripada duduk.
Gemini hanya mengangkat bahu.
Phuwin berdecit perlahan.
" Aku pergi dulu. Maybe nanti kita susah nak berjumpa sebab sibuk " kata Phuwin sambil menepuk bahu Gemini.
" Hm ! Aku harap kau tak lupakan aku lah " sengih Gemini dan memeluk Phuwin.
Phuwin mendengus geli dan dia kembali memeluk Gemini, " Baiklah. Jaga diri kau elok-elok. Jangan terlalu banyak berfikir sebab nanti kau sakit " pesan Phuwin dan merenggangkan pelukannya dengan Gemini.
" Kau pun sama " Gemini menyelitkan rambut panjang Phuwin ke belakang telinga.
" Aku pergi dulu " pamit Phuwin dan dia menepuk lengan Gemini.
" Okay ! " ucap Gemini dengan senyuman manis di bibirnya, sebagai hadiah perpisahan mereka. Entah bila, mungkin suatu hari nanti, dia dan Phuwin akan berjumpa jika mereka tidak sibuk dengan pekerjaan mereka.
Phuwin terus pergi dari situ selepas berbual dengan Gemini. Dia melambaikan tangannya dan meninggalkan Gemini sendirian di situ.
Phuwin masuk ke dalam 7-Eleven, mahu membeli roti dan susu. Perutnya sakit kerana dia terlewat lunch.
Phuwin mengeluh. Sampai bila dia harus rasa terseksa kerana gastrik ini ? Bila gastrik ini mahu hilang ?
Phuwin mengambil beberapa bungkus roti berinti, sebotol air mineral dan tiga botol susu strawberi. Dia meletakkan barang-barang nya di atas kaunter.
Phuwin hanya melihat sahaja cashier lelaki itu mengimbas setiap makanan dan minuman yang dibeli nya.
" Win ! " satu suara memanggilnya.
Siapa pula yang panggil aku Win ni ? batin Phuwin dan menjeling orang yang memanggilnya.
" Eh ! Inocencio ! " sapa Phuwin dengan gembira. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.
" How are you bro ? " tanya Inocencio, menepuk lengan Phuwin.
Phuwin ketawa, " Sihat je. Kau macam mana pula ? "
" Well, yeahh, I'm okay " Inocencio menganggukkan kepalanya.
" Maafkan aku " ucap Phuwin dengan lirih.
Inocencio mengangkat kening, " Kenapa awak minta maaf dekat saya ? " tanya Inocencio.
" Disebabkan aku, kau kena pukul sebab kau pegang aku " ucap Phuwin dengan nada perlahan. Berasa bersalah dengan Inocencio.
" Ha ? Apa maksud awak ? Saya tak faham lah. Macam mana awak tahu saya kena pukul ? " tanya Inocencio bertalu-talu. Wajahnya penuh kebingungan, memandang ke arah Phuwin.
Phuwin terdiam. Apakah Pond tidak menceritakan perihal sebenar dekat Inocencio ?
Phuwin mengemam bibirnya. Sah ! Inocencio tidak mengetahui apa-apa tentang stalker itu.
" Hmm.. Tak ada apa-apa lah " kata Phuwin sambil menggelengkan kepalanya.
" O... kay... " Inocencio memandang Phuwin dengan pandangan susah ditafsirkan. Dia masih kebingungan dengan soalan Phuwin itu.
Cashier itu menghulurkan plastik berisi makanan dan minuman dekat Phuwin. Cashier itu memberitahu harga nya dan Phuwin menghulurkan duit kertas bernilai besar.
" Tak.. Tak payah baki. Simpan sahaja " pinta Phuwin bila melihat cashier lelaki itu tengah mencari duit bakian.
" Terima kasih. Sila datang lagi " ucap cashier lelaki itu dengan senyuman manis di bibirnya.
Phuwin membalas senyuman lelaki itu dengan senyuman simpul sahaja.
" Eh ! Win.. Sebentar ! " Inocencio menghalang Phuwin yang ingin berjalan keluar daripada 7E.
Phuwin berhentikan langkahnya dan memandang Inocencio, " Apa ? "
" Jap eh... " Inocencio menyeluk kocek seluarnya dan dia menghulurkan sesuatu dekat Phuwin dengan tangannya yang masih tergenggam.
Phuwin menghulurkan tangan ke hadapan sambil mengangkat kening. Dia tahu Inocencio nak berikan sesuatu kepadanya tetapi apa itu ?
Inocencio membuka genggaman tangannya dan beberapa duit syiling jatuh di telapak tangan Phuwin yang tertadah.
" Apa ni ? " tanya Phuwin dengan kening terangkat.
" Syiling " jawap Inocencio singkat.
" Aku tahu lah ni duit syiling. Takkan ni motor pula. Aku tanya, untuk apa ni. Itu pun kau tak faham ke ? " Phuwin mendengus kasar dengan sikap Inocencio yang lambat pick up.
" Ohhhh... " Inocencio ketawa kecil, " Kat sini, pertama kali, awak pinjamkan saya duit syiling dan saya berikan balik duit syiling yang awak pinjamkan tu " cerita Inocencio sambil menunjuk lantai putih 7E.
Phuwin diam seketika. Mahu mengingat. Tiba-tiba Phuwin ketawa.
" Selepas setahun, baru kau nak pulangkan ? Susah ke nak dapatkan duit syiling ni sampai baru sekarang ni, kau pulangkan ? " usik Phuwin dan menggelengkan kepalanya.
Inocencio ketawa kecil sahaja, " Saya lupa actually nya tapi semalam, saya baru teringat lepas tengok duit syiling ni. Entah lah, tak tahu lah " balas Inocencio sambil mengangkat kedua bahunya.
Phuwin mengenggam duit syiling itu dan dia memasukkan duit syiling itu ke dalam kocek seluarnya.
" Baiklah. Terima kasih. Aku pergi dulu " pamit Phuwin dengan senyuman manis. Phuwin melambaikan tangannya dekat Inocencio dan dia keluar daripada 7E.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya