Baru dua minggu Phuwin habis peperiksaan akhir tahun, akhirnya, tiba juga gilirannya untuk menjalani latihan industri atau praktikal.
Tuan Tangsakyuen, ayahnya, membawa Phuwin ke hotel supaya Phuwin dapat menjalani intern di hotel nya lalu terus mengambil secara rasmi perniagaan hotel nya kerana Phuwin adalah pewaris nya.
Hari pertama Phuwin mula praktikal, rasa berdebar juga. Itu adalah perkara biasa jika seseorang itu mahu mulakan sesuatu.
Phuwin berjumpa dengan ayah nya sendiri di bilik CEO. Tuan Tangsakyuen menjelaskan serba ringkas tentang organisasi hotel itu walaupun Phuwin sudah tahu semua mengenai hotel itu.
Kemudian, Tuan Tangsakyuen membawa Phuwin untuk diperkenalkan dengan pekerja-pekerja yang berada hotel. Phuwin merasa lega bila melihat semuanya baik dengannya.
" Phuwin, ini pula namanya Nanon dan di sebelahnya, Pawin " Tuan Tangsakyuen mengenalkan dua lelaki yang hanya duduk berhadapan antara satu sama lain.
Pawin dan Nanon memandang Phuwin dengan tajam sebelum mereka mengukirkan senyuman nipis lalu mengangguk dengan serentak.
Phuwin senyum pahit sahaja. Seperti ada sesuatu misteri yang membelenggu diri Phuwin bila melihat pandangan Nanon dan Pawin kepada dirinya. Aura keduanya tampak dingin dan tidak menyenangkan membuat Phuwin merasa tidak nyaman.
" Errr... Harap sudi bagi tunjuk ajar " ucap Phuwin, teragak-agak.
" Of course " jawap Nanon dengan senyuman nipis manakala Pawin hanya mengangguk sahaja sambil bergumam.
Phuwin memandang ke arah Nanon dan Pawin yang menyambung kerja mereka yang sempat terhenti kerana Tuan Tangsakyuen mahu memperkenalkan dirinya.
Macam ada sesuatu yang aneh dekat dua lelaki ini tetapi apa ?
" Hai, Tuan Tangsakyuen. Ada staf baru ke ? " tanya satu suara yang sungguh familiar di telinga Phuwin.
" Bukan staf. Pratical student dan dia anak saya sendiri. Haaa.. Phuwin, ini, perkenalkan. Partner kerjasama pho, Encik Inocencio Balthazar. Inocencio ini menggantikan ayah nya " Tuan Tangsakyuen memperkenalkan Inocencio dekat Phuwin.
" Inocencio ? "
" Win ? "
Phuwin dan Inocencio sama-sama terkejut melihat antara satu sama lain. Phuwin menghela nafas lega kerana ada seseorang yang mengenali nya di sini.
" Dah kenal ke ? " tanya Tuan Tangsakyuen dengan kerutan di dahi.
" Kenal pho. Inocencio bekerja dengan P'Pond sebelum dia menggantikan tempat ayah nya " beritahu Phuwin dengan senyuman manis.
Tuan Tangsakyuen mengangguk dengan senyuman manis.
" Encik Inocencio, sila berikan tunjuk ajar dekat anak saya " pinta Tuan Tangsakyuen sambil memegang bahu lebar Inocencio.
" Baik Tuan " ucap Inocencio dengan senyuman manis di bibirnya.
Tuan Tangsakyuen senyum dan dia pergi dari situ, meninggalkan dua anak muda yang masih saling berhadapan antara satu sama lain.
" Sejak bila ayah kau jadi partner kerjasama dengan pho aku ? " tanya Phuwin dengan kening terangkat.
" Hmmmmm.. Setahun lepas. Saya baru sebulan gantikan tempat papa saya ni. Susah juga lah nak menguruskan hotel besar seorang diri " keluh Inocencio dan dia berjalan dengan Phuwin.
" Ohhhh.. Sila beri tunjuk ajar ye, Encik Inocencio " gurau Phuwin dengan senyuman lucu di bibirnya.
" Nakal ye " Inocencio menarik pipi Phuwin dan Phuwin ketawa kecil. Dia menggosok pipinya yang memerah.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya