CHAPTER 3

23 3 0
                                    


KRINGGGG!!!

Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Cikgu Mia mula masuk kedalam kelas untuk mengajar.

"Selamat tengahari semua. Hari ini kamu semua akan membuat tugasan secara berkumpulan. Tolong datang ke depan untuk mengambil nama ahli kumpulan." arah Cikgu Mia.

Aku terkejut sebaik sahaja membaca nama seseorang yang akan sekumpulan denganku. Aku sekumpulan dengan Ariel.

"Ish! Kenapa mesti dengan mamat ni?" rungutku sendirian.

"Kau group dengan siapa, Iqy?" tanya Yuuna.

"Dengan Ariel. Kau?" tanyaku pula.

"Wah! Ariel, eh?" usik Yuuna. "Apa pun, aku group dengan Aryan." Yuuna membuat muka bangga.

"Haish! Tak boleh tukar ke?" tanyaku.

"Kenapa? Awak taknak segroup dengan saya ke? Ataupun awak nak tukar?" celah Ariel dari belakang.

Aku dan Yuuna terkejut sebaik sahaja kami berpaling kebelakang. Ariel tiba-tiba ada di belakangku.

"Eh? Takdelah, saya okay je." jawabku, mengelat.

"Kalau macam tu, jomlah balik ke seat kita." dia menarik tanganku ke tempat duduk kami semula.

"WAH! ARYAN TENGOK TUU! ADA SHIP BARU! SAH!" kecoh Yuuna, teruja.

"MANA? MANA? WAHH! BERSEMUT!" kecoh Aryan pula.

Iqy memandang mereka tajam, kemudian kembalikan perhatiannya kepada Ariel.

"Kan? Kita bila lagi?" bisik Yuuna sendirian. Mukanya sedikit merah.

"Kau gila ke cakap sorang-sorang?" kata Aryan. Tetapi, sebenarnya dia mendengar saja kata-kata Yuuna tadi. Terus, telinganya menjadi sedikit kemerahan.

"Suka hati la! Kau cakap lagi sekali, kau group dengan orang lain!" marah Yuuna, terus berjalan kearah tempat duduknya. Bukannya dia tak sedar telinga merah Aryan tu.

"Eh! Janganla tinggal aku! Nanti aku nak partner dengan siapa?" rengek Aryan sambil mengikut Yuuna ketempat duduk mereka.

KRINGGGG!!!!

Loceng berbunyi lagi, menandakan waktu untuk pulang. Aku menggalas beg dan terus keluar kelas untuk pulang bersama Yuuna.

"Qyqy, sorry. Aku kena balik awal, aku ada kelas piano." kata Yuuna.

"Oh, sokay. Aryan dengan Adrian mana?" tanyaku.

"Diorang ada meeting kelab. So diorang balik lewat." jelas Yuuna.

"Oh, takpelah kalau macam tu." aku mengangguk faham.

"Bye, Yuu!" kataku

"Bye! tapi kau boleh ke balik seorang ni?" tanya Yuuna, risau.

"Boleh je." jawabku sambil mengangguk lagi

"Ah.. Okaylah kalau macam tu. Aku balik dulu tau? Bye, Qyqy!" ucap Yuuna sambil melambaikan tangannya kepadaku.

"Bye, Yuu!" jawabku dan membalas lambaian Yuuna.

Aku hanya melihat Yuuna berjalan dulu. Kemudian, aku mula berjalan pulang. Tiba-tiba seseorang menghampiriku sambil memanggil namaku.

"Iqyyy!!!" panggil seseorang. Terus aku menoleh kebelakang. Ariel.

Aku hentikan langkahku dan menunggunya. Dia berhenti didepanku dan tercungap-cungap akibat berlari.

"Ehh, Ariel! Kenapa ni?" tanyaku.

"Takdelah, saya nampak awak berjalan balik sorang-sorang. So saya nak teman awak." jawabnya sambil tersengih.

LOVING YOU IN 365 DAYSWhere stories live. Discover now