TTING!
Belum sempat Ariel menghabiskan ayatnya, telefonku berbunyi. notification.
"Erm... Sorry... Saya kena balik la. Kakak saya dah suruh balik. Awak bagitahu esok boleh?" Iqy mencelah dan terus bangun daripada duduknya.
"Oh. Okay!" jawab Ariel, sedikit kecewa.
"See you tomorrow, Ariel! Sorry yaa?" Iqy senyum sambil melambai pada Ariel.
"You too, Iqy." Ariel membalas senyuman dan lambaian tangan Iqy.
Sudah pukul 6.50 pagi dan alarm di telefon Iqy mula berbunyi. Iqy mula bersiap untuk ke sekolah.
*/Skip. Di sekolah.
Sebaik saja Iqy masuk kedalam kelas, terus matanya melilau. Mencari figura Yuuna.
"MORNING, IQY! CARI SAYA KE?" Yuuna ketawa kecil pada hujung ayatnya. Mengejutkan Iqy.
Iqy terperanjat lalu mencubit lengan Yuuna. "ISH! YUUNA! TERKEJUT SAYA!"
"Ow!" Yuuna kemudian ketawa. "Sorry!"
Iqy memusingkan bebola matanya. Geram.
"Eh? Mana Ariel?"
"Asyik dia je—" rungut Yuuna.
Tetapi belum sempat untuk dia menghabiskan ayatnya, ada suara lain mencelah yang memeranjatkan Iqy dan Yuuna.
"Ehem. Cari saya ni, rindu saya ke?" celah Ariel kemudian terketawa kecil.
"Eh? Takdelah, saya ingatkan awak tak datang" jawab Iqy, janggal.
Yuuna pula memusingkan bebola matanya. Jengkel. Ingat sweet la tu?
"Eh. By the way kan, mana Aryan saya?" Yuuna ketawa kecil pada hujungnya. Tanpa disedarinya, Aryan telah duduk di tempat duduk.
"Buta atau buat-buat tak nampak?" Aryan mencelah. Bukan dia tidak dengar 'Aryan saya' daripada mulut Yuuna tadi.
"Eh!?" Yuuna terkejut lalu dia terus pergi ke tempat duduknya, disebelah Aryan.
KRINGGG!!!
Loceng berbunyi dan Cikgu Mia masuk ke kelas untuk mengajar mata pelajaran yang pertama.
"Selamat pagi semua! How are you guys? Cikgu harap dalam cuti yang panjang ni, homework yang cikgu bagi siaplah." Cikgu Mia ketawa kecil, mengusik.
--
Sedang kusyuk dan focus pada apa yang Cikgu Mia ajarkan, tiba-tiba Yuuna berasa pening kepala dan mengantuk.
Perlahan-lahan matanya mula tertutup. Dia berasa seperti ada benda yang tak kena. Dia memandang Aryan dan mencucuk lengan Aryan.
"Saya nak tidur sekejap ni, nanti kejutkan saya ya?" daripada suaranya saja, boleh dengar dan tahu yang dia tidak sihat.
Aryan memandang Yuuna dan mengangguk. "Okay."
Yuuna terus merehatkan kepalanya diatas meja dan menutup mata. Perlahan-lahan mula terlelap. Aryan merenung Yuuna yang sedang tidur buat seketika. Comel.
Betapa nyenyaknya Yuuna tidur sampaikan dia masih tidak terjaga walaupun hanya tinggal 10 minit sebelum masa mata pelajaran bahasa inggeris berakhir.
Aryan mula berasa tak sedap hati. Kadang-kadang ada juga Yuuna bergerak untuk selesakan dirinya. Tetapi dia tidak bergerak daripada tadi. Pelik.
Aryan menepuk bahu Yuuna sekali. Dua kali. Tiga kali. Masih tidak bergerak. Aryan meneguk air liur. "Yuuna..?"
Aryan sedar muka Yuuna pucat dan pernafasannya perlahan. Aryan memusingkan badannya kebelakang, ingin memberitahu Iqy tetapi dia juga sedang tidur. Aryan menepuk meja Iqy, mengejutkan Iqy lalu terjaga daripada tidurnya.
"Haa. Bangun pun."
"Kau kenapa ni? Nak gaduh ke? Tak nampak aku tengah tidur ni?" marah Iqy.
Aryan mengeluh. "Yuuna. Dia sakit ke?"
Iqy memandang Aryan pelik. Iqy memandang Yuuna sekilas. "Kenapa? Elok je dia tidur tu?"
"Tak. Dia tak bangun pun, kenapa?" jawab Aryan.
Sekali lagi, dia menepuk bahu Yuuna. "Yuuna..? Hey, bangunlah." Yuuna masih lagi tidak sedarkan diri. Aryan meletakkan tangannya di atas dahi Yuuna. Panas.
Aryan sekali lagi berpaling kebelakang, memandang Iqy. Dia meneguk air liur. Mula berasa resah, begitu juga Iqy.
Tanpa berkata apa-apa, Aryan berdiri. Mengejutkan semua orang. Dia berjalan kearah Cikgu Mia untuk memberitahu tentang keadaan Yuuna dan ingin membawanya ke bilik sakit.
Terus, dia berjalan kearah Yuuna dan mendukung Yuuna diatas belakangnya. Dia bergegas keluar daripada kelas dan terus ke bilik sakit.
Mukanya merah, malu. Tetapi tiada masa untuk itu. Apa yang dia harapkan sekarang ialah Yuuna sedarkan diri daripada pengsan ini.
"Yuuna..."
Sebaik saja sampai di bilik sakit, Aryan terus baringkan Yuuna di atas katil dan meminta jururawat untuk memeriksa keadaan Yuuna.
"Yuuna cuma penat dan tak cukup rehat, sebab tu dia pengsan. Tapi awak jangan risau, dia demam tetapi keadaan dia baik saja." jelas jururawat sebelum beredar. meninggalkan Yuuna dan Aryan berdua.
Sementara menunggu Yuuna sedar, Aryan mengambil kerusi dan duduk di sebelah katil Yuuna. Dia merenung Yuuna.
"Yuuna... Awak kenapa suka sangat risaukan saya?" air mata yang terjatuh disekanya.
Tidak lama kemudian, Yuuna tersedar. Dia berasa pening kepala dan terus memegang kepalanya. Dia nampak Aryan tertidur sambil kepalanya diatas katil. Muka Yuuna merah. malu. Aryan... tunggu dia untuk sedar ke?
Yuuna menetup tangan Aryan sekali. "Aryan? Bangunlah. Kenapa awak tidur dekat sini?"
Aryan perlahan-lahan membuka matanya. Dia menguap dan mata mereka bertemu.
"YUUNA! AWAK DAH SEDAR!" Aryan terus memegang tangan Yuuna. Dia tersenyum. Lega.
Muka Yuuna mulai merah sebaik saja tangannya digapai Aryan. Yuuna senyum dan mengangguk. "Ya, saya dah sedar. Apa jadi tadi?"
"Awak pengsan, dan nurse cakap sebabnya awak tak cukup rehat." terang Aryan.
"Awak.. ada masalah ke?"
Yuuna terdiam seketika. Dia menggelengkan kepalanya. "Takdelah, saya busy je lately ni. Tak ada masa untuk rehat sangat. Jangan risau, saya okay je" Yuuna senyum. Dia... risaukan aku?
Aryan mengangguk faham selepas mendengar jawapan Yuuna. Senyap buat seketika sebelum Aryan kembali membuka mulutnya.
"Erm.. Yuuna... Saya ada something nak cakap ni.. Boleh?" gugup dan berdebar. Laju jantung Aryan berdegup.
Yuuna mengangguk. "Ya, boleh. What is it?"
"Saya... uh..." Aryan gagap, tangannya mula terketar-ketar.
"Saya suka awak!" Aryan berkata, pandangannya kebawah. Tidak langsung melihat wajah Yuuna, malu.
Muka Yuuna muka berasa membahang. Malu. Mukanya juga bertukar merah.
"H-huh?— Ish!" Yuuna menepuk bahu Aryan. "Tak elokla mainkan perasaan orang!" kata Yuuna, mencebik.
"Tapi... saya serious."
HELLAUR READERS SORRY CAUSE IQY DAH LAMA X UPDATE CAUSE XDE IDEA NK BUAT CHAP BRU :(... SO THIS CHAP IQY SELITKANLAA JUGAK PASAL YUUNA NGEN ARYAN.... DON'T WORRY STORY IQY NGEN ARIEL TAK STOP KAT SINI ADA BANYAK LAGI CHAP STAY TUNED OKIEE <3.. AS USUAL JANGAN LUPA VOTE OKIEE 🤍