Bab 2

1.2K 40 0
                                        

Beberapa bulan yang lalu...

"Qhalisha, teman aku pergi kafe yang viral dalam TikTok tu boleh?" Ujar Qhairina sambil mengelip mata beberapa kali. Qhalisha sudah mengeluh melihat Qhairina berkelakuan comel. Akhirnya dia mengangguk setuju.

"Nasib baik aku free hari ni."

Qhairina bersorak kecil. Dia memeluk kembar itu lalu mencium pipi Qhalisha penuh kasih sayang. Beberapa minit kemudian, mereka selesai menukar baju. Qhalisha hanya memakai Baju-T berwarna hitam. Rambutnya diikat sanggul. Topi yang dipakai secara terbalik menjadi pelengkap segalanya. Sementara Qhairina memakai pakaian bertentangan daripada kembarnya. Gaun putih seakan putri salju. Dia turut memakai sepit rambut sebagai aksesori akhir.

"Jom!" Jerit mereka serentak. Kedua-dua menghamburkan tawa sebelum masuk ke dalam perut kereta.

{Di Kafe}

Mereka memesan makanan paling laris. Spageti Aglio Olio dan Nasi putih Ayam Buttermilk. Untuk air, mereka hanya memesan air kosong. Jimat bajet orang kata.

"Wahhh! Cantiknya, aku nak tangkap gambar sekejap lah."

Sudah masak dengan perangai Qhairina. Qhalisha menjulingkan anak mata ke atas. Dia membiarkan sahaja perutnya lapar untuk beberapa minit. Sementara Qhairina sibuk dengan hobi itu, kepala Qhalisha berpaling ke arah luar tingkap. Tiba-tiba raut wajahnya berubah kosong.

"Agak-agaknya, hidup mereka semua ni bagaimana?"

Walaupun Qhalisha hanya gumam pada diri sendiri, Qhairina masih boleh dengar dan tersentak. Dia merenung Qhalisha kemudian melorek senyuman sipi.

"Kehidupan semua orang berbeza. Setiap daripadanya akan merasa pahit manis, Qhalisha."

"Ya, ke? Kalau macam tu, kenapa semua nampak gembira?"

Matanya tak lekang memandang pemandangan luar tingkap. Cemburu melihat orang sekeliling boleh ketawa tanpa memikirkan masalah dunia. Qhairina tersenyum faham. Beberapa saat kemudian, Qhairina menghela nafas panjang.

"Katakan kau penjual, nak jual barang. Adakah kau akan paparkan barang yang kualiti buruk? Macam tu juga dengan kehidupan. Takkan kita nak kena tunjuk yang kita tengah bersedih? Kau rasa akan ada apa-apa terjadi ke kalau kita tunjuk diri kita yang sedang bersedih? Hidup ni keras, Qhalisha. Keras itu membuatkan sesuatu jiwa kuat. Macam kau, kuat aje bila dengan aku."

Qhalisha tersenyum usai mendapat pujian. Dia mengerdipkan mata dan kembali fokus pada makanan. Dia percaya akan ada kebaikan datang suatu hari nanti.

"Lawa gila baju edisi terhad. Nak beli satu lah!" Kata Darwish dengan semangat. Tangan tidak lekang memegang penyangkut.

"Cuba usha harga," tanya Qaidir ringkas. Dia juga ingin membeli baju tersebut.

Semua anggota polis serentak membelek dek melirik tag harga. Tidak sampai beberapa minit, mata mereka sudah membuntang. Thaqim dan Safwan mulai menelan liur.

"Mahal sangat ni..." Getus Safwan perlahan.

"Ini kalau aku pergi bercuti lagi bagus." Tambah Thaqim penuh penyesalan.

Hampir masuk ke suasana hening, akhirnya Airil memecahkan ruang dengan satu idea bernas. "Kita cari tempat lain aje lah. Kalau tak dapat, beli online. Cun?"

Pada awalnya tiada sahutan namun setelah beberapa saat, Safwan orang pertama bersetuju. Thaqim dan lain-lain menyusul kemudiannya. Mereka membalas senyum dan mula beredar. Langkah mereka terhenti apabila terserempak dengan satu sketsa.

Airil Untuk Qhalisha [Under Maintenance]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang