CHAPTER 1

4.3K 131 19
                                    


VOTE PLEASE ✓

"wahh penat nyaa" keluh gadis kecil yang baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya.

Setelah menutup pintu bilik sewa lantas dia mencari katil untuk meregangkan otot-ototnya sudah penat bekerja harini.

Badan dihempas ke katil lalu memejamkan mata bagi melepaskan penat lelahnya.

Sudah hampir setahun lebih dia duduk di bilik sewa yang kecil ini. Dia tidak mempunyai keluarga seperti orang lain malah dia sendiri tidak tahu akan kewujudan keluarganya. Perjalanan hidupnya tidak seperti orang lain yang bahagia disamping keluarga disisi.

Tokk..tokk!!

"Aurora" laung rakan baiknya , Bunga Delisha.

Bunga Delisha berasal daripada keluarga yang hidup serba mewah tapi dia seperti orang kaya yang lain. Dia tidak kisah akan darjatnya. Dia selalu berada di belakang Aurora di saat Aurora memerlukan bantuan.

"japp" sahut Aurora. Dia melangkah ke pintu bilik yang tidak berupa pintu itu.

Pintu yang mungkin dah hampir 10 dekad tidak ditukar. Tidak hairan lah bagi Aurora kerana pemilik bilik ini kedekut.

Ada lah pernah satu hari tu , ada ke patut dia suruh Aurora tadah air hujan yang menitik dek kerana atap bocor. Tambahnya lagi , membazir kalau hendak membaiki kerana bilik itu jarang digunakan. Aurora pon naik pening. Lepastu kau nak tunggu banjir dulu ke baru kau bela , ngok ngek punya tuan bilik.

"tadaaaa" Delisha mengangkat tangannya menunjukkan beberapa plastik.

"ape tu?" tanya Aurora hairan.

" adelah , kau taknak jemput masukkan aku ke? "

" pandai pulak kau tanya tanya, bukan selama ni kau terjah je ke? " sindir Aurora.

Bunga Delisha hanya tersengih mendengar sindiran itu.

" dah masukla " pelawa Aurora kepada sahabatnya itu.

Delisha terus melabuhkan punggung di atas katil bujang Aurora yang hampir runtuh itu.

Dia sebenarnya kesian akan nasib yang menimpa rakan baiknya itu. Bukan dia tidak membantu tetapi Aurora ni jenisnya yang tidak mahu menyusahkan orang sekeliling.

" nah " Aurora menghulurkan air kotak milo kepada Delisha.

" Aurora kau taknak cari bilik lain ke " tanya Delisha berhati-hati.

" nak cari bilik lain kenapa pulak, bilik ni okay ape " jawap Aurora mudah. Bukan dia tidak mahu tetapi zaman sekarang ni susah nak cari bilik. Nak nak kalau kawasan bandar.

" okay kau cakap? Kau tengok pintu bilik kau ni. Entah abad keberapa punya pintu entah. Katil kau ni pon dah menunjukkan tanda-tanda nak nazak "

" but still boleh digunakan " jawab Aurora.

" kau sabajap aku nak tunjuk something " kata Delisha lalu berdiri di atas katil Aurora. Tanpa amaran terus sahaja Delisha melompat-lompat di atas katil yang sudah usang itu.

" eh sikit sikit sudah lahh " jerit lalu Aurora memberhentikan Delisha daripada terus melompat.

Kang kalau patah naya aku. Nak tidur mana dia nanti.

" ha kau pon tengokkkan keadaan katil kau ni macam mana? "

" yer tahu tapi aku takde pilihan lain, aku tetap kene duduk sini. Nak cari bilik lain leceh lah "

" jom duduk dengan aku " pelawa Delisha.

" takpelah aku taknak susahkan kau " tolak Aurora lembut.

" kau ni bahaya tahu tak kau duduk kat sini. Kau tu dahla anak dara " Delisha menyuarakan kerisauan yang selama ini terbuku di hati.

CARL DARREN: HIS AURORA || CWhere stories live. Discover now