VOTE PLEASE ✓
"Arren, chat Rora kejap. Kata kat dia pukul 10 nanti mummy ambik dia dekat rumah"
"kenapa Arren pulak yang kene chat dia. Mummy jela yang chat" cebik Darren malas.
"alang-alang Arren tengah pegang fon. Eh cepatlah, dah pukul berapa dah ni. Nanti tak siap pulak anak perempuan mummy tu" gesa Datin Orkid lalu menaiki tangga untuk ke biliknya.
"mummy ni. Entah sape sape lah perempuan yang pergi buat jadi anak angkatnya. Mudah sangat percayakan orang lepastu Arren yang jadi mangsa" rungut Darren tak puas hati.
"mummy dengar" jerit Datin Orkid dari atas.
Darren hanya tersengih. Nak taknak dia terpaksa juga chat gadis itu. Menyesal dia save nombor padahal mummynya ada je nombor tapi mengada suruh anak dia yang hensem ni.
unknown number:
pukul 10, sharp. Mummy datang ambik kat rumah."eh sapa pulak chat aku ni. Tak silap aku, aku dah save nombor mummy lepastu yang chat aku ni sape pulak. Takkan mummy pakai 2 nombor?" omel Aurora sendirian.
Tanpa berlengah lagi, Aurora segera bersiap-siap untuk keluar bersama Datin Orkid. Hubungan mereka berdua semakin hari semakin rapat. Ia menjadi lebih rapat apabila Datin Orkid menjadikan Aurora sebagai anak angkat.
Ini kerana Datin Orkid tidak mempunyai anak perempuan. Dia hanya mempunyai 3 orang anak tetapi Allah lebih sayangkan kedua-dua anaknya. Mereka ialah sepasang kembar. Si abang meninggal kerana jantung berlubang semasa kecil manakala anak perempuannya meninggal sejurus selepas dilahirkan.
Aurora pon tidak bercakap banyak, dia terus menerima tawaran Datin Orkid yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat. Tambahan pula, dia rindukan belaian seorang ibu.
PINN PINN.......
"sorry, mummy Rora lambat"
"takpe lagi pun mummy baru je sampai" senyum Datin Orkid.
"kita nak ke mana mummy" soal Aurora sambil memakai seatbelt.
"kita pergi beli buah tangan sikit untuk bawak balik ke kampung. Aurora jadi kan ikut mummy balik kampung?"
"jadi mummy, lagi pun Aurora teringin sangat nak ada kampung sebab Aurora takde kampung kalau nak balik"
"okayy, harini kita shopping apa yang patut untuk bawak balik kampung" tutur Datin Orkid bersemangat. Bersemangat kemain orang tua ni.
Setelah tiba di mall, Datin Orkid membawa Aurora ke salah satu butik mahal di situ untuk membeli baju. Puas ditegah oleh Aurora tetapi Datin Orkid tetap mahu membelikan baju itu kepada Aurora.
"mummy dahla tu. Banyak dah ni kita shopping harini" Aurora bersuara.
"alah takpe, lagi pun mummy dah lama tak shopping"
"baru beberapa hari lepas kita shopping, mummy" Datin Orkid hanya tersengih. Halah, tak luak pon kalau dia berbelanja sakan.
"Rora, jom makan. Mummy lapar lah" ajak Datin Orkid sambil memegang perut.
"ha okay." Mereka berdua berjalan menuju ke satu restoran mewah yang menyajikan makanan barat.
Tiba-tiba fon Aurora berbunyi. Tidak lama kemudian, setelah Aurora selesai menjawab panggilan itu tadi dia meminta izin kepada Datin Orkid untuk pulang kerana Delisha terlupa membawa kunci rumah.
"haih, mummy. Takkan sorang je?" tegur Darren. Setahu dia, mummy keluar dengan anak angkatnya itu tetapi kenapa mummynya berseorangan sekarang ni.
"hish dia ni. Cuba bagi salam dulu terkejut mummy tahu tak" bebel Datin Orkid. Mujur garfu ni tak terbang.
YOU ARE READING
CARL DARREN: HIS AURORA || C
RomanceCarl Darren Hayz~Cinta Aurora Birch _________________________________________ if nak tahu more about them please read my story. DON'T FORGET TO FOLLOW, COMMENTS AND VOTE OKAYY.... #1 marriedcouple (10/4/2024) #1 happyending (13/4/2024) | Darren's qu...