VOTE PLEASE ⭐
"Assalamualaikum, anak-anak daddy" Darren mengusap lembut perut Aurora yang sudah membesar itu.
"Waalaikumussalam, daddy" Aurora menjawab bagi pihak anaknya.
"anak-anak daddy buat apa kat dalam tu? Tak nak keluar main dengan sekali dengan daddy ke?"
"tak buat apa pun daddy. Nanti kitaorang dah keluar boleh lah main sama-sama. Sekarang mana boleh lagi"
Gelak Darren meletus apabila mendengar jawapan daripada wakil anak-anaknya.
"abang tak sabar nak tunggu diorang keluar" Ujar Darren sambil menggenggam erat tangan Aurora.
"Aurora pun. Tak sabar nak ada geng" sengih Aurora.
"Makin pening lah abang nak melayan kerenah puteri-puteri abang ni nanti"
"yela, siapalah kita ni. Orang pun dah tak nak layan. Tahulah kita ni dah tak cantik. Dah makin gemuk" cebik Aurora.
"lah sayang cakap apa ni? Abang tak cakap dekat sayang lah. Sayang bukan puteri abang tapi sayang permaisuri, bidadari dan nyawa abang"
Tangan Aurora diraih lalu dicium. Dah nak masuk anak tiga pun masih kuat merajuk.
Tapi mujurlah semasa kandungan ni Aurora tak mintak makanan yang pelik-pelik. Naya dia nak mencarinya.
"cium tangan buat apa" Aurora menarik semula tangannya daripada genggaman Darren.
Darren senyum apabila mendengar kata-kata isterinya. Nak cium lebih-lebih boleh aje. Lagi dia suka.
Darren mendekatkan wajahnya pada muka Aurora.
"Eh abang nak kenapa ni?" tanya Aurora pelik.
"nak cium sayang lah. Tadi abang cium tangan sayang tak suka so abang nak cium lah dekat situ" Darren tunjuk ke arah bibir Aurora.
Cepat-cepat Aurora tutup mulutnya.
"Mana ada. Memandai je abang ni. Aurora nak tidur. Selamat malam"
Aurora menarik selimut di kaki lalu menyelimuti badannya.
"Awalnya dia nak tidur" Darren tarik selimut Aurora.
"jangan lah kacau Aurora. Aurora mengantuk ni. Seharian melayan anak manja abang tu"
"Jangan nak salahkan abang. Dia manja tu pun ikut perangai sayang ye"
"nak salahkan kita pulak. Dia tu yang terlebih manja" Aurora memberi jelingan tajam kepada Darren.
"Abang pulak. Malam-malam siapa yang cari lengan abang sebab nak tidur? Siapa yang mintak suruh suapkan kalau makan? Siapa yang suruh mandikan..."
Aurora cepat-cepat menutup mulut Darren. Makin dibiarkan makin melalut nanti.
"Dah lah tu abang. Okay, fine. Aurora mengaku Darrel tu ikut perangai mummy dia"
"Kan senang mengaku dari tadi"
"Tak nak kawan abang. Abang jangan peluk Aurora dengan anak-anak malam ni!" jerit Aurora dalam selimut.
Sedaya upaya dia menutup ruang untuk mengelakkan daripada Darren masuk. Darren pula lagi lah. Makin ditegah makin diusik.
"tak nak bagi abang peluk ye. Siap Cinta abang ni"
Sejurus itu, terus badan Aurora digeletek oleh Darren sampai mengalir air mata Aurora kerana tidak tahan.
"Abangg no please. Aurora geli" Aurora cuba menahan tangan Darren daripada terus menerus menggeleteknya.
YOU ARE READING
CARL DARREN: HIS AURORA || C
RomanceCarl Darren Hayz~Cinta Aurora Birch _________________________________________ if nak tahu more about them please read my story. DON'T FORGET TO FOLLOW, COMMENTS AND VOTE OKAYY.... #1 marriedcouple (10/4/2024) #1 happyending (13/4/2024) | Darren's qu...