SPECIAL CHAPTER 2

637 13 2
                                    

VOTE PLEASE ⭐

"Daddy nak tu, boleh?" tangan kecilnya diangkat lalu menunjukkan kepada satu arah.

Terjongket kening Darren sebaik sahaja melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aurika itu tadi.

Makanan lagi? Baru lima minit yang lepas mereka makan nasi. Takkan tak kenyang lagi kut?

Aurika dengan makanan berpisah tiada. Pergilah ke mana pun pasti makanan yang akan dicarinya. Semenjak umur si kembar ini masuk tiga tahun, makin pening mereka mahu melayan kerenah masing-masing.

Si abang gemar mengumpul koleksi kapal terbang, si kakak pula kuat makan dan si adik gemar semua yang ada di depan matanya. Macam-macam pe'el...tetapi paling win adalah Aureya. Tidak kisah yang di hadapannya itu boleh makan atau tidak, semua dia suka.

"Kita kan baru lepas makan. Rika tak kenyang lagi ke?" soal Darren hairan. Berapa hektar perut anaknya ini?

"Tak lagi. Rika tengok donut tu macam sedap je. Lagipun abang dengan adik nak jugak" Aurika petik nama Darrel dan Aureya.

Aureya seperti biasalah, dia hanya diam kerana dia juga mahukannya. Apa yang kakak dia makan, dia makan.

"Eh abang pulak. Abang tak cakap pun yang abang nak donut tu" Ujar Darrel tidak puas hati. Dia masih kenyang lagi ni. Nak berjalan pun dah tak larat.

"Nanti kalau daddy beli abang makan jugak kan?" jawab Aurika selamba. Macam la dia tidak kenal dengan abangnya itu.

"Okay sudah-sudah. Nak donut kan? Jom" tangan Aurika dan Aureya ditarik. Darrel pula yang mengikuti langkah daddynya.

Sampai sahaja di kedai donut, Aurika dan Aureya mula memilih donut. Semuanya nampak menyelerakan. Rasa nak beli je banyak-banyak.

"Beli untuk mummy sekali. Nanti merajuk pula mummy. Puas kita nak memujuknya"

Tiga beradik itu angguk kepala. Haruslah mereka beli untuk permaisuri mereka itu. Setiap kali mereka membeli sesuatu pasti mereka akan ingat akan mummy mereka.

They're such a good kids.

"Daddy, bayar" Aureya tepuk paha Darren perlahan. Dia senyum ke arah anaknya lalu menyerahkan kad kredit kepada cashier kedai tersebut.

Setelah selesai aktiviti-aktiviti mereka di mall, mereka pun pulang ke rumah.

"Assalaamualaikum, mummy" jerit ketiga-tiga beradik itu sambil berlari masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, ini kenapa sampai berlari ni? Kalau jatuh macam mana?" ujar Aurora sambil mencekak pinggangnya.

"Sorry, mummy" ucap Darrel selaku wakil. Wakil eh, haha.

"Nah, donut untuk mummy" plastik berisi donut dihulur kepada Aurora.

"Wah, untuk mummy ke? Terima kasih...sayang anak-anak mummy ni" lantas tubuh kecil anak-anaknya dibawa masuk ke dalam dakapannya. Tidak lupa juga ciuman tanda terima kasih kerana sering ingat akannya.

"Untunglah kids je yang dapat kiss padahal daddy yang suruh beli tadi" ujar Darren sambil berpeluk tubuh.

Nasib kau lah Darren...

"Alolo nak peluk jugak ke? Meh sini" tangan Aurora didepakan luas.

Laju sahaja tubuh Darren bergerak. Orang dah offer nak peluk takkan nak tolak pulak kan? Nak nak yang offer tu isteri sendiri. Tenang je rasa.

"Dah lah tu daddy. Jangan nak lama-lama sangat" celah Darrel tak puas hati. Sudahlah peluk di hadapannya. Mummy tu dia punya tahu tak!

Darren menggerakkan matanya ke atas. Mula dah...

CARL DARREN: HIS AURORA || CWhere stories live. Discover now