20 ✧.*

496 20 0
                                    

QADIF menghela nafas pendek. Mahu tidak mahu, jarinya menyeret jua ikon hijau ke kanan. Kemudian, mata kembali dipejam. Mengantuk. Jam 3.30 pagi kot sekarang.

"Sorry ganggu you lewat-lewat," ujar Laila sebagai pemula kata.

"Kau tahu dah lewat tapi kau call aku juga kenapa?" soal Qadif. Lantaklah jika keluhan kasarnya didengari Laila pun. Memang itu niatnya.

"I just nak tanya, how are you?"

"I'm fine?" balas Qadif, menggunakan nada soalan. Tangan kiri dibawa ke dahi dengan mata yang masih dipejam. Seketika, rahangnya diketap.

"You sure?" tanya Laila lagi.

"Jangan bazirkan masa tidur aku Laila. Aku tak suka," dingin Qadif. Sudahlah terpaksa bangun dari tidur kerana Laila yang menelefon. Ditambah pula dengan sikap pelik anak kepada kawan mama dan papa ini.

"I'm sorry. I nak tanya lagi satu soalan boleh? Please?" pinta Laila. Dari nada suara, tahu gadis itu kedengaran agak terdesak.

"Make it quick."

"You pernah datang Karina's dengan perempuan ke? Nayli told me that," kata Laila. Jelas tidak disorok, soalan itu diutarakan penuh cemburu.

"It was my high school friend."

"I thought you never had a friend in high school?"

"We're not that close. That day, kitaorang just terserempak," alasan Qadif. Sudah diduga perkara ini akan ditanya Laila. Dan, sudah dia siapkan diri. Iaitu dengan penipuan.

"Okay. I'm glad," balas Laila sebelum menghembus nafas lega. Sesaat selepas itu, dia tertawa kecil pula.

"Dah tak ada apa kan? Aku end," kata Qadif.

"Baby, wait!" jerit Laila.

"Apa lagi?" kerut Qadif. Night owl betul gadis itu. Walhal, ada lebih banyak masa lain yang boleh digunakan untuk menelefonnya. Kenapa jam 3 pagi juga?

"But, are you really okay?" tanya Laila. Nadanya perlahan sahaja. Bercampur sedikit rasa takut pada ayatnya.

"Kau ni kenapa? Tempoh hari kau dah tanya benda yang sama. Kau tu okey ke tak?" bidas Qadif.

"Tak perlu risaukan I. You tu okey ke tak?" Laila mula berubah nada. Turut menaikkan nada suaranya seoktaf seperti Qadif. Tidak mahu kalah.

"Kau kenapa Laila?" Qadif memulangkan soalan. Tiada jawapan balas dari gadis itu, dia bangun dari baringan selesanya. Belakang tengkuk, digosok.

"Laila?" panggilnya lagi. Namun, kali ini nadanya lebih tegas.

"Laila, you're being really weird lately. Apa yang bothering kau sangat ni?" tanya Qadif pula. Tidak betah dengan Laila yang sepertinya sedang menyorok sesuatu. Dia sendiri pening.

"You free esok?"

"Kenapa?"

"Can we meet?"

"Sure," balas Qadif. Lebih cepat dia bertemu Laila, lebih cepat dia dapat mengetahui sebab yang membuatkan gadis ini bersikap begitu pelik. Mungkin ada sesuatu yang menganggu minda.

"Restoran Al-Fateh, 2PM tau," kata Laila. Qadif cuma diam tanpa membalas. Panggilan dimatikan sebelum badan direbahkan kembali ke atas katil yang empuk. Sambung tidurlah.

⋆꒷꒦‧₊˚𓆩♡𓆪˚₊‧꒦꒷⋆

Bibir Qadif automatik menguntum senyuman manis dengan apa yang terhidang di hadapan mata kini. Penuh selera Naura bersarapan. Alahai, suka benar isterinya itu dengan cereal.

C | Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now