Chapter 54

295 13 0
                                    

Keesokan harinya, pagi itu, Phuwin datang ke hotel dengan wajah yang cantik berseri. Rambutnya kemas digulung bun. Anak-anak rambutnya sedikit berjuntaian di hujung dahi. Penampilannya kemas dan bergaya.

" Morning Win ! " ucap Inocencio yang baru menolak pintu kaca hotel.

" Eh Inocencio. Morning " balas Phuwin dengan senyuman manis di bibirnya.

Inocencio dan Phuwin berjalan bersebelahan sambil berbual mesra. Kadangkala, mereka ketawa bila merasakan topik itu lawak.

" Okay lah.. Saya nak pergi jumpa ayah awak dulu. Bye, jumpa nanti " Inocencio melambaikan tangannya dekat Phuwin.

" Okay ! " Phuwin tersenyum dan kembali melambai tangannya sampai Inocencio hilang dari pandangan matanya.

Phuwin berjalan dan dia berselisih dengan Pawin. Phuwin memandang Pawin yang tengah membawak beberapa dokumen.

" Pawin.. Dokumen apa itu ? " tanya Phuwin dengan kening terangkat. Walaupun dia berasa tidak selesa bila bercakap dengan Pawin dan Nanon, dia tetap bertanya.

Pawin memandang dokumen yang berada di dalam pelukannya, " Oh ! Ni tentang duit hotel. Sekarang ni, Tuan Tangsakyuen ingin menambah kan lagi bilik dekat sini. Jadinya, aku nak jumpa Nanon. Nak berbincang sikit mengenai duit untuk membeli barang-barang keperluan hotel dan bercakap tentang penambahan bilik " beritahu Pawin dengan senyuman nipis. Dia memandang Phuwin dengan tajam.

Phuwin menggaru rambutnya, " Oh.. Baik lah. Terima kasih " ucap Phuwin sambil mengangguk kecil.

Pawin senyum dan menjeling Phuwin. Dia terus pergi dari situ, meninggalkan Phuwin di situ.

Seperti ada sesuatu yang Pawin sembunyikan daripadanya tapi apa ?

Phuwin menggelengkan kepalanya, tidak mahu memikirkan perkara yang negatif. Pawin itu rakan sekerja nya. Tidak patut dia mencurigai Pawin.

Phuwin terus membuka pintu bilik nya dan dia masuk ke dalam. Tiba-tiba Phuwin nampak ada satu kertas di atas meja kerjanya dengan beberapa keping lagi kertas di bawahnya.

Phuwin mengerutkan keningnya. Dia berjalan dan melihat isi kandungan kertas tersebut. Serentak itu, darahnya berderau dengan nafas yang tersekat-sekat. Kertas di tangannya, digenggam erat dengan tangan yang menggigil kecil.

" Fuck you babe. You can't run away from me. I catch you "

Tulisan dengan dakwat hitam pekat itu kemas tertulis di atas kertas yang dikotori oleh lipstick dari bekas bibir.

Phuwin melihat kepingan-kepingan yang berada di atas mejanya. Dia fikir itu adalah kepingan kertas tetapi itu adalah kepingan gambar miliknya.

Phuwin dengan tangan yang menggigil, mengambil kepingan-kepingan gambar tersebut. Dia melihat gambar-gambar dengan dahi yang berkerut bersama nafas yang memburu laju. Ada lima keping gambar yang dipegangnya saat ini.

Satu, gambar dia di universiti. Dia kelihatan tengah duduk di set meja batu sambil menongkat dagu, melihat MacBook di hadapan.

Dua, gambar dia di koridor hospital. Dia tahu gambar ini. Di mana dia tengah menunggu seorang pesakit keluar dari bilik Pond.

Gambar ketiga, keempat dan kelima membuatkannya hampir menjerit. Tangannya menutup mulutnya.

Gambar ketiga adalah semasa dia kena belasah oleh lelaki berhoodie di tempat parking kenderaan di universiti. Dia di dalam itu tengah terbaring berhampiran tiang dengan darah di kepala dan leher.

Gambar keempat, dia tengah berbual dengan June di belakang universiti. Waktu ini yang June meminta maaf kepadanya sebelum June memberitahu yang dia akan pergi ke US kerana June mendapat sambung belajar di sana.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now