Chapter 55

230 12 1
                                    

Pond mengerutkan dahinya, pelik bila melihat ada satu kotak sederhana kecil di hadapan pintu kondominumnya. Dia mengambil kotak itu dan membelek-belek.

Phuwin beli barang online ke ?

Pond mengangkat bahunya. Dia mengeluarkan kunci dan dia membuka pintu rumahnya. Dia membuka kasut pantofel dan melangkah masuk. Kotak warna coklat cair itu diletakkan di atas meja kopi.

" Ada pun " Pond tersenyum dan mengambil telefonnya yang berada di meja dapur. Dia melihat, banyak misscall dari beberapa kawannya, nombor yang tidak dikenali dan ada beberapa misscall dari Phuwin.

Pond berjalan dan ingin memakai kasut kembali tetapi langkahnya terhenti bila melihat kotak tersebut. Kotak itu seperti magnet, menarik-narik hatinya, ingin melihat isi dalaman kotak.

Pond terus berjalan dan dia duduk di atas sofa. Dia mengambil kotak itu dan menggoncangkannya. Ada bunyi di dalam kotak tersebut membuatkan Pond panasaran ingin mengetahui dalaman isi kotak.

Pond mengambil pisau lipat kecil di laci almari dan dia membuka pelekat yang ditampal di sekeliling kotak.

Selepas penutup kotak itu terbuka, Pond mengambil beberapa kepingan gambar dari dalam kotak itu.

Pond melihat kepingan-kepingan gambar itu satu-persatu. Keningnya berkerut bila melihat gambar Phuwin. Gambar Phuwin itu diconteng dengan pen marker warna merah. Ada juga gambar dia dengan Phuwin, gambar Phuwin dengan Inocencio, gambar Phuwin dengan Janhae dan ada gambar Phuwin dengan June.

Tapi muka dia, Inocencio, Janhae dan June yang berada di dalam gambar itu bersama Phuwin dikoyak, dibakar dan ada diconteng dengan marker merah, seperti penuh kebencian.

Pond mencampak gambar-gambar itu dan dia melihat ada sesuatu di dalam kotak. Dia mengambil dengan jantung yang berdegup kencang.

Pen drive.

Pond memasuki bilik dan dia mengambil MacBook milik Phuwin yang terletak elok di atas meja kerjanya. Dia cucuk pen drive warna hitam itu dan skrin MacBook bernyala.

Ada satu video terlayar di skrin itu.

Video di mana Phuwin tengah mandi, Phuwin tengah memasak, Phuwin tengah mengemas, Phuwin dengan dirinya dan ada di ketika Phuwin berlari menyelubungi diri ke dalam selimut lalu tidak sampai beberapa saat, Phuwin menjerit dan keluar dari bilik. Bilik yang dahulu Phuwin duduk di masa awal pernikahan mereka. Di mana Phuwin cakap yang dia terasa diperhatikan dan sejak itu, Phuwin terus duduk sebilik dengannya kerana ketakutan dengan lelaki berhoodie.

Tangan Pond terkepal dan ada urat-urat timbul dengan rahang yang diketap kuat. Video itu sudah habis. Baru sahaja Pond ingin pergi dari situ tiba-tiba telinganya mendengar sesuatu dari MacBook.

Pond kembali tengok MacBook dan ada rakaman di mana Phuwin tengah tidur dengan memakai singlet ketat dan boxer  di atas katil.

Dan muncul lelaki berhoodie yang keluar daripada kamar mandi. Lelaki berhoodie itu cucuk leher Phuwin dengan picagari membuatkan Phuwin menjerit lalu Phuwin pengsan. Lelaki berhoodie itu menyentuh Phuwin. Tangan lelaki berhoodie meraba-raba setiap inci tubuh ramping Phuwin.

Pond nampak selepas puas lelaki berhoodie itu meraba-raba Phuwin, lelaki itu mengambil gambar menggunakan kamera dan sekeping gambar jatuh di atas lantai bilik lalu lelaki berhoodie itu tersenyum lalu melambaikan tangan dekat CCTV tersebut.

Dan gambar itu lah yang dia jumpa di selitan buku-buku Phuwin. Gambar itu sudah selamat dimasukkan ke dalam tong sampah. Patut lah Phuwin tidak bangun langsung ketika dia pulang. Rupanya lelaki berhoodie itu memberikan ubat dekat isterinya.

" Shit ! Phuwin !! " teriak Pond dan dia terus berlari, keluar daripada kondominum untuk pergi ke hotel. Mahu berjumpa dengan Phuwin.

Pond terlupa mengunci pintu kondominum. Kereta Mercedes Pond meluncur laju, keluar daripada kawasan kondominum.

Seorang lelaki berhoodie membuka pintu kondominum selepas melihat Pond sudah pergi. Lelaki berhoodie masuk ke dalam kondominum dan dia mencabut pen drive dari tersambung di MacBook.

Senyuman sinis terukir di bibir lelaki berhoodie dan dia keluar dari kondominum itu selepas membakar semua kepingan-kepingan gambar yang diberikannya dekat Pond dan ia hilang begitu sahaja.














Pond, Phuwin, Inocencio, Pawin dan Nanon berada di dalam bilik CCTV. Mereka melihat skrin di hadapan mereka dengan wajah yang serius.

Video yang sama diulang berpuluh kali. Video rakaman dari CCTV yang berada di berhampiran kaunter hotel kerana Pawin mengambil kotak itu dari atas meja kaunter yang diduduki oleh Pang.

Rakaman itu menunjukkan Pang keluar dari kaunter dan pergi ke mana, mereka tidak tahu. Mungkin ke tandas. Dan tiba-tiba video itu sedikit blur dan bergaris-garis. Selepas beberapa saat, video rakaman itu menjadi seperti sediakala tetapi yang peliknya, kotak itu sudah berada di atas meja kaunter.

" Perkara yang sama lagi. Apakah masa itu CCTV mempunyai masalah ? " tanya Pond dengan tegas bila melihat video rakaman itu akan menjadi blur dan bergaris-garis ketika di bahagian pertengahan lalu akan pulih dalam seketika dengan kotak yang sudah berada di atas kaunter itu. Dia tidak puas hati bila tidak dapat menangkap bayangan sesiapa yang memberikan kotak itu.

Pond berdecit kuat, " Sana !! " Pond dengan kasar, menolak pengawal yang menjaga bilik CCTV membuatkan pengawal lelaki itu terdorong hampir berhentaman dengan dinding. Dia memegang tetikus dan menekan-nekan beberapa kali ketika video rakaman itu berjalan lagi.

Phuwin melihat video rakaman CCTV itu dengan teliti dan Phuwin nampak sesuatu sebelum skrin itu menjadi blur dan bergaris-garis.

" P'Pond, saya nampak sesuatu ! " Phuwin menepuk bahu Pond dengan mata yang membulat besar.

Pond memandang Phuwin, " Mana ? Apa yang awak nampak ? "

" Ulang balik video ni beberapa saat lepas " pinta Phuwin dengan wajah yang serius.

Pond mengikut kata-kata Phuwin. Dia mengulang kembali video beberapa saat yang lepas.

Video rakaman CCTV berjalan seperti biasa, normal. Pang keluar dari kaunter dan hilang...

" Pause !! " pinta Phuwin dengan suara yang agak meninggi.

Cepat-cepat Pond menekan tetikus dan video itu terhenti. Mata mereka semua membulat bila nampak sekelebat manusia yang tengah berjalan ke arah kaunter.

Bayangannya tidak jelas kerana orang nya memakai pakaian hitam. Dan orang itu memegang kotak.

Phuwin perlahan-perlahan berundur ke belakang sambil menggelengkan kepalanya. Kotak yang Phuwin dapat, sama isi macam kotak Pond dapat di kondominum mereka.

" Siapa dia ? Apa dia nak dekat saya ? " tanya Phuwin dengan bibir yang menggigil. Peluh dingin mulai keluar dari pori-pori kulitnya. Air mata mulai bertakung di tubir mata.

Pond yang melihat Phuwin mulai ketakutan, terus memeluk Phuwin dengan erat. Dia menggosok-gosok lembut badan belakang Phuwin.

" Jangan risau. Kita akan menangkap dia suatu hari nanti " ucap Pond dan dia mengucup kepala Phuwin beberapa kali.

Phuwin mengenggam baju bahagian dada Pond dengan nafas yang memburu laju. Dia menjeling skrin CCTV itu.

Phuwin tidak kenal siapa itu kerana figuranya tidak jelas.

Tapi ada sesuatu yang Phuwin nampak dekat bayangan itu.

Hoodie...

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now