" Saya sudah pulang " ucap Phuwin dan dia menutup pintu kondominum. Kasut boots ditanggalkan lalu kaki runcing nya melangkah masuk ke dalam kondominum yang terang.
Senyuman Phuwin semakin lebar bila melihat Pond tengah berdiri di hadapannya.
" Kenapa awak tak cakap yang awak sudah pulang terlebih dahulu ? " tanya Phuwin dengan manja. Matanya berbinar senang. Dia merangkul leher Pond dan bibir tebal Pond dikucup lembut.
Pond hanya kaku. Memandang Phuwin dengan pandangan yang datar.
Phuwin mengangkat keningnya, aneh dengan sikap Pond. Dia melepaskan rangkulannya dan berhadapan dengan Pond.
" Kenapa ? " tanya Phuwin.
" Apa ini ? " Pond mencampakkan pistol dekat Phuwin.
Pistol warna hitam itu terkena badan Phuwin dan pistol jatuh di kaki Phuwin.
Wajah Phuwin menjadi pucat bila melihat pistol tersebut. Pistol yang pernah dia curi di laci almari paling bawah di bilik pejabat Pond dan pistol itu juga yang ditembak nya dekat lelaki berhoodie. Pond menceroboh bilik lama dia ke ? Dia lupa tentang pistol ini. Dia ingat dia meletakkan pistol di bawah katil. Apakah Pond memeriksa bilik itu ?
Phuwin mengangkat wajahnya. Matanya berkaca-kaca.
" Jangan salah fahamm.. " suara Phuwin bergetar, penuh ketakutan bila melihat pandangan datar Pond ke arahnya.
" Apa ni Phuwin ? Kenapa ada pistol di bawah katil ? Apa yang awak lakukan dengan pistol ini ? Cakap Phuwin ! " tengking Pond dengan kuat. Jantungnya berdegup kencang, menahan kemarahan di dalam jiwanya.
Phuwin menggelengkan kepalanya. Air mata menitis di pipinya, ketakutan. Kedua tangan Phuwin menggigil teruk. Tangannya dibawak ke pipinya.
" Tidak.. Tidak.. " Phuwin mencengkam rambutnya dengan kasar. Dia mengundurkan dirinya, mahu berjauhan daripada Pond. Air mata semakin mengalir dengan deras.
" Jangan lari Phuwin !! " Pond dengan kasar, mencengkam pergelangan tangan Phuwin membuatkan Phuwin menjerit kesakitan.
Phuwin memandang Pond dan dia menggelengkan kepalanya, " Jangan marah saya.. Masa itu saya tidak dapat berfikir dengan betul "
" Saya tak nak dengar semua itu. Yang saya nak dengar adalah... Awak buat apa dengan pistol ini ? " tanya Pond, semakin menguatkan cengkaman tangannya di pergelangan tangan isterinya.
Phuwin menutup mulutnya dengan tangan yang bebas. Tangannya yang menggigil teruk membuatkan dia tidak dapat menutup mulutnya dengan sempurna. Dia menggeleng kepala, tidak mahu memberitahu perkara yang sebenarnya.
" Phuwin... Beritahu saya perkara yang sebenarnya " pinta Pond, mendekatkan wajahnya dengan wajah cantik Phuwin.
" Tidak... "
Jawapan Phuwin itu membuatkan kemarahan Pond semakin menaik.
" Phuwin Lertratkosum !! " jerkah Pond dengan suara yang bergema membuatkan Phuwin terkejut dan semakin teresak menangis ketakutan.
" Saya.. Saya mengambil pistol itu di hospital awak. Saya.. Saya menembak lelaki berhoodie itu dan tembakan saya tepat kena bahunya... Yang masa itu awak cakap yang awak dengar bunyi tembakan pistol tetapi saya tipu yang saya tidak dengar apa-apa kerana saya terbangun daripada tidur.. hisk.. saya fikir kalau saya buat begitu, dia tidak akan menganggu saya lagi.. hisk .. Beberapa hari kemudian, malam hitam itu berlaku kerana dia ingin membalas dendam kepada saya kerana saya menembak dia " beritahu Phuwin dengan tangisan yang semakin kuat. Dia ingin melepaskan cengkaman tangan Pond di pergelangan tangannya tetapi cengkaman Pond semakin kuat membuatkannya mengerang kesakitan.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya