Chapter 61

217 10 0
                                    

Kelopak mata perlahan-perlahan terbuka. Biji mata coklat nya memandang sekeliling yang gelap.

Dia di mana saat ini ?

Phuwin bangun sambil mengerang kesakitan. Dia memegang kepalanya yang berdenyut teruk. Phuwin duduk di atas sofa dan melihat keadaan sekitar nya yang kelihatan asing.

" Apa yang terjadi ? " gumam nya dekat diri sendiri. Dia menutup matanya, cuba mengingat kembali apa yang terjadi sebelum dia pengsan.

Peristiwa itu terbesit di tabir matanya membuatkan jantungnya berdegup kencang bila mengingat lelaki berhoodie itu adalah Chimon.

Apa yang Chimon mahukan darinya ?

Phuwin mengetap bibirnya. Bagaimana dengan Inocencio? Apakah Inocencio baik-baik sahaja ?

" P'Pond... Inocencio ? Kalian di mana ? " Phuwin bersuara sambil memusing-musingkan kepalanya untuk melihat keadaan sekeliling yang samar-samar oleh cahaya lampu.

Melihat keadaan yang sunyi dan kosong, Phuwin terus bangun daripada duduk. Dia ingin melarikan diri dari sini. Baru sahaja terbangun, dia kembali terduduk. Kepalanya pening. Dunianya berpusing dan itu membuatkannya mual, ingin muntah.

Phuwin berusaha bangun daripada duduk. Dia menahan tubuhnya dekat dinding dan dia berjalan perlahan-perlahan. Jalannya terhuyung-hayang seperti orang mabuk berat.

Tombol pintu warna coklat dicapainya. Dia tidak tahu ini pintu apa tetapi hanya pintu ini sahaja yang dia nampak. Jadinya, dia akan membuka pintu ini dan melihat apa di sebalik pintu ini. Jika ini jalan keluar, dia sangat bersyukur tetapi jika ini jalan perangkap, dia menyesal kerana membuka pintu ini.

Phuwin menutup matanya dan menarik nafas lalu nafas itu dihembuskan perlahan. Mahu menenangkan jantungnya yang laju mengepam darah di sekujur tubuhnya.

Perlahan-perlahan, pintu itu ditarik lalu dia membuka matanya dengan ragu-ragu untuk melihat apa yang terbentang di hadapannya.

Buka sahaja pintu, mata Phuwin terus meluas tengok jalanan kosong di hadapannya saat ini. Phuwin memandang sekeliling luaran rumah. Rumah ini tidak besar dan tidak kecil. Rumah berwarna coklat cair dan ada beberapa cat dinding yang sudah mengelupas. Sepertinya, rumah ini berada di persimpangan yang jauh terdedah dari mata orang ramai membuatkan jalanan ini menjadi pilihan untuk melakukan kerja-kerja haram di luar undang-undang.

Kenapa dia baru tahu ada tempat ini ?

Apakah Chimon duduk di sini ?

Sendirian ?

Tiba-tiba..

" AKH !!! " teriak Phuwin kuat. Matanya terbeliak besar. Tubuhnya menjadi kejang dan nafasnya tersekat-sekat. Tangannya yang memegang tombol pintu, perlahan-perlahan, jatuh di udara yang lembab.

Phuwin menjeling belakang dan nampak Chimon tengah tersenyum ke arahnya sambil memegang inject yang masih tenggelam di dalam kulit lehernya.

" Ke mana awak mahu lari, sayang ? " tanya Chimon, berbisik di telinga Phuwin dan dia menjilat cuping telinga lelaki berambut panjang itu.

Phuwin cuba menolak Chimon tetapi fikirannya kosong. Matanya mulai kabur dan dia nampak Chimon ada dua, kadangkala ada satu. Tubuhnya hampir terjatuh ke lantai tetapi Chimon dengan pantas, memeluknya erat. Dia memandang sekeliling yang berpusing-pusing, membuatkannya mengerang kesakitan.

Halusinasi.

Chimon terus menutup kembali pintu coklat itu lalu dikunci ketat. Phuwin ditolak kuat dan Phuwin terjatuh di atas sofa kembali.

Phuwin mengeliat bila merasakan tubuhnya mulai panas. Dia memegang lehernya yang mengalirkan satu cairan hangat.

" Erghh... " erang Phuwin kepanasan. Dia merasakan kulitnya terbakar. Kerongkong nya kering.

Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now