" Aku reda atas takdir yang sudah tertulis" ucap Haura sambil menghapuskan air mata yang mengalir tanpa henti. Dia berserah segala-segala kepada maha Esa yang menentukan takdir buatnya.
Haura terkejut dengan apa yang terjadi keatas dirinya ditimpa musibah bertubi-tubi.Benar... ujian itu tanda kasih sayang Allah buat hambanya bagi menguji iman seseorang untuk mengangkat darjat hambanya disisi sang pencipta alam.
Haura yang dibesar dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa bagaikan anak emas. Sejak ibunya Puan Hayla kembali kepada pencipta ketika usianya 18 tahun. Peristiwa hitam menimpa dirinya.....tidak sangka ayah yang sepatutnya menjadi pelindung telah menjadi racun yang berbisa terhadap dirinya. HIdupnya menjadi kucar-kacir setelah ratu hatinya telah pergi ke alam abadi.
Maruah yang dijaga rapi telah dirosakkan oleh susuk ayah kandung yang bertopengkan iblis malah pernah ayahnya menyuruh haura tidur dengan rakannya tapi dia berkeras mempertahankan dirinya dengan sebilah pisau...haura amat sedih dan kecewa dengan sikap ayahnya itu.
" Ya Allah ujian yang engkau berikan untuk ku sungguh berat ya rabbi....kenapa? ayahku ya Allah dia yang sepatutnya melindungiku telah meragut mahkota dan memukulku....Bantu aku ya Allah kuatkan imanku dan semanggatku untuk menghadapi ujian yang engkau berikn tuk aku ya rab....hanya engkau tempat aku meminta pertolongan dan meluah apa yang rasa di hati ini mesikipun engkau maha mengetahui isi hati seorang hamba sesungguhnya aku hamba yang lemah.... jangan biarkan aku mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.Terimalah taubat hambamu ini ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun...Aamiin"...Doa Haura dengan penuh keikhlasan pada sang pencipta sambil menitiskan air mata taubat.
Setiap kali ayahnya menyetuh dirinya dia akan menunaikan solat taubat haura berasa hina setiap kali dia bersujud kepada yang Maha esa .Haura akan merasa dirinya begitu jijik dan hina setiap kali perbuatan terkutuk tu terjadi atasnya, Sampai satu tahap dia hampir ingin membunuh dirinya .Dia takut dirinya tidak kuat untuk menghadapi ujian pada masa akan datang . Masihkah ada seseorang hamba Allah yang terima dirinya dengan hati terbuka?
Setelah siap menunaikan solat sunat taubat,Haura melipat sejadah dan telekung yang diberikan oleh arwah ibunya dengan rapi. Dia buntu apa yang harus dilakukan duduk di rumah bersama ayah? Tidak !!!....Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Perlu ke aku lari dari rumah ini?...tapi nak lari dekat mana" bisik hati Haura.
Haura melihat jam di dinding menunjuk pukul 4:30 pagi. " Kalau aku nak lari dari sini, aku kena lari sebelum ayah aku bangun ." kata haura. Lalu , dia mengambil beg pakaian yang sederhana dan memasukkan pakaiannya. " Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, lindungi hambamu ini dari kejahatan manusia dan syaitan aku serahkan segalanya pada mu ya rabbi." Doa Haura.
Dengan berhati-hati, Haura keluar dari rumah ....sampai dipagar utama dia melihat rumah yang banyak kenangan manis mahupun pahit buat kali terakhir entah bila dia hendak kembali ke rumah itu lagi. " Ibu maafkan haura ibu.... haura terpaksa meninggalkan ayah... ayah tak macam dulu lagi ibu dia dah banyak berubah sejak ibu tinggalkan kami...maaf ibu haura terpaksa buat cam ni ...haura nak lindung diri haura daripada ayah ibu." kata haura sambil menangis hingga merah mukanya yang putih itu.
................................................................................................................................................................
Haura berjalan kaki sehingga di stesen bas yang berhampiran rumahnya. Dengan berbekalkan wang simpanan yang dia berkerja di warung Mak Esah, menjual kuih muih hasil dari air tangannya serta wang berlanja yang dia menabung ketika dia masih sekolah rendah hingga tamat persekolahannya. Dia minat manabung sejak dari dulu lagi...tidak sangka duit itu akan digunakan pada waktu yang terdesak sekarang...benar bak kata pepatah " Sediakan Payung Sebelum Hujan"......malah dia selalu menolong ibunya di dapur sehingga masakannya saling tak tumpah seperti air tangan arwah ibunya.
YOU ARE READING
Amanah Darimu Untuk-ku
Romance(Newbie) OG (Previously known As Nur Haura Aleesya) Nur Haura Aleesya × Muhammad Hamzah Al-faruq Cinta mereka tetap bersama walaupun diuji oleh sang pencipta kerana takdir milik mereka.Cinta yang diuji akan semakin mekar mewangi hingga ke syurga All...