BAB 6

51 1 0
                                    

Haura mengenakan abaya ironles berwarna dark blue dikenakan dengan shawl berwarna sky blue, setelah dia memastikan dirinya kemas di depan cermin lalu haura keluar dari biliknya.Haura tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap,dia hanya memakai set penjagaan muka,sunscreen,BB cream dan lipstik sahaja sebab dia seorang yang simple.

"Dah turun pun budak ni, ibu baru je nak panggil kamu....cepat makan sebelum ayah kamu hantar pergi kerja,"terbantut langkah mak cik timah apabila terserempak dengan haura di tangga.

"Okay ibu,"

Haura mengambil pinggan yang bercorak bunga itu lalu mengisi nasi goreng untuknya da

"Baik ibu," haura mengambil pinggan lalu dia mengisi nasi goreng untuknya dan ibunya.

"Ibu hari ni haura balik lewat sikit sebab kena ganti cikgu yang jaga transit,dia balik kampung ada hal family katanya," haura yang memberitahu mak cik timah takut ibunya risau pulak.

Pak cik Ismail yang mendengar perbualan dua wanita itu lalu duduk ditempatnya.Mak cik timah pun mengisikan makanan pada suaminya.

"Ayah dengar haura balik lewat?....pukul berapa haura balik," kata pak cik Ismail.

"tengok parents budak-budak tu ambik pukul berapa...kenapa ayah," kata haura yang mengambil pinggan lalu pergi ke singki.

"Nanti nak balik boleh lah call ayah, ayah cuti hari ni,"kata pak cik Ismail yang menghirup kopinya yang sudah suam.

"Abang cuti?...tak cakap kat timah pun,"mak cik timah yang memandang suaminya terhenti suapan seketika.

"Lupa nak cakap,"balas pak cik Ismail.

Isterinya mengangguk tanda faham apa yang suaminya cakap.

"Haura dah siap? Jom ayah hantar kamu nanti lewat pulak," pak cik Ismail yang dah selesai sarapan.

"Dah ayah...bye umi...haura pergi kerja dulu ye," haura yang menyalami ibu nya.

"Anak kita dah pergi sekolah ke?" tanya pak cik Ismail dengan tiba-tiba sebab tidak nampak mereka makan sekali.

"Dah,diorang pergi awal sikit hari ni sebab ada program kat sekolah,"balas mak cik timah.

"Ouh faham...abang gerak dulu yer...lewat pulak haura nanti...assalamu'alaikum," ujar pak cik Ismail.

"Okay baik walaikumsalam hati-hati bawa kereta tu," kata mak cik timah pada suaminya yang sudah berada di tempat pemandu manakala haura hanya memerhatikan mereka sahaja.

"Baik insyaallah,"kata pak cik Ismail

Mujur Dekat sahaja tempat kerja haura dengan rumahnya.
....................................................................................................................................

"Daus dan ayad dah siap makan?...kalau dah siap nanti tok mi panggil ayah ngah kat atas," kata datin halimatus pada cucu kembarnya yang sedang makan sarapan mereka.

"Ayad dah siap" kata fayyadh.

Lalu menurun kerusinya dengan hati-hati.

"Daus pun tok mi...cepat lah panggil ayah ngah...tak sabar nak pergi sekolah ni nak jumpa cikgu sya," ujar firdaus pada neneknya sambil langkahnya sudah mengikut adiknya pergi ke depan.

"Eh awal diorang siap," sampuk hamzah yang baru sahaja turun..terkejut dia tengok anak sedaranya siap awal kalau sebelum ni susah benar nak bangun dan bersiap.

"Estilah kita orang kan ajin ergi school," kata fayyadh.

"Wah semangat betul dorang ni nak pergi sekolah...Bagus-bagus...umi ada jampi-jampi ke....rajin sangat ni," kata hamzah yang melihat uminya.

Amanah Darimu Untuk-kuWhere stories live. Discover now