Bab 20

2.3K 65 4
                                    

We rise and we fall in love, but we can't choose which one at which time..

Tarik Nafas Syamira!

Hembus..

Jangan takut! jangan gabra! lepaskan segala keresahan dalam hatimu..Ek eleh..setakat nak jumpa Tan Sri Haris, bukannya kau mati pun..Over! Ya Allah Ya Tuhanku peliharalah hamba mu ini ..Puh! Puh! Puh sembur Syamira dengan mulutnya, di hadapan pintu bilik Tan Sri Haris..

Tok! Tok! Tok!

"Coming!"~

Melangkah masuk ke dalam bilik Tan Sri Haris,buat Syamira rasa gementar..Dah dah tak payah nak overthinking sangat! Selama 3 tahun kau kerja dekat sini, ada Tan Sri telan kau?gigit kau? Hmm takde pulak,sebab aku jarang bertemu mata dengan dia..Selalunya dulu,aku hanya berurusan dengan Encik Hakeem dan Puan Nessa je,tak pun Encik Nazmi..Kalau terjumpa Tan Sri Haris sekalipun, time meeting terkezut,itupun setahun sekali belum tentu ada..desis hatinya..

Di angkat kepalanya untuk memandang wajah gerangan siapakah yang mengetuk pintu biliknya tadi,lalu Tan Sri Haris senyum manis..

"Oh you Syamira..have a seat.."~ pen yang berada di tangannya diletakkan,langsung Tan Sri Haris menutup file di atas mejanya..

Syamira senyum nipis..

Mata bertentang mata dengan Tan Sri Haris buat aku kecut perut..Huaa! Ya Allah janganlah dia tanya aku soalan yang pelik-pelik..Aku tak nak masuk campur dalam urusan keluarga diorang..Kesian tu kesian la dekat Tengku Hadrian,tapi apa yang boleh aku buat? Lagipun aku dah cuba pujuk Puan Nessa supaya berjumpa dengan Tengku Hadrian,but she still avoiding him..Hmm.. Apa la nasib badan Tengku kesayanganku! Ceit!

Agaknya macam mana keadaan Tengku Hadrian sekarang ni..Mesti dia broken giler kan? Sampaikan seminggu dia tak masuk office..Hmm Puan Nessa pun satu hal,menangkan sangat daddy dia..Apa dia tak kesian ke,tinggalkan suami terkapai-kapai sorang diri menanggung rindu..Kalau aku la,usahkan nak menjauhkan diri dari dia, nak jentik dia pun aku tak sanggup..Amboi kau Syamira melebih-lebih nampak?Haha

"You ada tahu apa-apa pasal Nessa?"~ soal Tan Sri Haris sambil menyandar belakangnya di dada kerusi..

Al maklumlah, anak jantan dekat rumah dah all out energy..Sehinggakan nak makan minum pun,semuanya Angrik sediakan di dalam bilik..mana dia tak risau sebagai seorang Ayah..Dah macam mati bini! Hakikatnya tidak..

Syamira telan liurnya kelat..

Dah aku agak,soalan ini yang keluar dari mulut Tan Sri..Aduh Syamira,apa kau nak jawab ni? Kaki pun tak senang nak duduk diam dari tadi, nervous punyer pasal! Jantung pun kemain tak rilek dup dap dup dap ! Sampai perut aku pun rasa memulas-mulas nak tercirit..Huaaa Aleesa help me! jerit hatinya..

"Err...err ta..k tahu Tan Sri..."~ jawab Syamira tergagap-gagap..nah dia badi keturunan Cik Senah menjelma! Hahaha

Tan Sri Haris tergelak kecil..

"Kenapa you tergagap-gagap? Takut dengan i ke?"~ soal Tan Sri Haris sekali lagi dengan mesra..

Terkebil-kebil mata Syamira..Mak aihh! soft spoken nya Tan Sri Haris..Manis sungguh senyuman dia tu..Ini versi Tengku Hadrian 2.0 ke? Haip kau pun Syamira agak-agak la..2.0 depan mata kau tu,dah ada dua ketul intan berlian dekat rumah..Jangan kau nak berangan nak jadi intan permata yang nombor tiga sudah..Aku takut dengan ibu singa..siapa lagi kalau bukan ibu Tengku Hadrian..Mana tak nya kalau dia muncul di office,semua kepala staff macam penyu! masuk dalam baju..Hahaha

PROMISE me? { HOLD } Where stories live. Discover now