Bang !!
Chimon tersungkur di lantai. Dua orang pembantu yang berbadan tegap terkejut dan berlari lintang-pukang, ingin menyelamatkan diri tetapi dapat ditangkap oleh sekumpulan polis.
Phuwin terkejut melihat situasi yang terlalu cepat baginya. Dia memandang sekumpulan polis itu dan muncul Pawin dengan Nanon.
" Apakah kalian okay ? " tanya Nanon dan dia membuka ikatan di tangan Phuwin manakala Pawin membuka ikatan di tangan Mix.
Phuwin terus berlari ke arah Pond dan dia terus mencium bibir Pond, " Awak selamat. Saya bersyukur sangat " ucap Phuwin dan dia terus memeluk Pond dengan erat. Matanya berkaca-kaca, menahan tangisan di dalam dadanya.
" Sayang.. Are you okay ? " tanya Pond dan dia menggeselkan kepalanya di leher Phuwin.
Phuwin melepaskan pelukannya terhadap Pond dan mengangguk, " Yeahh, I'm okay. Don't worry about that " Phuwin menengkup muka Pond.
Pond melihat kedua pergelangan kaki Phuwin yang terbalut bandage bertompok kemerahan dengan baju croptop Phuwin bahagian bahu dibasahi oleh darah. Dia tahu yang Phuwin tidak baik-baik sahaja tetapi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia tahu, Phuwin tidak menyukai bila semua menganggap nya lemah.
Phuwin menoleh ke belakang, melihat dua pengawai polis sedang menjinakkan Chimon yang cuba meronta-ronta bagaikan kerbau liar itu. Dia bernafas lega dan dia kembali memandang ke arah Pond.
Nanon berlari ke arah Pond dan dia mencangkung, cuba melepaskam ikatan di tangan Pond.
Phuwin dan Pond bertatapan mata. Bibir mereka bertembung lagi sekali dan tiba-tiba...
" ARGHHH !!! " teriak Phuwin dan bibir nya terlepas dari bibir Pond. Matanya terbeliak besar dengan dada yang berombak ganas. Nafasnya tercungap-cungap.
" Phuwin ! " mata Pond terbuntang besar bila melihat ada satu pisau terbenam di bahagian bahu Phuwin, bahagian yang sama kena ditembak.
Phuwin bernafas tersekat-sekat. Dia menyentuh bahunya yang terasa perit luar biasa. Peluh mulai keluar daripada pori-pori kulitnya. Badannya menggigil seperti dia kesejukan. Pisau itu semakin menambahkan kesakitan di bahunya yang ditembak tadi.
" Phuwin.. Stay with me " arah Pond dengan kuat.
Phuwin tersenyum, " I told you. I even will take a bullet for you. But this time... It's a knife " Phuwin bergurau untuk menenangkan Pond. Tangannya yang tersalut darah kerana memegang bahunya, perlahan-perlahan mengusap di pipi Pond membuatkan pipi Pond kotor dengan bekas darah merah pekat milik Phuwin.
Chimon dapat melepaskan diri dan dia mengacungkan pistol ke arah Phuwin dengan Pond.
" Pond Lertratkosum !! " panggil Chimon dengan lantang.
" Jangan berpaling ke belakang Phuwin ! " pinta Pond tetapi dia tidak sempat menghalang Phuwin sebab ikatan di tangannya masih belum terlepas sempurna.
Phuwin berpaling ke belakang dan masa itu...
Bang !!!
Satu tembakan tepat terkena bahagian dada Phuwin.
" Phuwin !!! " teriak Pond dengan lantang. Suaranya bergema di dalam ruangan itu bila melihat peluru itu tepat masuk ke bahagian dada Phuwin.
Mix, Nanon, Pawin dan sekumpulan polis itu terkejut bila melihat Phuwin ditembak oleh Chimon kerana melindungi Pond.
Phuwin diri tegak, terdiam dalam beberapa saat. Matanya memandang ke arah dadanya yang terasa panas. Darah mulai keluar dari luka tembakan tersebut.
Pond terus berlari ke arah Phuwin selepas ikatan di tangannya terlepas. Dia menangkap Phuwin yang hampir jatuh terhempap di tanah bumi.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya