Phuwin Pov
Mimpi Phuwin...
Aku membuka mataku dan aku melihat sekeliling. Perkara yang pertama aku rasakan adalah dingin. Aku merasakan sejuk di sini. Sekeliling ku sungguh gelap sekali. Gelap membuatku buta. Aku tidak tahu mahu jalan ke mana kerana aku tidak nampak jalanan di mana-mana. Aku memusing-musingkan tubuhku, melihat sekeliling. Mungkin ada setitik cahaya yang boleh menemani ku di sini. Aku mahu jalan ke hadapan tetapi aku takut. Aku takut terjatuh di mana-mana.
Tiba-tiba ada sesuatu yang menyilau kan mataku. Aku sedikit menyepetkan mataku kerana cahaya itu sungguh menyakitkan retina ku. Aku melihat ada cahaya terang di hadapan sana dan bibir pucat ku mulai mengukirkan senyuman nipis.
Aku perlahan-perlahan berjalan ke arah cahaya itu, aku mahu mengapai cahaya tersebut. Kaki ku melangkah, melangkah dan melangkah.
Kakinya kaku di tempat bila aku sudah sampai di tempat cahaya itu. Suasana di situ sungguh memanjakan mataku membuatku tenang.
Aku melihat rerumputan yang dihiasi jutaan bunga lavendar yang terbentang di hadapan mataku. Aku tersenyum manis sambil merentangkan kedua tanganku lalu aku menghirup udara segar di situ. Kedua mataku tertutup rapat, menikmati semilir angin dingin yang menyapa tubuh kurus ku yang terasa sedikit sakit. Haruman bunga lavendar menusuk-nusuk hidungku membuatku terasa khayal kerana harumannya yang sungguh wangi. Aku sangat menikmati detik-detik ku di sini.
Tiba-tiba aku mendengar seperti ada bunyi muzik membuatkan ketenangan ku sedikit terganggu. Aku kebingungan, ada orang lain ke di tempat ini selain aku ? Aku ada juga mendengar bunyi orang gelak ketawa. Ketawa yang sangat aku kenali.
Perlahan-perlahan aku membuka kelopak mataku. Aku mahu melihat orang yang berada di tempat ini selain diriku. Aku melihat ada pasangan kekasih tengah berlari sambil berpegangan tangan sambil bergelak ketawa tidak jauh dari tempat ku berdiri.
Aku mengembungkan kedua pipiku, terasa cemburu melihat kebahagiaan dan kemesraan pasangan kekasih tersebut. Aku memandang sekeliling yang kosong. Apakah di sini hanya ada mereka bertiga sahaja ?
Aku nampak mereka berlari-lari sambil berpusing-pusing di pokok-pokok yang berdaun hijau pekat. Selepas itu, aku nampak pasangan kekasih itu berdiri berhadapan antara satu sama lain.
Aku nampak pasangan yang lebih tinggi itu menghulurkan tangan lalu pasangan yang rendah menyambut huluran tangan tersebut dan pasangan rendah itu menunduk hormat. Mereka mulai menari di situ dengan lagu yang memenuhi tempat ini.
Aku nampak mereka menari dengan senyuman indah di bibir. Aku melangkah, mendekati mereka. Aku mahu melihat wajah kedua nya tetapi baru selangkah aku melangkah, tiba-tiba tanah merekah lalu tanah itu terbuka membuatkan aku terjatuh di dalam gaung.
Aku menjerit dengan kuat dan aku jatuh terhempas di satu tempat yang gelap. Aku mengerang kesakitan sambil mengusap tubuhku yang rasa sakit dan sengal-sengal. Aku perlahan-perlahan bangun dan memandang sekeliling yang samar-samar diterangi oleh cahaya lilin.
Di mana ini ?
Aku berjalan ke hadapan, mencari kelibat sesiapa di sini.
" Hello ! Ada sesiapa tak di sini ? Hello ! " teriak ku sambil melihat keadaan sekitar yang sunyi sepi.
Tiba-tiba aku mendengar satu bunyi letusan tembakan membuatku terkejut besar. Aku memandang ke hadapan yang gelap membuatku ketakutan. Apakah aku perlu ke hadapan sana untuk melihat dari mana datang nya tembakan tersebut ?
Kakinya melangkah dengan berhati-hati ke hadapan. Aku menyepetkan mataku dan aku nampak seorang lelaki terdiam di tempat lalu beberapa saat kemudian, lelaki itu hampir jatuh di muka bumi tetapi ada lagi seorang lelaki mendakap tubuh lelaki yang terkena tembakan itu.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya