Wedding

6.2K 211 4
                                    

"IF you were a vegetable, you should be a cute-cumber." Aireen tersengih membaca mesej yang dihantar Dean.

Zayyan yang sedang memandu, memerhati Aireen dari pantulan cermin pandang belakang. Zayyan kurang senang melihat hubungan antara Dean dan Aireen. Dia kurang percaya terhadap Dean. Dia risau jika Dean hanya ingin mempermainkan perasaan Aireen.

"Cik Aireen..."

"Yes?" Aireen mengangkat kepala.

"Cik betul ke sukakan Encik Dean?"

"I really like him. He's so kind, hot and handsome,"luah Aireen sambil tersengih lagi.

"But you have to be carefull. I tak nak you patah hati kalau nanti dia tinggalkan you."

"I know he will never leave me. He said he love me lah..." Aireen tak hiraukan pesanan Zayyan. Yang penting Dean Kusyairi telah pun mengaku bahawa Puteri Aireen Tasneem adalah satu-satunya wanita yang dia cintai.

Hari ini Aireen perlu menghadiri mesyuarat dengan Brilliant Empire iaitu syarikat Dato' Hashim. Dean turut akan hadir ke mesyuarat tersebut.

Jantung Aireen mula berdebar saat matanya bertembung dengan Dean di bilik mesyuarat itu.

"Hi dear," Dean sempat kenyitkan mata ke arah Aireen sebelum dia mengambil tempat duduk di sisi Dato' Hashim.

Aireen asyik mencuri pandang Dean di depannya. Dean pula cuba untuk fokus dengan penerangan arkitek mereka tentang projek yang bakal dia uruskan bersama Aireen. Fokusnya kadangkala terganggu. Rasa dirinya asyik diperhatikan.

"What do you think, Aireen?" soal Tan Sri Megat.

Aireen masih lagi mengelamun sambil menongkat dagu menatap Dean.
Semua mata di situ pelik melihat Aireen yang sedang tersenyum sendirian.

"Puteri Aireen Tasneem!!" Tan Sri Megat tinggikan nada suaranya untuk menyedarkan anaknya yang masih lagi berangan.

"Opocot handsomenyaa!!

Pecah tawa semua orang di bilik mesyuarat itu apabila mendengar latah Aireen, termasuklah Dean.

"Ss... Sorry daddy, Aireen..." Pipi Aireen bertukar merah padam. Salah dia kerana terlalu asyik perhatikan anak teruna Dato' Hashim.

"Tan Sri tanya apa tadi?" Aireen menukar panggilan daddy kepada Tan Sri. Sewaktu bekerja, dia perlu menggunakan panggilan yang lebih profesional.

"I ask for your opinion?"

"Oh, I agree with that!" ucap Aireen laju dengan wajah yakin. Padahal dia sudah hilang fokus sejak tadi.

Dean Kusyairi di depan tersenyum sinis. Mudahnya buat gadis gemuk itu jatuh cinta kepadanya. Tahu lah dia kacak, tak perlulah tenung dia lama-lama.

Setelah tamat mesyuarat, staf yang terlibat mula bersurai.

"So, let's lunch Tan Sri. It's on me." Dato' Hashim cuba mengambil hati Tan Sri Megat. Dia juga berpakat dengan isterinya untuk menyatukan Dean dengan Aireen.

"Aireen, lets join us,"pelawa Dato' Hashim.

Aireen pandang Dean sekilas.

"Sure," jawab Aireen sambil tersenyum ke arah Dean.

Mereka berempat makan semeja di sebuah restoran mewah. Aireen dan Dean duduk di arah bertentangan. Sejak tadi, Aireen asyik bermain mata dengan Dean. Semakin rimas Dean dibuatnya.

"Dean dengan Aireen sekarang macam mana?" Tiba-tiba Tan Sri Megat Muzaffar bertanya.

"Macam mana apa Tan Sri?" Dean pandang Tan Sri Megat dan Aireen bersilih ganti.

My Chub (COMPLETE)Where stories live. Discover now