Asap rokok terhembus keluar daripada bibir tebal milik Pond. Pond memandang ke luar tingkap sambil menghisap rokok. Keadaan di luar gelap-gelita kerana saat ini, jam menunjukkan pukul 11 malam. Semua pekerja-pekerja nya sudah pulang kecuali pekerja yang dijadualkan untuk shift malam.
Pond memandang ke sebelah dan nampak bungkusan strawberi di dalam bekas. Melihat strawberi yang merah itu membuatkan hatinya menjadi sebak. Strawberi itu membuatkannya teringat akan sang isteri yang masih belum bangun daripada tidur.
Pond mencapai satu strawberi lalu strawberi itu disuapkan ke dalam mulutnya. Strawberi bercampur dengan rokok membuatkan ia mempunyai perisa pahit dan manis tetapi ia sungguh hambar di dalam rongga mulut Pond. Terasa lambat strawberi itu mengalir di kerongkong nya, kesat.
Pond memadamkan rokok dan dia mengemas barang-barang nya ke dalam beg hitam. Dia tiada mood mahu menghisap rokok lebih lama. Dia mahu pulang ke kondominum nya.
Sebelum pulang, dia melawat Phuwin terlebih dahulu. Dia berdiri di sisi katil Phuwin lalu wajah Phuwin yang pucat itu, dielus perlahan.
" Sayang... Saya pulang dahulu. Esok saya akan datang kembali okay ? " ucap Pond dan dia mengusap ubun-ubun rambut Phuwin.
" Selamat malam, Phuwin sayang " bisik Pond dan dia mengucup dahi licin Phuwin. Dia mengusap rambut panjang Phuwin lalu dia keluar daripada wad VIP tersebut, meninggalkan Phuwin yang masih tertidur dengan lena.
Phuwin Pov
Mimpi Phuwin
Peluh mulai membasahi tubuhku membuatkan aku merasa tidak nyaman. Aku berlari dengan sekuat tenagaku. Kadangakala, aku akan menoleh ke belakang lalu aku kembali berlari.
Aku ingin keluar. Aku ingin keluar dari sini. Tapi bagaimana ?
Bagaimana ?
Bagaimana ?
Apa cara yang boleh membuatku keluar dari dunia fantasi ini ?
Aku ketakutan di sini. Aku tidak mahu duduk selama-lamanya di dunia ini. Aku terseksa di sini. Berulang-ulang kali merasakan kesakitan yang sama membuatku tidak mampu menanggung kesakitan ini.
Apakah tiada jalan keluar daripada dunia ini ?
Apakah tiada pintu di sekeliling sini ?
Di manakah setitik cahaya yang selalu menerangi dan memperlihatkan ku keindahan alam semula jadi walaupun seketika ?
Saat ini, hanya kegelapan sahaja yang menyelubungi ku.
Gelap, gelap, gelap dan gelap.
Bibirku bergetar perlahan dan air mataku mulai menitis kerana aku ketakutan berada di sini sendirian.
" Phi... P'Pond... " ucap ku penuh kesedihan. Aku terduduk. Aku merasakan tubuhku lemah. Tidak ada tenaga mahu kembali berlari.
Aku menangis di situ..
Sendirian..
" Sayang... Saya pulang dahulu. Esok saya akan datang kembali okay ? "
Tiba-tiba suara garau nan berat milik sang suami menelusuri gegendang telingaku. Aku terkejut bila suara nya itu bergema di dunia gelap ku.
Suaranya penuh kelembutan dan kesedihan. Seperti ada sesuatu yang dia pendam sendirian.
Aku memusing-musingkan kepalanya ke kanan, ke kiri, ke hadapan, ke belakang dan ke atas. Mencari tubuh tegap suami ku.
Di mana Pond saat ini ?
Kenapa aku tidak boleh menjumpainya ?
Tiba-tiba aku merasakan satu gegaran yang kuat membuatkan aku menjerit kerana terkejut campur ketakutan.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya