Park Nakafurano, Hokkaido, Japan
" Awak bawak saya ke mana ni ? " tanya Phuwin dengan kebingungan. Dia tidak boleh melihat sekeliling kerana Pond menutup matanya dengan kain berwarna hitam. Pond kata ini suprise.
Aneh....
" Nanti awak akan tahu. Tunggu sahaja " ucap Pond dan dia mengucup jari-jemari Phuwin dengan lembut.
Phuwin senyum nipis dan mengangguk. Dia tidak tahu mereka ke mana tetapi dia abaikan sahaja. Malas mahu bertanya lebih-lebih.
Sudah 5 bulan sejak Phuwin sedar daripada koma dan Pond membawak Phuwin bercuti ke Jepun di Hokkaido. Dia gembira dapat bercuti ( honeymoon ) . Dalam masa yang sama, dia dapat juga meluangkan masa dengan Pond kerana sejak kebelakangan ini, jadual Pond sangat padat sampaikan dia jarang sekali bersama dengan Pond. Pond menguruskan hospital manakala dia menguruskan hotel. Mereka hanya berjumpa pada waktu pagi, lunch dan malam sahaja. Itu pun lihat lah, siapa yang pulang paling lambat dan siapa yang tertidur dahulu di sofa kerana menunggu antara satu sama lain.
Bibir Phuwin mengukirkan senyuman kecil bila berfikir tentang hal itu.
Beberapa minit kemudian, Phuwin merasakan kereta yang dipandu oleh Pond berhenti di suatu tempat. Phuwin kebingungan.
" Dah sampai ke ? " tanya Phuwin, ingin tahu.
" Dah " jawap Pond dengan ringkas. Dia mematikan enjin kereta lalu dia keluar daripada perut kereta. Dia membantu Phuwin keluar daripada kereta kerana kedua mata Phuwin ditutup oleh kain yang diikat.
" Kita dekat mana ni ? " tanya Phuwin bila haruman wangi menusuk-nusuk hidungnya dengan kuat.
" Sini.. Ikut saya " Pond mengenggam tangan Phuwin dan dia berjalan, memimpin Phuwin.
Phuwin hanya mengikuti sahaja langkah kaki Pond. Di kepalanya tertanya-tanya di mana mereka saat ini tetapi lidahnya berat mahu bertanya.
Phuwin dapat merasakan ada sesuatu yang lembut menyentuh tangannya sepanjang perjalanan dengan angin yang lembut.
" Kita kat dalam hutan ke, P'Pond ? " tanya Phuwin dengan kebingungan.
Pond ketawa, " Mana ada. Kenapa awak fikir kita ada di dalam hutan ? "
" Entah. Saya teka sahaja " Phuwin mengangkat kedua bahunya.
Pond senyum sambil menggelengkan kepalanya.
" Bila nak sampai ni ? Saya penat lah kena tutup mata lama-lama macam ni " rungut Phuwin dengan cebikan di bibir merah nya.
Pond tidak menjawap. Hanya senyap sahaja.
Mengetahui Pond senyap, Phuwin pun hanya mendiamkan diri. Jika Pond tidak mahu bagitahu dia pun, tidak mengapa kerana tidak lama lagi, dia tahu dia di mana ini.
Langkah kakinya berhenti bila merasakan Pond berhenti daripada berjalan.
" Kita sudah sampai " ucap Pond dan dia melepaskan genggaman di tangan Phuwin. Dia berdiri di belakang Phuwin lalu kedua bahu Phuwin di pegang lembut.
" Di mana ni ? " tanya Phuwin, masih kebingungan. Otak nya kosong.
" Saya akan buka kain ni okay ? " Pond mulai membuka ikatan kain yang membalut kedua mata Phuwin.
" Okay. Sedia.. 1.. 2... "
Jantung Phuwin berdegup kencang bila kain yang menutupi kedua matanya mulai terbuka.
" 3.... Buka lah mata sayang " pinta Pond dan dia mengucup lembut pipi tembam Phuwin.
Phuwin membuka kedua matanya. Sinaran matahari menyentuh retina nya membuatkan dia sedikit meringis kepedihan kerana dia terlalu lama menutupi matanya. Perlahan-perlahan, dia cuba menyesuaikan cahaya matahari lalu dia membuka kelopak matanya.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya