Pond menutup televisyen selepas dia puas menonton. Dia melihat pintu bilik tidur yang berwarna putih itu. Dia sedikit pelik kerana Phuwin masuk ke dalam bilik tidur dengan awal. Selalunya, jika cuti seperti ini, Phuwin akan masuk ke dalam bilik tidur dalam pukul 12 ataupun 1 pagi tapi ini, pukul 9 malam sudah masuk dalam bilik tidur.
Phuwin ada buat apa-apa ke ?
Mungkin Phuwin mengantuk. Pond hanya menyedapkan hatinya sahaja. Dia mengangkat kedua bahunya. Hadiah yang diberikannya tadi dekat Phuwin pun, Phuwin sudah angkat bawak masuk ke dalam bilik tidur.
Pond mengeliat, meregangkan otot-otot tubuhnya. Dia bangun, mahu masuk ke dalam bilik tidur. Lebih baik dia tidur walaupun dia belum mengantuk lagi. Dia yakin, dia akan tertidur kalau memeluk Phuwin.
" Sayang, apakah awak sudah ti -
Buka sahaja pintu bilik tidur, mulut Pond terkatup rapat. Suaranya tersekat di kerongkong, tidak dapat menyambungkan kata-kata nya tadi. Haruman perfume berbau strawberi sungguh kuat menusuk-nusuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan darahnya berdesir panas. Jantungnya berdegup laju melihat Phuwin duduk merangkak di atas katil. Kedua telapak tangan Phuwin yang tersarung sarung tangan berbulu hitam diletakkan di atas katil. Wajah Phuwin mempunyai solekan tipis dan senyuman Phuwin itu membuatkan perutnya senak.
Dia tidak menyangka yang Phuwin masuk ke dalam bilik tidur awal kerana memakai pakaian yang berada di dalam kotak hadiah nya tadi.
Baju croptop tiada lengan dan mempunyai corak bentuk love yang mendedahkan bahagian tengah-tengah dada dengan boxer Kelvin Klein berwarna hitam. Di kepala Phuwin cantik terletak cekak rambut bertelinga kucing berwarna hitam dengan dalamannya berwarna pink. Rantai beropol berwarna pink campuran hitam yang mempunyai reben dan loceng cantik tersarung di leher jenjang Phuwin. Kedua telapak tangan Phuwin disarung dengan sarung tangan berbulu berwarna hitam dengan ekor kucing diikat di pinggang berwarna hitam yang mempunyai warna kelabu di hujung ekor. Kaki Phuwin yang terdedah ditutupi oleh stoking hitam mencecah paha dengan corak telapak kaki kucing berwarna pink.
YOU ARE READING
Strawberry and Cigarettes ( S2 )
RomanceAda seseorang memerhatikannya membuatkan dia hidup di dalam ketakutan dan berhati-hati bersama pasangannya yang melindunginya