EZTPH : 16

43 4 0
                                    

SEDANG dia mencuci pinggan, terasa kakinya digeser dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDANG dia mencuci pinggan, terasa kakinya digeser dari belakang.

Ada apa lagilah!

" Dr. Eariel nak apa? " soal Rose tidak puas hati.

Eariel hanya menyungging senyuman sinis. Dia menghalakan tangan ke singki untuk membasahkan tangannya sedikit. Dicopkan tangannya di baju Rose. Terlihat kesan tapak tangan besar di belakang baju Rose.

Terbuntang mata Rose.

Sekali lagi Eariel menyimbah air kepadanya. Kali ini jumlah air itu agak besar.

Dia dah tak ada baju ni... tolong jangan!

" Dr. Eariel nak buat apa? Saya dah tak ada baju dah." Pujuk Rose.

Sangkaannya meleset apabila bajunya habis basah lencun dek air paip yang disimbah Eariel.

Eariel sengaja simbah di kawasan perut. Pasti gadis itu akan tukar baju. Kang perut kembung!

" Dr. Eariel memang sengaja kan?" Soal Rose sambil memandang tajam lelaki itu.

" Yes, tak nak tukar baju ke? Esok ada kelas aku... so takkan kau tak nak datang?" Jawab Eariel. Sengaja dia mengusik gadis ini, malam ni adalah malam terakhir mereka bertemu. Esok pagi dia perlu berangkat. Mungkin bertahun-tahun juga dia perlu tinggalkan gadis ini. Dia terpaksa, demi keselamatan isterinya dan keselamatan keluarganya.

Adreo Luis, sepupunya banyak membantunya menguruskan Lorenzo Family. Katanya, Fellician Family telah mengupah beberapa orang hacker untuk membocorkan rahsia mereka. Mujur ada Haziq yang pandai menyembunyikan maklumat dan menggantikan maklumat itu dengan maklumat palsu. Hairan Eariel melihat kepakaran Haziq, bekas ahli kumpulan BlackWhite yang tempoh hari memecah masuk rumah mereka. Tapi dia harus berjaga-jaga jika ada musuh dalam selimut. Bukan apa, tapi dia sudah terkena sekali. 

" Ya, saya nak tukar lah ni." Kata Rose lalu menuju ke bilik.

Eariel hanya memerhati gadis itu. Dahlah pendek, mungkin tingginya dalam 150 cm?

Jam dikerling, pukul 10 malam. Baru dia sedar, tadi kan dia balik lambat. Dia menuju ke bilik. Kelihatan Rose di depan almari.

" Takkan nak pakai ni pula?" Soal Rose sambil memegang lingerie.

" Pakai jelah." Usik Eariel sambil tersengih nakal.

Ah sudah! Betul aku cakap, mamat ni memang pervert.

" Tak payah banyak alasan. Pergi pakai, nanti perut kau kembung! " Arah Eariel dengan muka dibuat-buat tegas.

Rose melangkah masuk ke dalam bilik air dengan wajah yang cemberut. Dipandangnya lingerie itu. Walaupun tak rupa baju tapi tak terlalu seksi. Nak tak nak dia kena pakai juga.

______________________________________



EARIEL baring di atas katil sambil melihat perkembangan syarikatnya. Graf menunjukkan prestasi syarikatnya maju mengatasi syarikat lain.

Sambil-sambil itu dia mengerling pintu bilik air. Lama betul!

Baju-baju semua sudah ada di sana jadi tak perlu bawa dari sini. Hatinya berat untuk meninggalkan gadis ini sementara dia perlu mempertaruhkan nyawa dia di sana.

Kedengaran pintu bilik air dibuka menghentikan lamunannya.

" Aku tak rasa dia nampak... aku dah balut pakai tuala. Dalam pakai lingerie astu balut dengan tuala. Rasanya tak apa kot. " Bisik Rose perlahan.

" Kau dah kenapa balut-balut macam pocong? " Seloroh Eariel.

" Haah, Dr. Eariel jangan macam-macam eh. Dr. Eariel macam-macam, saya hantar Dr. Eariel lepak dengan pocong kat underground " Ugut Rose.

Sikit pun Eariel tak kisah dengan ugutan budak kecik ni.

" Kalau pocong tu kau, aku pun nak lepak ngan kau kat underground sama-sama " Ucap Eariel. Saja dia bagi ayat berbunga.

" Oh maknanya madu saya pocong lah?" Aik boleh pula bermadukan pocong.

" Ya ya, kau duduk sini." Arah Eariel lalu menepuk bahagian tengah katil.

Rose hanya menurut.

" Ada apa? " Tanya Rose polos.

" Kau ingat tak yang aku pernah cakap aku akan tinggalkan kau untuk beberapa tahun?" Soal Eariel. Isterinya ini berhak untuk tahu.

" Ha! Apa maksud Dr. Eariel? " Soal Rose pula. Lelaki ini suka membuatkannya tertanya-tanya. Bila disoal balik, ada sahaja mahu menyakatnya.

" Esok aku akan berangkat ke Italy. Aku tak pasti aku akan tinggalkan bunga aku ni berapa minggu, bulan atau tahun. Tapi yang pasti, kau kena jaga diri. Bodyguard aku ramai untuk jaga kau. " Terang Eariel.

" Ha? T-tinggalkan saya? K-kenapa? " Soal Rose. Mereka baru sahaja berkahwin.

" Aku minta maaf tapi ini mungkin kali terakhir kau jumpa aku? Aku mafia, bunga." Jelas Eariel. Tangannya naik menyentuh pipi mulus Rose.

" Mafia? Yang bunuh-bunuh orang lepastu main-main pistol tu ke?" Soal Rose dengan riak teruja.

Ya dengan riak teruja. 

Pening Eariel lihat isteri dia ni. Biasa kalau orang mengaku diri dia mafia, orang dah lari tak cukup tanah tapi ini lain dah. Sabo jelah.

" Y-ya, yang tu tapi bukan main-main pistol." Gugup Eariel tika ini. Takut dia lihat pandangan Rose.

" Hmm dekat story Wattpad waktu tu, ada orang ketiga tapi akhirnya happy ending juga." Bisik Rose perlahan.

" Kau cakap apa?"Tanya Eariel.

" Tak ada apa-apa." Balas Rose dengan senyuman yang manis sekali. Haha.

Seram Eariel tengok Rose sekarang ini. 

" Tapi Rose, mafia bukan hal yang boleh buat main-main." Terang Eariel. Rose hanya mengangguk sahaja. 

Dia kerap juga baca story pasal mafia di Wattpad. Best!

" Tahu. Tapi macam mana Dr. Eariel buat tiga kerja dalam satu masa?" 

Yelah jadi CEO , pensyarah dan jadi mafia. Hebatlah suami kita. Haha.

" Aku banyak kawan boleh uruskan, bukan macam kau. Dua je." Bidas Eariel.

Panas telinga Rose mendengar. Terus Rose menaikkan tangan ingin menarik telinga Eariel. Akibatnya, tuala Rose terlepas. Terlihat tubuh Rose yang memakai lingerie.

Eariel hanya menyungging senyuman nakal lalu menolak Rose ke atas katil.

______________________________________

" Weh Ayman. Kau dengar something tak? " Soal Ayden apabila mendengar suara seseorang di tingkat atas banglo mereka.

" Kau diam jelah. Banyak cakap pula kau. " Bidas Ayman. Sibuk je mamat ni!

" Aik aku tanya je? Nak cari anak aku ah. Tengah masak kot kat dapur. " Ayden buat-buat ke dapur.

" Kepala hotak kau kat dapur. Anak kau baru lima tahun. Kau ajar anak kau main api ke! "

" Gila kau! Nanti anak aku hitam ikut kau, tak nak aku! " Seloroh Ayden lalu bergegas naik ke atas.

Ayden ni macam budak-budak walaupun dah jadi bapak budak!

















                          TBC
Tq baca haha.

Betul ke Eariel nak pergi bumi Italy?
Mcm mana dengan Rose?
Bye! See you in next chapter!


𝐄𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 : 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 Where stories live. Discover now