EZTPH : 21

49 2 0
                                    

Langkahnya diorak dengan penuh berhati-hati agar si dia tidak perasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Langkahnya diorak dengan penuh berhati-hati agar si dia tidak perasan.

" Kau nak pergi mana? " suara garau itu menyapa Rose dari arah belakang.

Rose hanya membisu. Sudah tahu si dia mahu katakan apa.

" Kenapa kopi aku tak sedap dan pedas? Kalau masin, logik sikit sebab kau kan buta. Mana nampak gula dengan garam. bidas Eariel dengan tangan disilangkan di dada. Sisa pedas daripada kopi itu masih tersisa rasa di lidahnya namun ditahan sahaja.

Eariel mencerlung tajam tepat ke arah matanya. Habislah...

Riak wajah dikawal daripada pucat lalu Rose berdehem sedikit.

" Saya tak tahu. Mungkin masa saya masak nasi goreng tu termasuklah perencah dia sikit. " tipu Rose. Padahal dia letak separuh dari paket perencah ramen. MUAHAHA habis dia nampak paket perencah je... mi nya tak ada jadi dia guna kesempatan ini.

" Kau ingat aku bodoh? Perencah nasi goreng tu rasanya masin tau. Dahlah buat kopi tak sedap lepas tu pedas pula tu. Memang tak sedap tambah mengecewakan. " Eariel membuat tangannya gaya good tapi...

Diterbalikkan. Loser.

" Ni mesti tertelan perencah nasi goreng waktu kecil kan... saya tak tahu pula perencah nasi goreng tu masin. "

" Ke kau tak pandai masak? "

Eariel hanya mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman sinis. Dia dan senyuman sinis berpisah tiada. Bagai aur dengan tebing, bekerjasama untuk menyakitkan hatinya.

" Habis itu nasi goreng ni apa? Bik Laila dah balik Malaysia, tantah yang awak makan tu nasi kangkang... ayok.."

Tersedak Eariel. Dipandangnya nasi goreng yang sudah sesudu dijamahnya. Nasi kangkang tu apa? Asal nama lain macam?

" Nasi kangkang tu apa? " soal Eariel.

" Makanan untuk santet orang. "

Aduh! Memeningkan betul. Kali ini santet tu pula apa? Cuba cakap bagi jelas!

" Santet tu pula apa."

" Untuk bagi orang terutamanya awak, mati cepat. " ujar Rose dengan nada yang bersahaja. Nak sangat jadi janda muda ke?

Diambilnya pinggan lalu dicedoknya nasi goreng ke dalam pinggan. Dengan lafaz basmallah, disuapkan nasi itu ke dalam mulutnya.

Eariel hanya menahan ketawa di depan.

Membulat mata Rose. Masin gila! Kopi dengan nasi goreng, dua-dua masin. Benar-benar senjata makan tuan!

" Padan muka kau. Kita sama-sama kena santet dengan nasi goreng. "

Rose hanya menjuling mata ke atas. Malas mahu layan perangai tak semenggah Eariel. Hmm, padanlah setiap kali dia masak, Ayyan, Ayman atau Ayden macam ada makna tersembunyi je bila nak makan.

𝐄𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 : 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 Where stories live. Discover now