blurb 💐

25.1K 436 8
                                    

NUR MAYSARA, dia balik ke kampung untuk menghadiri majlis nikah kakak tirinya yang juga seorang pensyarah di tempatnya belajar. Tetapi Mayzatul Nazwa pula pergi menghilangkan diri dengan nota yang dia belum bersedia untuk berkahwin dengan Haiden Mateen. Demi menutup rasa malu kedua belah pihak, Maysara terpaksa bersetuju untuk menggantikan tempat kakaknya.

HAIDEN MATEEN, dia sebenarnya tidak pernah ada hati dengan Mayzatul. Wanita itu adalah pilihan mamanya, Puan Mariam. Tetapi Mayzatul larikan diri di hari pernikahan mereka. Maysara, adik kepada Mayzatul yang kebetulan balik untuk menghadiri majlis kakaknya itu pula yang dijadikan pengganti.

"Maafkan saya. Disebabkan apa yang Zatul lakukan ni awak terpaksa menjadi isteri saya." - Haiden Mateen


"Dah tanggungjawab saya sebagai anak. Saya kena patuh dengan apa yang mak dan ayah saya minta. Lagipun ni hanya untuk menutup rasa malu keluarga. Bila-bila masa saja kita boleh berpisah." - Nur Maysara


Berkahwin dengan pensyarahnya itu adalah sesuatu yang tidak dia jangka! Yalah dia balik sebab nak tengok kakak dia kahwin, eh dia pula yang naik pelamin! Tak guna punya Mayzatul!

Seminggu lebih dia hidup sebagai isteri Haiden, hati Maysara mula dicuit rasa cinta. Apatah lagi bila Haiden melayannya dengan baik. Lembut, penuh rasa sayang. Haiden juga selalu meninggalkan sticky note buatnya setiap kali dia hendak keluar kerja.

Thanks for the food.📌

Dinner nanti nak makan kat luar or kat rumah? 📌

Hari ni ada exam kan? Good luck, my Sara.📌

Jom pergi dating lepas kelas ❤️📌

You did well, I'm proud of you.📌

Dan banyak lagi. Semua Maysara simpan.

Bagi Haiden pula, dia ingat Maysara bencikan dia kerana setiap kali mereka bertemu, gadis itu akan cuba untuk tidak memandangnya. Ternyata Maysara adalah seorang yang suka mengusik dan bergurau. Dia rajin dan pandai masak. Kalau Maysara tiba-tiba tidak banyak cakap, sudah tentu ada yang tidak kena!

Namun itulah yang menarik minatnya untuk mengenali Maysara dengan lebih dekat kerana hati mula membuahkan rasa cinta untuk gadis itu sejak kali pertama bertemu.

Tapi tak ada rumah tangga yang tidak di uji dengan pelbagai dugaan kan? Mayzatul datang dengan niat mahukan semula tempatnya yang diganti Maysara ketika pasangan itu sedang diulit bahagia.

Maysara tekad untuk mempertahankan rumah tangganya!




🌷Green flag ML 🌱
🌷Strong FL 💪🏻
🌷Light conflict, cute romance ❤️
🌷Mature content ⚠️
🌷Family problem ⚠️
🌷Too much typo, so pls understand ❤️

Start : November
End : December

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now