S A R A H A I D E N | 2 🌷

11.9K 405 5
                                    

PAGI, Universiti.

.

"EH? TU LELAKI yang datang KFC dengan kakak kau hari tu kan?" Rina memuncungkan bibirnya ke satu arah. Maysara menoleh ke arah itu. Kelihatan seorang lelaki dan wanita melangkah keluar dari pejabat.

Dia dan Rina ketika itu baru keluar dari library.

"Haah." Balas Maysara. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Tiba-tiba pula lelaki itu menoleh ke arah mereka berdua.

Gulp.

Maysara mengangguk perlahan, tanda menyapa lelaki itu dari jauh sebelum dia dan Rina mula mengatur langkah pergi dari situ.

Lelaki itu..

Tunang kakaknya. Dan mereka akan berkahwin dalam dua minggu lagi. Entah kenapa dia rasa tidak selesa. Setiap kali dia lihat lelaki itu, hatinya tidak tenang. Dia tidak suka perasaan ini.

Kejadian beberapa hari lepas di majlis pertunangan kakaknya dan lelaki itu masih segar di ingatan Maysara. Dia ada balik kampung kerana di ajak Mayzatul. Jadi dia terpaksa menurut.

.

USAI majlis tunang yang diadakan secara kecil-kecilan itu saja, Tuan Hakim, Encik Safwan, Hilal, Haiden, Malik dan Haiqal lepak di luar rumah. Puan Mariam, Puan Naura dan Mayzatul pula duduk berbual di ruang tamu.

Maysara yang tadi di dalam bilik, keluar untuk ke dapur. Mahu membancuh air panas. Ibunya suruh melalui whatsapp tadi.

Sedang dia membancuh teh susu, hujung baju kurung kedahnya di tarik. Maysara menoleh. Ada anak kecil berdiri di sebelahnya.

'Anak siapa ni? Comelnya!'

Dia duduk bertinggung untuk menyamakan tingginya dengan anak kecil itu. Senyuman penuh minat diukir di bibirnya.

"Kenapa ni? Adik nak apa-apa ke?" soalnya lembut.

"Aunty, Lily nak tencing." jawabnya.

"Hah? Tencing? Nak pee pee ke?"

Lily mengangguk laju. Dia mencari papanya tadi tapi rasa sudah tidak tahan nak membuang, dia ke dapur dengan sendirinya.

"Jom aunty bawa ke toilet." Maysara memegang tangan Lily dan membawanya ke tandas.

"Anak siapa tu dik?" Malik yang baru masuk ke dapur itu bertanya. Dia dari luar rumah tadi. Berbual dengan keluarga bakal mentua adiknya, Mayzatul.

"Entah bang Malik. Dia nak pergi toilet ni. Adik temankan saja." jawabnya seraya membuka pintu tandas.

Malik mengangguk faham. Dia masuk ke dapur tadi untuk mengambil air panas yang adiknya buat, tapi bila melihat adiknya ada kerja lain, dia masuk semula.

.

"ALONG, Lily mana?" soal Haiqal yang keluar ke balkoni rumah bakal mentua abangnya itu. Hilal sejak tadi berbual dengan Malik di luar. Tuan Hakim, Encik Safwan dan Haiden juga ada di situ.

"Lily? Dengan umi kan?" Berkerut kening Hilal.

Haiqal menggeleng. "Umi kata Lily pergi tempat along tadi."

"Aku rasa anak kau yang dengan adik tiri aku tadi tu. Adik aku kata dia nak pergi tandas." Malik bersuara.

"Kau pergi tengok kat dapur, Qal." arah Hilal. Haiqal berlalu ke dapur. "Maaflah, anak aku tu bukan jenis yang takutkan orang. Kesian adik kau terpaksa teman dia pergi tandas."

"Eh tak apa lah. Sara tu okay je. Dia suka budak-budak." balas Malik.

Tidak lama kemudian, Haiqal keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi teh susu yang Maysara buat tadi. Di belakangnya ada Maysara sedang mendukung Lily.

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now