S A R A H A I D E N | 1 🌷

18.5K 463 10
                                    

Malam, Dorm Universiti.

"YEAY CUTI!!" jerit Rina keriangan. Suka bila esok hari sabtu. Dia tinggal berdekatan jadi setiap hari sabtu dan ahad dia boleh balik rumah. Rindu dengan mak dan ayahnya.

"Sukanya kau dapat balik rumah. Aku ni, nak balik pun kena fikir banyak kali." Maysara berkata sambil melipat pakaian yang sudah kering tadi. Hari jumaat dia tiada kelas, jadi dia mencuci pakaiannya dan juga pakaian Rina, roommatenya.

"Kau masih tak okay ke dengan keluarga tiri kau?" Rina selaku roommatenya sejak sem 1 itu melabuhkan duduk di atas katilnya.

"Okay je.." balasnya dengan suara yang sedikit mendatar. "Cuma aku malas nak jalan jauh. Kau tahulah aku cepat mabuk."

Rina mengangguk faham. "Lepas ni kita ke cafe jom? Aku lapar la. Tiba-tiba nak makan nasi goreng pattaya pula." ajaknya.

"Aku tak-."

"Aku belanja. Kau jangan risau. Aku tolong kau kemas pakaian kau." potong Rina. Dah tahu yang Maysara nak cakap yang dia tak ada duit. Hampir dua tahun ni dia tinggal sebilik dengan Maysara. Dah faham sangat. Maysara sangat berjimat dalam bab kewangan sampai makan dan minum pun dia kadang tidak terjaga.

Bapa dia yang kerja cikgu tu tak bagi dia duit belanja ke?! Anak terpaksa ikat perut sebab nak jimat duit! Hmph!

Dia bangun mengangkat pakaian yang sudah Maysara siap lipat dan dimasukkan ke dalam almari. Cepat siap, cepatlah mereka pergi makan!

Maysara hanya menghela nafas kecil. Engku Sharina adalah nama penuh sahabatnya ini. Mereka berkawan sejak pertama kali jadi roommate di sem 1. Walaupun bidang mereka berlainan, namun Rina lagi rapat dengannya berbanding dengan classmate.

Rina bidang Perubatan manakala Maysara pula dalam bidang Bisnes dan Akauntan.

"Dah siap. Sekarang kau pergi siap. Perut aku dah menyanyi lagu BTS dah ni." arah Sharina. Maysara tertawa.

"Lagi apa? Run BTS ke Dope ke atau War of Hormone?" Maysara mengikat rambut ikalnya yang melebihi bahu itu.

"Mana-mana je. Dah cepat siap la Saraaaa."

.

DENGAN hanya memakai seluar tracksuit hitam dan hoodie kelabu menutupi kepalanya, Maysara melangkah masuk ke cafeteria diikuti Rina di belakang. Rina mengenakan sweater pink, shawl hitam dan pencil skirt hitam.

Maysara senang berpakaian santai seperti itu. Dia tidak suka bergaya. Cukup pakai seluar dan baju, hoodie untuk menutupi auratnya. Stokin tidak di lupa.

Lengannya di rangkul Rina. Sahabatnya itu memang jenis suka melekat dengannya ke mana saja mereka pergi.

"Rina!" Sharina berpaling memandang orang yang memanggil namanya tadi. Terhenti langkah mereka berdua.

"Fahmi. Kenapa?" tanya Rina. Maysara pandang sahabatnya kemudian lelaki bernama Fahmi itu bila pegangan Rina pada lengannya itu menguat. Seakan ketakutan.

"Aku call kau dari semalam kenapa tak dapat? Susah betul nak jumpa kau sekarang ni kan." jawab Fahmi agak kasar.

Rina menelan liur. "Sorry.." dia pandang pelajar-pelajar yang ada di dalam cafeteria itu. "Aku dah cakap aku nak break kan? Kenapa kau tak boleh nak terima?"

Fahmi mendengus kasar. "Eh kita hanya akan break up kalau aku yang nak putuskan hubungan kita!" marahnya. Rina tersentak. Rasa malu bila banyak mata memandang mereka.

"Takut kau dah tak ada tempat nak minta duit ke?" sampuk Maysara dengan berani. Bukan dia tidak tahu Fahmi bercinta dengan Rina bukan sebab sayangkan sahabatnya itu. Tapi sayangkan 'duit'.

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now