S A R A H A I D E N | 10 🌷

13.2K 394 10
                                    

HAIDEN tersenyum bahagia melihat Maysara berlari anak masuk ke dalam bilik mereka yang dia tempah. Four Seasons Resort jadi tempat penginapan mereka. Maysara yang memilih tempat ini.

 Maysara yang memilih tempat ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Subhanallah. Cantik abang!" Maysara menjerit suka. Haiden yang membawa bagasi mereka itu hanya tertawa kecil. Isterinya itu melompat suka. "Thank you bawa Sara ke sini." ucapnya.

"Sama-sama, my Sara." balasnya. Maysara keluar ke balkoni sementara Haiden duduk di birai katil. Mahu mengemas pakaian mereka masuk ke dalam almari. Mereka akan stay di sini selama 4 hari. Ni honeymoon mereka.

Maysara di balkoni sibuk menangkap gambar. Gembira sungguh isterinya itu sampai lupa yang dia tadi kelam kabut nak ke bilik air. Haiden menghampiri Maysara.

"My Sara. Tadi kata nak ke bilik air? Dah lupa ke?"

Maysara tertawa kecil. "Terlupa. Tempat ni cantik sangat sampai tak ingat yang Sara tengah urgent." Telefon dia letakkan di atas meja kopi sebelum berlalu ke bilik air. Haiden melabuhkan duduk di kerusi yang terdapat di balkoni tersebut.

Mata merenung pemandangan di depan mata. Memang indah. Patutlah Maysara memilih tempat ini. Tak usah jauh-jauh nak ke pantai. Keluar bilik saja pantai dah di depan mata.

"Abang, kita makan malam kat mana nanti? Sara lapar." Maysara berkata usai keluar dari bilik air.

"Kat restoran resort ni la sayang. Lepas solat maghrib nanti kita pergi eh? Sekarang Sara nak ke mana dulu?"

Maysara tersenyum. "Pantai!"

  HAIDEN berdiri diam di belakang Maysara ketika isterinya sibuk menangkap gambar sunset

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



HAIDEN berdiri diam di belakang Maysara ketika isterinya sibuk menangkap gambar sunset. Dengan kedua tangan di dalam kocek seluar paras lututnya, t-shirt hitam loose di tubuh tegap itu. Dan kaca mata hitam di wajah menampakkan lagi betapa tampannya lelaki itu. Angin laut bertiup lembut.

"My Sara, tangkap gambar tu nak post kat instagram ke?"

Maysara menoleh. Terlupa sekejap si suami di belakang. Dia tersengih. "Haah. Abang ada instagram tak? Nak follow!" Dia mendekati Haiden. Lelaki itu mengeluarkan telefon dari poket seluar.

Mrs Haiden Mateen (TERBIT)Where stories live. Discover now