Saya tidak tidur. Saya dengar sahaja apa yang Ibu bualkan.
"Mereka dah cukup besar. Masanya dah tiba," kata Ibu kepada rakannya. Mereka berdiri di pintu bilik kami untuk memastikan kami tidur.
Tiap-tiap malam Ibu akan beri air masak kepada kami sebelum tidur. Hari ini saya tidak minum air yang diberi. Sebab itulah saya tidak tidur dengan lena seperti selalu.
Ibu keluar dari bilik dan menutup pintu bilik kami. Terdengar bunyi klik dari luar. Setelah pasti bahawa Ibu sudah pergi, saya bangun dari katil.
Saya berjalan ke katil rakan karib saya. Dia manusia yang paling baik bagi saya. Dia tidur dengan lena. Dadanya berombak laju. Bebola matanya melirik ke kanan dan ke kiri walaupun matanya tertutup. Dia tidur paling lena.
Tiba-tiba kaki saya rasa seperti memijak sesuatu yang berair. Saya pandang ke bawah.
Warna merah.
Seperti warna jeli yang kami pernah makan.
Saya tunduk. Saya sentuh cecair merah itu. Kemudian saya bau cecair itu. Baunya seperti jeli. Saya jilat cecair yang berada di tangan saya.
Sedap.
Sangat sedap!
Saya merapatkan muka saya dengan lantai. Lidah dikeluarkan agar saya dapat menjilatnya dengan lebih banyak.
Saya kenyang. Saya berdiri semula. Saya lihat rakan karib saya. Dia sudah tidak tidur dengan lena. Badannya diam sahaja.
Saya perhatikan semua rakan saya. Mereka sudah tidak tidur dengan lena. Saya perhatikan katil saya. Dari bawah katil itu ada silinder besi yang tajam dan berkilat.
Saya berjalan ke katil saya. Silinder besi itu saya sentuh sehingga tangan saya mengeluarkan air berwarna merah. Saya jilat air itu.
Saya tahu ini kerja Ibu. Ibu yang mengeluarkan silinder besi ini. Saya tahu kerana rakan-rakan saya sebelum ini pun mengeluarkan cecair merah juga. Ini rakan saya yang kelima.
Terima kasih Ibu bekalkan saya cecair merah..
Saya janji saya tidak akan kacau keluarga Ibu lagi.
☆
Aku pun tak tau apa benda yang aku buat ni.. seram +psycho. first time buat cerita dan siap.. inspiration daripada pembentangan kawan pasal cerita seram.
YOU ARE READING
Koleksi Tulisan Ringkas
De TodoIni hanya benda yang tidak difikirkan dahulu sebelum ditulis. Ada banyak genre. Jika terjumpa sebarang kepelikan harap berdiam diri sahaja ataupun tidur. Sila vote mana yang anda suka sahaja.