Prolog

42 7 1
                                    

"Kamu kenal anak murid mu, pasti kamu boleh kalahkannya"

Suara itu menyapa dari arah belakang. Tuan Awang Purnama sedikit kaget apabila ada suara yg menegurnya. Putera Asmara Andika memberikan senyuman sahaja.

"Bagaimana kalau sang putera itu berjaya?"

"Beta kenal adik beta sorang itu. Dia takkan berikan sedikit peluang pada jejaka itu untuk menang" katanya.

"Lagipun... bukan kah adindaku itu terkenal sebagai dewi silat? Sang dewi yang jagoh dalam persilatan?" Sambungnya lagi. Tuan Awang Purnama hanya diam sahaja. Ada benar katanya.

"Kamu hebat dalam alat pertahanan... tapi dia tidak" Putera Asmara Andika pantas mengingati jejaka itu. Dia menepuk bahu Tuan Awang Purnama sebelum beredar dari kawasan padang itu.

Tepat pada masanya Lentera Sukma muncul sambil membawa sebotol air yang besar bersama cawan. Matanya memandang lama ke arah putera itu.

"Tuanku borak apa bersama putera itu?"

"Tentang perlawanan... eh Lentera duduklah disebelah beta, pasti kamu penat ambil minuman itu" terus dia mengajak pembantunya duduk. Putera Asmara Andika memberikan senyuman pada Tuan Awang Purnama.

"Kamu tak pernah berubah ya? Kamu masih tetap rendah diri dengan siapa - siapa pun. Tetap hormat walaupun kasta yang berbeza" katanya. Tuan Awang Purnama tersipu malu apabila mendapat pujian tersebut. "Bagi saya... saya patut hormat sesiapa pun... karna pangkat dan darjat saya ini bila - bila masa tuhan boleh ambil" katanya

"Andai kata satu hari nanti kamu berjaya mendapatkan takhta dan negeri kamu kembali... pasti rakyat jelata amat menyayangi kamu Awang"

"Mungkin"

"Tuanku silap! Patik sebagai salah seorang yang bakal menjadi rakyat tuanku, sudah pasti amat menyayangi tuanku! Jadi patik yakin, rakyat yang lain sangat menyayangi tuanku bahkan sedang menunggu kepulangan tuanku sekarang ini" Lentera Sukma berkata penuh semangat. Apa yang dia kata semuanya benar belaka. Ramai menunggu pawaris sebenar untuk mewarisi takhta kedudukan sultan tersebut.




Akhirnya hari yang ditunggukan sudah tiba. Perlawanan antara Puteri Bunga Sari dengan jejaka - jejaka yang mahukan sang puteri itu sudahnya mula. Ramai yang membanjiri kawasan istana untuk melihat perlawanan tersebut. Bahkan, ramai juga datang dari daerah yang berbeza hanya untuk menyaksikan perlawanan tersebut!

Biarpun sudah hampir menjalang tengah hari, tetap tiada jejaka yang mampu mengalahkan Puteri Bunga Sari
Semuanya tumbang ditewaskan oleh gadis tersebut.

"Wargh! Patik sudah kalah... memang tuanku bukanlah lawan yang setanding dengan patik... tuanku jauh lebih hebat dari yang patik sangkakan!"

"Pergerakan tuanku cukup lincah sehinggakan hampir tidak dapat baca gerakannya!"

"Terlalu laju sampai tak sempat nak balas!"

Itulah balasan yang didengari sendiri oleh Tuan Awang Purnama. Ramai yang pulang dari gelanggang itu dengan rasa sakit yang amat pada badan mereka. Maklumlah, mereka bertarung menggunakan tangan dan keris yang diperbuat dari kayu. Tuan Awang Purnama memandang ke arah keris kayu yang diperbuat khas oleh Putera Asmara Andika.

"Awang" Putera Asmara Andika menegur jejaka itu dari jauh. Dia memberikan senyuman sebelum berdiri dihadapannya. "Tuanku! Tak sangka pula tuanku kemari ke sini" kata Tuan Awang Purnama dengan muka yang terkejut. "Mestilah beta datang! Beta mahu melihat bakal adik ipar beta berlawan dengan adinda beta!" katanya dengan teruja.

"Heh! Tengoklah siapa yang datang ini. Orang marhaen!" Tiba - tiba dengar sindiran dari belakang. Tidak perlu menoleh sudah boleh agak siapa. Tidak lain tidak bukan, pastilah si Putera Pawana Agung itu. Lelaki itu tersenyum sinis memandang Tuan Awang Purnama.

"Bermimpilah yang kau akan menang dalam perlawanan ini"

"Ampun beribu ampun tuanku, jangan terlalu yakin yang kemenangan itu milik tuanku" katanya tanpa gentar. Putera Pawana Agung memandang tajam. "Engkau itu? Cukup yakinkan yang kau akan menang? Entah - entah baru ditendang sudah merengek mintak keluar, hahaha" dia terketawa jahat sebelum beredar pergi. Lentera Sukma mengetap giginya dan menarik lengan baju kedua belah itu. Tuan Awang Purnama terus menarik. "Jangan jadi gila Lentera. Beta tak ada masa nak selamatkan kamu kalau kamu dipukul" katanya. Lentera Sukma memandang monyok. Dia hanya berniat untuk menjaga maruah tuan diraja itu sahaja.



Putera Pawanan Agung masuk ke gelanggang itu dengan penuh yakin. Puteri Bunga Sari kelihatan sungguh anggun. Mukanya tertutup separuh dengan kain sutera bewarna kuning. "Selamat tengah-" tak sempat kata - katanya habis, terus puteri itu menyerang. Cepat - cepat dia mengelak. Luruh jantungnya kerana serangan mengejut tersebut.

"Huh! Sebentar, beta belum bersedia!"

"Dalam perlawanan perlu sentiasa bersedia!" Kata Puteri Bunga Sari dengan kuat sebelum menyerang semula. Kali ini, puteri itu menyerang menggunakan keris. Pantas Putera Pawana Agung mengelak. Lelaki itu mengetap giginya. Tak boleh jadi! Dia ini terlalu pantas. Cepat - cepat putera itu menendang.

Tanpa disangka, kaki putera itu ditangkap. Terbuntang mata Putera Pawana Agung. Tuan Awang Purnama tersenyum senget. Heh, habislah lelaki itu. Puteri Bunga Sari terus mengait kakinya lalu terhempaslah tubuh Pytera Pawana Agung dengan kuat. Berpinar kepala putera itu.

Dia cuba bangun tapi keris kayu sudah dituju tepat kemukanya. "Tuanku dah kalah" katanya. Tuan Awang Purnama tersenyum. Dia tahu, gadis itu takkan pernah bagi peluang. Sedangkan dia pun tak bagi peluang lelaki itu untuk menyerang.

"Awang, giliran kamu" Putera Asmara Andika mengerut Tuan Awang Purnama. Terus dia mengakat kedua telapak tangan dan membaca doa pelindung. Kemudian dia mengusap ke mukanya lalu membuat tandang silang pada tubuh badannya kemudian dia menunduk usap kedua kakinya. Dia membawa keris dan terus melangkah masuk ke gelanggang.

"Tuanku mahu beredar?"

"Tak. Aku nak tengok lelaki itu berlawan" Putera Pawana Agung memandang penuh amarah terhadap Tuan Awang Purnama. Terasa terhina apabila dia dikalahkan oleh seorang gadis!

Puteri Bunga Sari memandang pada Tuan Awang Purnama. Saling menatap mata. Dan kedua - duanya gerak laju. Sama - sama mengacukan keris itu. Apabila kedua - kedua keris itu tersilang dan terhalang terus terundur kebelakang.

Mereka berdua membuka bunga masing - masing. Dan bertarung kembali. Outeri Bunga Sari menendang dengan kuat ke hadapan sehinggalah Tuan Awang Purnama terundur sedikit. Lelaki itu tersenyum puas. Dia mula melemparkan keris ke udara laku dia menunduk kehadapan. Puteri Bunga Sari menahan tumbukan itu dengan tangannya memegang kuat pada lengan tangannya.

Tanpa sedar, tangan kanan Tuan Awang Purnama sudah memegang keris yang dilempar itu. Hampir sahaja keris itu diacu tapi Puteri bunga Sari menepis dan berundur jauh. Dia perlu fokus kali ini. Dia tak boleh bagi kemenangan padanya dengan mudah.

"HIARGHH!" Puteri Bunga Sari menjerit dengan kuat lalu mengacukan keris itu kebatang lehernya. Putera Bunga Sari menolak tangan Puteri Bunga Dengan kuat. Terus dia menunduk dan memeluk tubuh puteri itu. Dia menolak dengan kuat kebawah dan jatuh.

Cepat - cepat Puteri Bunga Sari berguling. Dia menelan air liurnya. Rasa gemuruh pula apabila berlawan dengan lelaki. Maklumlah sudah lama dia tidak bersemuka dan berlawan. Dia melihat tangan kanan Tuan Awang Purnama sudah menggenggam. Awal sungguh dia tunjuk buku lima itu.

Mereka berdua kembali berdari kehadapan. "NAH AMBIL!" Tuan Awang Purnama mencampakkan pasir yang dia genggam tadi. Terkejut puteri itu dan tergelincir jatuh kebawah. Walaupun tidak pedih tapi ia membuatkan dirinya terkejut. "Mana keris aku?" Dia menyoal pada dirinya apabila dia sedar kerisnya sudah hilang. Pandangan matanya masih kabur kerana pasir yang ada dimukanya. Dia perlu cepat!

"Serah diri tuanku" Tuan Awang Purnama berkata. Matanya kembali tidak kabur. Dan dia sudah sedar, keris sudah berada di batang lehernya. Tangan kanannya mengacukan keris itu manakala tangan kirinya mencengkam muka puteri tersebut.

"Heh, nampaknya beta sudah kalah" katanya.

"Baiklah! Sudah pasti semua menyaksikan perlawanan ini. Dan terbukti, tuanku sudah kalah. Maka lelaki ini layak menjadi suami beta!" Puteri Bunga Sari mengumumkan dengan kuat. Orang ramai yang menyaksikan itu semua berbisik sakan pada masing - masing. Mereka menyangkan, perlawanan ini akan berlangsung dengan waktu yang lama. Rupanya tidak!

"AKU AKAN DAPATKANNYA WALAUPUN AKU KALAH!"

Hikayat Dewi Silat 2Where stories live. Discover now