Setelah selesai solat berjemaah, aku menahan Hanani yang sudah bersedia hendak menuju ke dapur.
"Jom keluar."
"Kita nak pergi mana?"
"Kita keluar sekejap, beli barang sikit. Lagipun dah agak lama awak terkurung dalam rumah. Boleh lah awak ambik angin sikit nanti."
Kelihatan gadis di hadapanku ini sedang berfikir sebelum dia mengangguk perlahan. Dalam hatiku timbul rasa syukur bila permulaan perkahwinan kami ini bukanlah seperti yang terjadi di dalam novel atau cerpen di mana mereka berkahwin kontrak.
Betul perkahwinan ini berlangsung tanpa ada rasa cinta antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan, namun sudah pasti Allah punya aturan lebih indah dari peraturan makhlukNya. Oleh itu apa yang berlaku perlu dijalani sebaik mungkin kerana Allah lebih memahami kita.
Sebaik saja sampai di sebuah gedung raya, aku membawa Hanani menuju ke sebuah kedai. "Awak pilih lah mana satu awak nak," ujarku.
Terkebil-kebil dia memandangku. 'Comel sangat anak Tuan Aman ni..'
"Tapi tempat ni mahal awak.." Hanani berbisik di telingaku bila pekerja kedai tersebut sudah menghampiri kami. Nampak gusar di wajahnya bila aku membawa dia memasuki kedai yang menjual perabot rumah.
Aku hanya tersenyum. "Takpe, saya ikhlas. Ini hadiah sempena perkahwinan kita."
Hanani masih menatap wajahku dengan riak curiga, lalu aku menolak sedikit bahunya untuk melangkah masuk ke dalam menuju ruangan yang menjual perabot rumah seperti katil dan meja mekap.
Alhamdulillah, mujur aku memang terbiasa menabung sejak dari kecil dulu. Hasil dari ajaran arwah mama dan abah. Jadi adalah sejumlah wang yang boleh ku gunakan untuk saat-saat macam ni.
Untuk mengurangkan rasa bersalah Hanani, aku turut membeli sebuah katil untuk diriku sendiri. "Dah lama tak tukar katil baru," alasan yang ku berikan pada Hanani tadi bila dia mula mencari helah untuk tidak membeli katil baru untuknya sendiri.
Setelah selesai membeli belah, aku menarik perlahan beg tangan milik Hanani bila dia menonong je berjalan laju menuju pintu keluar.
"Makan jom."
"Errr.. tapi kan awak dah beli katil tadi. Takpe lah, kita makan kat rumah je ye awak."
"Takpe, lagipun bukan selalu kita dapat keluar macam ni. Ni kali pertama kita dapat keluar sama-sama, jadi makan je kat luar. Balik rumah nanti, boleh lah kita rehat je," aku cuba memujuknya.
"Hmm.. ye lah. Tapi lepas ni janji kita kena balik terus tau."
Aku angguk saja mengiakan kemahuan isteriku itu. Dah dapat makan berdua macam ni kat luar pun dah syukur.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Dongeng
General FictionBukan Cinta Dongeng Will try to update once a week, in shaa Allah