Pap!!
"Sakitlah!" Aku mengaduh kesakitan sambil diselangi tawa nakal dari sahabatku. Gelak tawa Mizan semakin menjadi-jadi bila aku menggosok perlahan bahuku yang dia tampar tadi. "Apahal kau tampar aku tiba-tiba ni?" soalku.
"Kau tu lah, dari kau mula masuk kerja, sampai orang semua dah keluar lunch, kau masih duk tenung semacam je bekas makanan kau tu. Ada apa yang istimewa pada bekas makanan tu? Lagi satu, tak pernah-pernah aku tengok kau bawa bekal dari rumah. Paling aku pelik, kenapa kau tiba-tiba minta cuti emergency seminggu mulai esok. Kau demam ke Dhani?" Mizan mendekatkan tapak tangannya sebelum aku menepis.
"Takde lah." Aku berdehem sebelum pura-pura meneruskan semula apa yang ku buat tadi.
"Apa yang kau nak buat tu Dhani?"
"Aku nak sambung buat kerja lah. Tak nampak?"
"Allah.. kan aku dah kata tadi sekarang ni waktu lunch, semua orang dah keluar tau. Tinggal kita berdua je lagi dalam ofis ni. Ni mesti ada apa-apa ni. Baik kau bagitahu aku, sebelum aku usik kau lebih teruk."
Pen di tangan aku ketuk perlahan di atas meja. Masih berfikir perlukah aku ceritakan hal rumahtangga aku pada Mizan? Tapi kalau aku tak cerita, lambat laun mesti dia dapat tahu juga. Lagipun otak dia ni boleh dipakai sekali-sekala. Manalah tahu dia boleh bagi aku idea yang bernas sikit.
"Hmm.. aku ada rahsia nak bagitahu ni." kataku dengan suara rendah.
"Apa dia? Kau nak kahwin eh?" Mizan mendekatkan mukanya ke arahku. Senyuman nakalnya melebar di wajah.
Aku tidak bersuara, hanya mengangguk saja untuk menjawab soalan Mizan. "Pembetulan, bukan nak kahwin, tapi aku dah kahwin."
"Oh tahniah! Siapa nama perempuan bertuah tu? Dapat pula dia Mr. Dhani yang tak pernah bercinta ni kan." Mizan masih tersenyum nakal.
"Hanani."
"Bila kau kahwin?"
"5 hari lepas."
"5 hari lepas..? Eh, tu bukan waktu kau pergi jemputan kahwin anak Tuan Aman ke?" Mizan mula menunjukkan riak serius.
Angguk. "Hanani tu anak Tuan Aman."
"Kejap.. jadi betullah kau dah kahwin?"
Aku hanya mampu tersenyum tawar bila soalan itu diajukan ke arahku.
Kalau hendak di ikutkan rancangan asal, aku sepatutnya pergi ke majlis itu bersama Mizan. Tapi pada saat akhir Mizan terpaksa menemani rakan setugas kami di syarikat.
Aku mula bercerita dengan panjang lebar pada Mizan apa yang terjadi pada hari itu, tentang bagaimana aku tiba-tiba menjadi suami kepada Hanani. Mizan pula semakin serius mendengar ceritaku. Tiada lagi senyuman nakal terpampang di wajahnya.
"So.. how are you doing?" ujar Mizan setelah agak lama dia berdiam diri selepas mendengar kisahku.
Aku menghela nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan. "Jujur, aku sendiri tak tahu."
"Aku faham.. ye lah, dari jadi tetamu tiba-tiba jadi pengantin lelaki pula. Mesti susah nak hadam. Tapi apa-apa pun, jangan malu untuk kongsi masalah kau dengan aku. Ingat aku selalu ada untuk kau. Kita saudara, kena ingat tu." Mizan menepuk bahuku.
"Terima kasih sahabat." Aku membalas kembali tepukan bahu Mizan. Sungguh aku rasa bertuah punya sahabat seperti Mizan.
Aku mula berkenalan dengan Mizan kerana kami mengambil jurusan yang sama ketika berada di kolej. Oleh sebab Tuan Aman selalu berjumpa dengan aku, secara tidak langsung, dia turut mengenali Mizan yang menjadi sahabat baikku.
Aku bangga punya sahabat seperti Mizan, kerana walaupun dia datang dari keluarga yang kaya raya, namun tiada siapa pun tahu akan status dirinya kerana sifatnya yang lebih suka bersederhana. Malah dia paling tidak suka bila ternampak orang miskin dilayan dengan layanan yang teruk.
"Jadi bila kau nak kenalkan aku dengan bini kau?"
"In shaa Allah nanti. Buat masa ni, aku sendiri susah nak bercakap dengan dia. Kena bagi dia masa lebih sikit. Nampak sangat Hanani tengah down.. kau bayangkan je, dalam minggu yang sama, dia kehilangan ayah dan bakal suami dia. Tambah pula kena kahwin dengan orang yang berapa jam je dia kenal."
Mizan tersenyum. "Jangan lupa, kau pun kena kahwin dengan dia yang baru berapa jam je kau kenal."
"Aku okey je.."
Sekali lagi Mizan menepuk bahuku. "Classic Dhani. Jom lah makan sama-sama, nasib baik hari ni aku dah bungkus makanan siap-siap. Jom makan kat pantry. Aku nak raikan perkahwinan sahabat baik aku ni."
Aku tertawa kecil sebelum membuntuti Mizan ke pantry setelah tanganku mencapai bekas makanan yang Hanani sediakan untuk aku.
Dalam hati aku berdoa, moga Allah beri petunjuk agar semuanya berjalan dengan lancar.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Dongeng
General FictionBukan Cinta Dongeng Will try to update once a week, in shaa Allah