BAB 1

12 2 0
                                    

TERMENUNG.

                Annetha Xahari. Nama pelik. Unik. Lemah? Eh Bukan! Dia bukan orang seperti itu. Dia lebih kuat dari yang dijangka kan. Seorang yang memendam perasaan sendiri.

"Netha?" Annetha tersedar dari lamunan nya. Dia memandang kearah pintu. Ditutup pintu balkoni biliknya.

"Yes , mom!" Annetha menyahut panggil ibunya. Puan Qistina. Annetha keluar dari biliknya dan jalan menuruni tangga rumahnya.

"Come , makan dengan mama," Panggil Puan Qistina dengan lembut. Ditepuk perlahan kerusi di sebelahnya. Annetha tersenyum dan turut duduk disebelah ibunya.

"Mama masak semua ini?" Soal Annetha melihat juadah di atas meja besar itu. Matanya bergerak gerak melihat satu persatu juadah masakkan hasil ibunya.

"Iya sayang. Mama yang masak," Puan Qistina tersenyum manis melihat anak perempuannya yang seorang ini.

"Anak mama nak makan apa?" Tanya Puan Qistina menyedukkan nasi buat anaknya. Tuan Zahir yang baru turun terus melihat anak beranak itu sedang duduk dimeja makan.

"Amboi , seronoknya anak beranak ini. Lupa papa nya ke dua kekasih hati papa ini?" Tuan Zahir melangkah mendekati kedua kekasih hatinya. Nyawa buat dirinya.

"Netha baru nak panggil papa. Rupanya papa dah turun," Annetha menyatakan hasratnya. Tuan Zahir tersenyum melihat anak tunggalnya. Satu satunya nyawa mereka berdua , Annetha Xahari.

"Papa ada kerja perlu selesaikan. Papa perlu gerak sekarang," Tuan Zahir mahu Pamit tetapi dihalang oleh Puan Qistina.

"Ini rasa masakan saya dulu," Puan Qistina menyuap makanan yang dimasak nya ke Tuan Zahir. Tuan Zahir melakarkan senyuman dan menerima suapan itu dengan gembira.

"I'm always love both of you," Dicium pundak kedua nyawanya. Masing masing melakarkan senyuman tidak terhingga manisnya.

"Bye , papa!" Lambai tangan Annetha dan Puan Qistina melihat tubuh badan Tuan Zahir keluar dari pintu.

"Bye, Cinta hati papa!" Balas Tuan Zahir masih didengari oleh Puan Qistina dan Annetha sendiri.


"ANNETHA!"

"ANNETHA XAHARI!!"

Jeritan yang kuat menyedarkan Annetha yang sedang melintasi jalan raya yang agak sibuk itu. Bunyi hon membuatkan Annetha menoleh melihat datang bunyi itu.

Alangkah terkejut Annetha melihat sebuah lori air batu sedang meluru kearah dirinya. Tubuh Annetha mengeras sempurna. Hatinya redha apa yang berlaku. Annetha bersedia dengan menutup mata.

BAM!

Tubuhnya bergolek ke tepi jalan raya. Dia selamat dari pelanggaran itu. Annetha berasa dirinya berada dalam dakapan seseorang.

"Aghh!"

Lelaki! Annetha pasti bahawa orang yang selamatkan dirinya ini lelaki!

Lelaki itu mengerang hebat. Semua orang berkerumun melihat keadaan mereka berdua. Kawan Annetha, iaitu Grace dengan pantas menelefon pihak hospital.

"Apa yang terjadi?"

"Macam mana boleh jadi macam ini?"

"Kesiannya,"

"Allahuakhbar,"

Banyak suara manusia yang dapat didengari oleh Annetha. Perlahan lahan matanya mencelik memandang alam.

"Sila ketepi. Berikan ruang untuk kami," Pihak hospital datang dengan lebih awal. Syukur lah. Annetha terasa tubuhnya diangkat dan dimasukkan kedalam van ambulans.

Annetha memandang orang disebelahnya. Orang yang menyelamatkan diri!

"Cik , boleh dengar saya?" Annetha dengan penglihatan kaburnya memandang datang arah suara itu.

"Cik bertahan. Sekejap lagi kita akan sampai," pekerja itu cuba menenangkan keadaan Annetha.

"Pesakit kemalangan! Minta disegerakan ke ruangan kecemasan!" Hospital mula heboh dengan berita itu.

Annetha mula tidak menyadarkan diri. Lama kelamaan dirinya kembali tidak sedarkan diri.

 ☆☆☆

"Cinta hati papa," Panggilan Itu! Annetha melihat susuk tubuh ayahnya. Annetha tidak pasti dia berada dimana kerana suasananya sunyi dan seluruhnya putih sahaja.

"Cinta hati papa sihat?" Tuan Zahir membuka dakapannya untuk sang anak. Annetha berlari masuk terus mendakap tubuh ayahnya seperti tidak mahu lepas.

"Cinta hati papa ,jaga diri baik baik ye?" Pesan Tuan Zahir dengan kelembutan. Diusap kepala anaknya.

"Papa. Kenapa cakap macam itu. Papa nak tinggalkan Netha ke?" Kelopak mata Annetha sudah berlinang air mata. Tuan Zahir hanya dapat tersenyum nipis.

"Papa dah tak sayang Netha?" Tanya Annetha lagi. Dipandang muka ayahnya dengan air mata yang sudah jatuh ke pipi. Tuan Zahir perlahan lahan menyeka air mata itu.

"Bukan Netha. Papa sayang Netha. Netha kena ingat , ramai lagi orang yang perlukan Netha. Netha jaga diri ye sayang?" Pesan Zahir. Annetha hanya mengangguk kepalanya laju.

"Dah. Sekarang Cinta hati papa bangun yer? Papa tahu Cinta hati akan rindu dengan kami kan? Kalau rindu doakan lah kami yer," Annetha melihat semakin lama Tuan Zahir semakin melangkah kebelakang dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Annetha?" Grace memanggil nama kawannya apabila melihat kelopak mata Annetha bergerak seperti mahu membuka mata.

"Annetha!" Terjerit kecil Grace dan terus memeluk tubuh kawannya. Mana tak risau , sudah genap 3 hari Annetha tidak menyedarkan diri.

"Sekejap , aku panggil doktor," Grace bergerak memanggil doktor.

"Cik Annetha?" Doktor yang merawat dirinya berjalan mendekati katil yang Annetha baring. Annetha memandang wajah Doktor tersebut.

"Doktor , siapa yang selamat kan saya?" Tanya Annetha memerlukan jawapan. Doktor itu masih melihat kecederaan ringan yang berlaku pada Annetha.

"Tuan Aizal yang selamat kan diri kamu," Tutur Doktor itu dan meminta diri untuk pamit dahulu. Annetha menghantar Doktor keluar dengan ekoran mata.

"Aizal?"

 ☆☆☆

"Nurse , pesakit nama Aizal Irwan dimana?" Tanya Haleeq dengan kemengahan. Diatur nafasnya untuk kembali normal. Alvira sudah tidak lekang dengan air mata .

"Bilik 107," Haleeq terus menuju ke bilik yang dikatakan. Dipimpin tangan Alvira supaya tidak ketinggalan.

"Anak momy!" Alvira berlari mendapatkan anaknya yang tangannya sudah berbalut. Aizal memandang wajah Alvira, ibunya.

"Momy , calm down. I'm alright," Aizal yang tadi baring kini bertukar kepada posisi duduk. Aizel memandang sayu abang kembarnya yang sedang sakit itu.

"Aunty," Annetha berjalan perlahan-lahan mendekati Alvira. Dikucup tangan Alvira. Alvira memandang wajah Annetha. Cantik!

Seperti pernah dilihat raut wajah ini ,

Tetapi di mana ya?

"Siapa kamu?"

– T B C –

BRAVE GIRL MILIK AIZAL IRWAN Where stories live. Discover now