BAB 6

2 1 0
                                    

MALAM.

Bulan yang terang menerangi bumi yang gelap , Annetha duduk di balkoninya. Air panas yang dibancuhnya , diletakkan di atas meja bulat kecil. Kepala didongakkan sedikit memandang kearah bulan yang bersinar serta dikelilingi bersama kelipan-kelipan bintang.

"Mama , papa." Bibir Annetha menyebut kedua panggilan itu dengan nada yang sayu. Kaki nya di bawah ke dada dan dipeluk. Mata kehijauan miliknya mulai berair dan merah. Hatinya kosong. Fikirannya celaru. Mindanya mulai teringat pesanan-pesanan Tuan Zahir.

"Kalau kita sedih ingat pada Allah, Sayang. Allah beri kita ujian supaya kita kuat dan DIA tahu bahawa hamba dia mampu harungi ujian yang diberi. Waktu kita senang juga kita kena ingat dan bersyukur pada Allah, princess. Ingat , Allah sentiasa ada dengan kita dalam apa jua cara." Pesan Tuan Zahir.

Wahal semasa Tuan Zahir memberi dia nasihat , Annetha masih belum masuk dan memeluk islam sehingga sekarang.

"Netha rindu mama dan papa." Annetha kembali reda dan melihat bulan. Dia masuk ke dalam bilik nya dan menutup kembali pintu balkoni. Dia berjalan ke arah satu bingkai kaca di tepi katil nya.

"Happy family." Annetha membaca ukiran di pinggir bingkai kaca tersebut. Dia tersenyum lembut dan mula membaringkan diri nya di atas katil. Di pejam mata nya supaya tidur. Tidak lama kemudian , Annetha sudah berlayar ke alam mimpi.

Pintu balkoni Annetha dibuka oleh seseorang. Tidak kunci. Tubuh itu mengorak langkah masuk ke dalam bilik. Kaki melangkah mendekati katil.

"My girl." Bibir Aizal tersenyum kecil melihat Annetha yang diulit mimpi. Tangannya mencapai bingkai kaca di tepi katil. Di tilik gambar tersebut. Lelaki dalam gambar itu.... seperti dia pernah lihat.

Diambil beberapa gambar di bingkai kaca itu menggunakan telefon miliknya.

"I have to go now. You so beautiful like a moon , I can't touch you now. Until we meet again , My girl. Oh no, I will always make us meet every single day, My girl." Kakinya melangkah keluar dari bilik tersebut.

Dia masuk guna pintu balkoni , keluar guna pintu utama.

☆☆☆

"Mana kau dapat gambar ni?" Devano melihat gambar yang dihantar oleh Aizal. Di dongakkan kepala memandang wajah kawannya.

"Adalah." Satu perkataan yang buat Devano mula mengerut dahi. Aizal duduk di kerusi kosong sebelah Devano. Mata Aizal melihat semua isi-isi maklumat berkaitan dengan Tuan Zahir.

"Ini kes yang buat kita kena gantung kerja. Bertahun." Aizal memandang dengan tidak percaya. Takkan lah....

"Tuan Zahir?! Ini?!" Tanya Aizal dengan tidak percaya. Takkan lah mangsa mereka ayah Annetha sendiri.

"Iya. Kau kenapa? Gelabah macam ni?" Dahi Devano berkerut melihat reaksi Aizal yang seperti kebingungan dan resah.

"Aku tahu waris dia." Jujur Aizal menatap kembali wajah Devano. Devano yang tadi berkerut terus bertukar kepada reaksi muka yang terkejut.

"Hah?! Kau biar betul?! Kalau macam tu , sapa?" Tanya Devano mengambil kembali komputer ribanya. Ditekan papan keyboard komputer nya itu.

"Annetha Xahari." Serentak mereka berdua menyeru nama tersebut. Aizal dan Devano berpandangan. Disini , Aizal yang memberi reaksi yang seperti keresahan.

"Kau kenal?" Soal Devano. Aizal terdiam dan menghela nafas berat. Muka nya diraup dengan telapak tangan. Kusut!

"Apahal bising bising ni? Hah?!" Tanya Gilang yang baru sahaja keluar dari bilik nya. Dia turun ke ruang bawah kerana mendengar bunyi bising.

"Kita dah jumpa waris kes lepas." Ujar Devano dengan perlahan. Gilang membulat mata. Mata nya memandang Aizal yang menekur melihat lantai.

"Siapa orang nya?" Gilang berjalan duduk di atas sofa kosong. Matanya terarah kepada Devano pula.

"Annetha Xahari." Perlahan Aizal bersuara. Semua ahli LANTINO turun ke bawah apabila Gilang menekan sesuatu dibawah meja dihadapannya.

"Dia ada kena mengena dengan keluarga mummy ? Aizal?" Tanya Gilang ingin mengetahui. Aizal menggelengkan kepalanya.

"Cuma mummy tahu siapa Annetha." Gilang mengangguk kepalanya selepas Aizal berkata begitu. Oh , bagus lah.

"Sejak bila kau nak rapat dengan perempuan ni?" Jaegar melihat Aizal atas bawah.

"Jadi sekarang ni kita nak buat apa?" Malik berpeluk tubuh menanyakan soalan itu.

"Kita tebus balik kesalahan kita. Kita jaga dia dan lindung dia. We do this , just for her." Aizal berkata dengan perlahan tetapi ada ketegasan. Semua mengangguk setuju.

"Only her."

☆☆☆

"Eh mana kunci aku ni?" Bebel Annetha sambil menyeluk dan menyelongkar beg tangan nya mencari kunci keretanya. Kaki masih melangkah ke kereta.

BUK!

"Aduhh!" Desis Annetha kesakitan. Dahi nya diusap menghilangkan rasa sakit. Kepala nya didongakkan sedikit melihat siapa gerangan yang dia langgar itu.

"Eh kau?" Aizal mengangkat sebelah keningnya melihat wajah Annetha. Cantik. Mereka bingung sendiri. Aizal meraup belakang leher.

"Maaf , terlanggar." Kata maaf Aizal. Annetha tersedar dari lamunannya.

"Macam mana kalau aku belanja kau breakfast? Sebagai kata maaf?" Cadang Aizal. Annetha terdiam.

"Eh tak pe. Aku dah lambat ni , pergi dulu." Baru sahaja ingin melangkah pergi , namanya di panggil.

"Annetha, kalau aku belanja kau makan tengah hari sebagai kata maaf?" Aizal masih lagi mahu memberi cadangan. Annetha hanya mengangguk kepalanya.

"Tunggu di Cafe bunga. Aku selalu dekat situ waktu Lunch." Ujar Annetha dan masuk ke perut kereta. Kunci keretanya sudah jumpa. Aizal mengangguk kepalanya. Mujur Annetha bersetuju dengannya.

"Misi mengorat? Bermula tengah hari ni!" Jerit kecil Aizal dengan kegirangan. Baju dibetulkan kembali dan dikemaskan. Act Cool!!

– T B C –

BRAVE GIRL MILIK AIZAL IRWAN Where stories live. Discover now