BAB 2

6 1 0
                                    

SUNYI.

Tiada siapa yang bersuara di dalam ruangan bilik rawatan Aizal. Pandangan Alvira tidak lekang dari wajah milik Annetha. Tubuh yang langsing ini menarik perhatiannya.

"Sampai bila kita nak diam ini mumy?"

Aizel berani bersuara menegur mumy nya. Alvira menjeling tajam anak bongsu nya. Menyibuk sahaja! Kalau dia tahu , tak mahu dia bawa Aizel datang sekali.

"Kamu anak Zahir dan Qistina bukan?"

Annetha terdiam sebentar. Dia menarik nafas sebelum menjawab soalan yang dilontarkan oleh Alvira. Rasa sebak bila mendengar nama kedua ibu ayahnya.

"Ya , Aunty."

Alvira turut terdiam seketika. Dipandang wajah suaminya. Haleeq membalas pandangan lembut Alvira terhadap dirinya.

"Jadi , kes ibubapa kamu belum selesai?" Annetha menggelengkan kepala. Kepalanya menunduk memandang lantai hospital itu.

"Aunty harap kamu bersabar dan terus kuat, Annetha."

Alvira memasukkan tubuh anak gadis itu kedalam pelukkannya. Dia cuba menyalurkan semangat buat Annetha untuk terus kuat.

Perihal yang dihadapi oleh Annetha bukan lah perihal yang biasa. Ibubapanya kemalangan dan bila pihak berkuasa sampai hanya kereta sahaja yang tinggal , mayat didalamnya sudah tiada.

Naluri Annetha mengatakan bahawa kemalangan ini seperti dirancang. 

☆☆☆

Hanya tinggal Aizal dan Annetha sahaja diruangan bilik itu. Alvira dan Haleeq sudah meminta diri kerana mereka mempunyai hal yang lain.

"Terima kasih sebab selamatkan saya."

Annetha memecahkan keheningan mereka. Aizal memandang wajah Annetha yang boleh dilihat sedang sedih. Aizal hanya mengangguk kepalanya.

"Aku ada satu tawaran untuk kau."

Annetha memandang Aizal dengan kerutan yang terlakar didahinya. Tawaran? Tawaran apa?

"What did you mean?"

"Aku akan bantu kau untuk siasat kes ibubapa kau," Aizal terus membicarakan tawaran nya.

"Saya tidak perlu pertolongan dari awak atau sesiapa pun." Annetha menyatakan bicaranya dan mula bangun dari duduknya.

Dia berjalan menuju ke muka pintu. Seketika , kakinya berhenti setelah mendengar ujaran Aizal lagi.

"Don't worry , tawaran aku masih terbuka bila bila masa buat kau,"

Dengan muka bekunya, Annetha kembali berjalan keluar dari ruangan itu. Rambutnya dibetulkan , baju yang dipakai olehnya diperkemaskan.

Dia perlu keluar dari hospital itu secepat mungkin.

Sementara Aizal yang berada di atas katil itu tersenyum sinis apabila melihat Annetha yang menolak tawarannya mentah mentah.

"Tidak apa , lama kelamaan kau akan jatuh ke tangan aku juga."

☆☆☆

Kini Aizal sudah keluar dari rawatan nya. Tidak bentah lama di hospital , dia terus saja masuk kembali ke tempat kerjanya. Jika tidak diuruskan , mahu lingkup bisnes miliknya.

"Airel,"

Aizal memanggil pembantunya. Airel bangun dan melihat majikannya.

"Panggil Amri masuk," Aizal terus berjalan ke bilik pejabatnya. Airel mengangguk kepalanya dan pergi.

TOK,TOK,

"Masuk!" Laung Aizal dari dalam. Amri menolak pintu pejabat majikannya.

"Tuan panggil saya?" Aizal memandang Amri yang sudah berdiri di hadapan mejanya. Struktur badannya ditegakkan.

"Aku ada kerja untuk kau. Cari kan aku tentang kes kemalangan yang berlaku di bukit jaya pada tahun 20_ _ " Terang Aizal.

"Baik , Tuan." Amri meminta diri untuk keluar dari situ. Aizal membuka bicara lagi.

"Untuk kerja kali ini , aku akan beri ganjaran yang lebih."

Amri mengangguk kepalanya dan beredar. Aizal merehatkan diri nya diatas kerusi itu.

Tidak sabar dirinya untuk memulakan satu misi baharu. Oh tidak! Dua misi baharu!

Satu tentang kes kemalangan itu , dan..

Misi mendapatkan hati gadis itu!

Dia mahu lihat seberapa jauh gadis itu bertindak dengan berani.

Seketika , lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berdering kuat. Dia lihat nombor yang tertera di skrin itu.

'Andrino'

"Hm?"

"VIPER. LANTINO! NOW!"

Aizal mengawal riak mendengar ujaran Adrino. Dicapai kunci kereta Buggati miliknya dan berjalan keluar dengan pantas.

- T B C -

BRAVE GIRL MILIK AIZAL IRWAN Where stories live. Discover now