BAB 7

2 1 0
                                    

LUNCH.

"Aikk , mana pulak cinta hati ni? Kata selalu ada dekat sini." Aizal bermonolog sendiri dan melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah 30 minit dia duduk disitu. Mata kembali berlegar melihat ke arah pintu masuk cafe .

Annetha yang memegang laptop ditangan dan beberapa buku dikepitkan di celah ketiaknya.

"Maaf , lambat. Jalan jem sikit." Mohon Annetha dan mengambil tempat kosong dihadapan Aizal.

"Tak apa. Tak lama pun saya tunggu. Lagipun baru jugak saya sampai." Aizal menggosok belakang tengkoknya. Mata kembali fokus kepada Annetha.

"Awak nak order apa? Jap , saya panggilkan Waiter." Ujar Aizal. Tangan diangkat sedikit dan dilambaikan perlahan. Salah seorang Waiter disitu datang ke meja mereka.

"Yer? Ada apa apa yang tuan dan puan perlukan?" Tanya pelayan itu.

"Bagi saya carrot susu and 3 donut filling matcha." Pesan Annetha. Pelayan itu mengangguk kepalanya dan kembali melihat Aizal pula.

"Spageti carbonara and cappuccino." Ujar Aizal. Pelayan itu mengangguk dan pergi membuat pesanan tersebut.

"Awak kerja apa?" Tanya Aizal ingin tahu. Saja saja mahu tahu Cinta hati ni keje apa sebenarnyaaa....

"Saya kerja... berhubung dengan orang." Ujar Annetha. Aizal menongkat dagu memandang wajah Annetha. Kepala disengetkan. Persis seperti mereka ialah pasangan romantis.

"Kenapa? Tak percaya?" Soal Annetha dan menongkat dagunya juga sama seperti Aizal buat padanya. Aizal yang sedar hal itu terus memerah pipinya dan perlahan lahan membawa diri kebelakang.

"Ehem... ehemm... mana ada tak percaya. Tak cakap pun." Balas Aizal sambil memeluk dirinya. Kepala dipusingkan menghadap ke cermin luar cafe. Annetha tertawa kecil.

"Iye laa tuu." Usik Annetha dan tertawa lagi. Aizal sudah masam mencuka. Ehh gelak gelak kan kita pulakk...

"Nombor?" Annetha menolak perlahan lahan telefonnya yang berada di atas meja kepada Aizal. Aizal terkejut. Mak!! Sapa gatal sekarang niii? Siapa nak ngorat siapa sekarang nii?!?!

"Hah? Nombor sapa?" Aizal sedikit terkejut dengan soalan Annetha. Annetha yang mendengar kembali soalan Aizal memejam  mata dan menghela nafas.

"Nombor awak." Aizal tercengang sekali lagi. Mak!! Dia panggil awak awak pulakk!! Aizal membetulkan kedudukan nya.

"Tak boleh." Balas Aizal dan mengeluarkan telefon nya. Annetha terkejut dengan balasan Aizal. HAH? TAK BOLEH? makk tak lurve mamat nii. Tak pernah lagi dia ditolak macam ni oleh orang.

"Kenapa pula-" Annetha baru berkata tiba tiba Aizal pula menolak telefonnya kepada Annetha. Annetha mengerut dahi.

"Nombor?" Pinta Aizal sambil menyengetkan kepalanya memandang Annetha. Berkedip kedip kelopak matanya inginkan nombor Annetha.

"Haihh , bagi aja laah nombor awak pada saya." Annetha masih lagi menolak telefonnya kepada Aizal. Aizal yang melihat juga tidak mahu mengalah. Ehh mana boleh kalah! Buat malu keturunan je nanti!

"Eh tak pe , bagi je nombor awak pada saya." Aizal menolak juga telefonnya pada Annetha. Tak boleh kalah! Malu nanti bukan berakhir 7 keturunan! Karang sampai keturunan ke 11 pun malu lagi! Hah! Tak boleh!

"Haihh, dia nii." Annetha menghela nafas dan mengambil telefon Aizal. Aizal pula mengambil telefon Annetha.

"Dah!" Serentak kedua duanya siap dan mengembalikan telefon masing masing. Mereka berbual bual dan makan bersama.

☆☆☆

"Dapat?" Soal Jeagar selepas merempuh pintu pejabat Aizal. Haihhh dah berapa kali pintu pejabatnya tukar kerana menyetel ni rempuh!

"Sibuk je!" Tepek Aizal. Ahli Lantino yang lain menggelengkan kepala melihat perangai Jaegar.

"Kau ni Jakfar! Relax relax sudah lah! Ni melebih pulak." Ujar Fairel. Dia mengambil tempat duduk kosong sebelah Gilang.

"Eh hanat! Kau jugak kan yang nak tahu nanti!" Geram Jaegar , tangannya mahu membaling bantal sofa di pejabat itu.

"Oi sudah lah! Roboh kang pejabat ni!" Tegah Malik dengan tegas. Terhenti pergaduhan kecil itu.

"Jadi? Next step?" Tanya Kaizen mula bersuara. Aizal merenung jauh. Nombor telefon Annetha dipandang dalam.

"Kita jaga dia dulu dari jarak jauh. Adrino ada hack semua cctv semasa berlaku kemalangan itu. Adrino." Terang Gilang dan menyeru nama Adrino untuk memberi penjelasan secara terang lagi.

"Dalam rakaman cctv yang aku hack di tempat kejadian dan sebelum kejadian , ia boleh jadi bahan bukti bahawa kita tak bersalah. Sebaliknya , Dato' Mukhsein Yahya. Pemegang syarikat Nusantara SD. Sekarang ini , dia dah tahu kewujudan Annetha dan dia dah rancang nak bunuh Annetha." Terang Adrino dan membuka laptopnya , diberikan Aizal untuk melihat segala maklumat.

"Motif?" Aizal mengerut dahi melihat Adrino.

"Dia ni lah yang seleweng duit syarikat Global! Tuan Zahrin dengan Dato' Mukhsein ni sebenarnya kawan. Diorang bekerja di satu syarikat yang sama. Kedua mereka ada pangkat yang sama tinggi. Dato' Mukhsein jadi gunting dalam lipatan sebab dia tengok Ceo Syarikat Global lebih percaya kan Tuan Zahrin. Dato' Mukhsein seleweng duit syarikat dan tuduhan tu diletak atas Tuan Zahrin. Semasa kita campur tangan , dia lebih satu langkah ke depan lebih dari kita."

Terang Adrino lagi. Aizal dan lain mendengar penjelasan itu terangguk-angguk.

"Jadi dia lah yang rancang kemalangan malam tu?" Soal Arga. Adrino mengangguk kepalanya laju.

"Jadi misi kita kali ini , jaga Annetha dan serahkan bahan bukti pada pihak atasan dan hapuskan Dato' Mukhsein Yahya ni!" Gilang memberi arahan.

"Tapi, aku dan Adrino masih belum dapat lokasi Dato' Mukhsein sekarang." Devano berkata melihat Gilang.

"Tak apa , cuba selagi boleh. Masa ada banyak lagi. Buat masa sekarang , kita perlu jaga Annetha." Ahli Lantino bersepakat dan mengangguk kepalanya.

– T B C –

BRAVE GIRL MILIK AIZAL IRWAN Where stories live. Discover now