𝕭𝖆𝖇 2

3.2K 143 10
                                    

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦 𝐀𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐚𝐫

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦 𝐀𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐚𝐫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ ••••• ]

Nadda menuruni anak tangga dengan perlahan, melangkah satu per satu anak tangga bersama riak wajah yang muram. Semalam, pukul tiga pagi baru dia boleh lelapkan mata, semuanya kerana memikirkan sikap Aayan.

"Anak mama, mari breakfast dengan papa ni meh." Bebola mata Nadda bergerak memandang wajah ceria Datin Nadia dan Dato' Adrian yang berada di ruang makan. Senyuman manis diukirkan sebelum kaki melangkah turun dan berjalan mendekati meja makan tersebut.

"Good morning, mama... papa." Pipi Datin Nadia dan Dato' Adrian dikucup sekilas oleh Nadda sebelum gadis itu duduk berhadapan dengan Dato' Adrian. Datin Nadia yang sedang mengoles jem strawberi pada roti hanya tersenyum melihat telatah anak tunggalnya itu. Tidak ada yang berubah pun, cuma gaya gadis itu sahaja yang agak lain. Seksi dan moden. Mungkin pengaruh orang Turki yang terlalu barat gaya hidupnya.

"Good morning anak papa. So today? What's your plan, honey?" Nadda tersengih lebar memandang wajah Dato' Adrian, dia sangat manja dengan papanya itu. Terlalu manja. Dato' Adrian yang sedang sibuk mengunyah roti menjungkitkan kening meminta dan menunggu jawapan daripada anak perempuannya itu.

"Nadda nak pergi shopping dengan mama harini boleh tak papa? Nadda rindu nak jalan jalan dengan mama." Meleret sahaja suara Nadda memujuk Dato' Adrian. Tangan kiri papanya yang berada di atas meja itu dipegang sebelum digoyangkan bersama kelopak mata yang segaja dikerdip-kerdipkan beberapa kali. Dato' Adrian memincingkan matanya dan mengerling sekilas wajah Datin Nadia yang sedang tersenyum dan sedang duduk di sebelahnya itu.

"Keluar shopping?" Laju sahaja Nadda mengangguk bersama sengihan yang makin melebar. Dato' Adrian tergelak kecil melihat telatah anak tunggalnya itu, terlalu comel.

"Ya lah. Pergi lah. Tapi hati-hati tahu?" Nadda bersorak suka apabila mendapat keizinan daripada Dato' Adrian. Datin Nadia hanya tersenyum manis melihat suami dan anaknya. Roti yang sudah siap dioleskan dengan jem strawberi diberikan kepada Nadda, gadis itu mengambil huluran roti tersebut bersama sengihan yang melebar pada wajah cantiknya.

"Thank you, mama! I love you! Muah!" Dato' Adrian tersenyum nipis memandang wajah ceria anak gadis tunggalnya itu. Bebola mata bergerak memandang wajah isterinya. Datin Nadia hanya tersenyum kelat, memandang ke arahnya. Wanita itu menggerakkan bibirnya ke arah Nadda yang sedang ralit mengunyah cebisan roti manakala mata gadis itu tunak merenung skrin telefon bimbitnya.
Dato' Adrian memandang Nadda bersama perasaan yang bercampur baur. Matanya kembali memandang wajah isterinya sebelum kepala digelengkan perlahan. Datin Nadia mengemam kuat bibirnya sebelum menunduk dan menyuapkan cebisan roti yang telah dikutihnya menjadi cebisan yang kecil.

𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐚𝐫 | 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓 Where stories live. Discover now