Bab 26

4.9K 155 23
                                        

A hug for you means I need you, a kiss for you means I love you, a call for you means I'm missing you.


"Isteri Rian dah balik? atau Dammy salah orang?"~

Damia gelengkan kepala..

"Nope Dammy tak salah mom..I'm sure itu Kak Nessa,lagipun Dammy pernah tengok gambar dia dalam bilik Haera..Takkan la Dammy salah tengok kot.."~ dicapai cawan coffee sederhana panas itu dihirup perlahan-lahan..

Mereka sekarang berada di ruangan meja makan sambil berborak kosong..Al maklumlah sekarang musim hujan,bila pekena hot coffee malam-malam rasa segar badan..

Termenung Datin Hawa mendengarnya..

"Confirm mengamuk teruk si Indah tu.."~ luah Datin Hawa perlahan..Nasi goreng yang masih tersisa di pinggannya dikuis-kuis dengan sudu..

Laju Damia menoleh ke arah mommynya disebelah kanan..

"Kenapa dia bencikan Kak Nessa mommy?"~ soal Damia sudah pun berdiri tegak mahu menuju ke ruang tamu..

Rumah banglo besar gedabak tapi yang menginapnya cuma enam orang penghuni saja,termasuk dua orang bibik dan satu orang driver..Huh bosan! Kalau ada Haera boleh juga berborak dengan si cilik tu..Nak keluar malam-malam ada makhluk tak kasi  pula..susahnya hidup dapat bodyguard tak berbayar yang overprotective! gamaknya nak suruh aku lepak dengan bibik..rengus Damia..

"Ibu tiri kamu tu tak faham yang si Hadrian tak nak kahwin..tapi nak juga dipaksa budak tu terima si Athalia,mana Hadrian nak terima kalau hatinya masih sayangkan si isteri.."~ bebel Datin Hawa yang berlalu ke arah dapur..

Terkebil-kebil mata Damia sambil scroll handfonenya..

Susah juga hidup kalau ibubapa yang menentukan jodoh untuk anak-anak mereka..Hmm Nasib baik mommy dan papa tak kisah dengan siapa aku berkawan..Tapi kalau aku bukan dengan Dallen agak-agak mommy boleh terima tak?Hmm

Berjalan menuruni anak tangga dengan berpakaian kemas dan formal,lalu Tan Sri Haris menegur anak perempuannya di ruang tamu..

"Dammy taknak ikut papa?"~ soalnya..

"Taknak malas la pa..dekat sana ramai orang koprat kalau Dammy pergi sumpah bosan giler.."~ jawab Damia tersengeh-sengeh..

Tan Sri Haris tersenyum manis..Sempat dia menggosok kepala anak perempuannya..

"Tapi kalau pergi shopping bosan tak?"~ usik Tan Sri Haris..

Damia tergelak kecil.. "Yang itu kepuasan seorang perempuan pa..nak card please?"~ ditadah kedua belah tapak tangannya ke arah papa..Hahaha

"Tak payah you nak kasi duit dekat dia..dah besar panjang masih lagi nak minta duit dengan parents..Perempuan bila dah nak kahwin kena belajar menguruskan duit sendiri..jangan pula esok-esok dah kahwin pandai menghabiskan duit si Dallen saja.."~ sampuk Datin Hawa yang baru saja keluar dari arah dapur..

"Tan Sri Haris tergelak kecil.. "So baby your madam tak bagi..I'm sorry.."~

Tak berpuas hati dengan jawapan mommynya Damia bingkas bangun berdiri tegak..

"Kenapa pula..itu duit papa bukan duit Dallen..And bila masa pula Dammy cakap yang Dammy nak kahwin dengan dia?"~ lah pulak!

Datin Hawa bercengkak pinggang..

"Amboi mulut..habis awak nak bercinta sampai ke tua? taknak kahwin?"~ marah Datin Maya..

Gulp! Liur ditelan kelat.. Ya Allah kau pun satu Damia bercakap tak pandang kiri kanan..Kang dah terlepas cakap..Dammy taknak kahwin dengan Dallen mommy..Dammy nak kahwin dengan Abang Syafiq! jerit hatinya..

PROMISE me? Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang