Misi
Kringgg!
Kringgg!
Bunyi jam loceng yang sedang berbunyi itu mengejutkan satu lembaga yang sedang enak dibuai mimpi yang berselubung di dalam selimut.
Tangan cantik mulus keluar dari selimut dan mematikan jam loceng itu. Kelihatan selimut itu mulai bergerak-gerak. Akhirnya keluar seorang gadis berambut panjang ikal mayang berwarna perang sambil menggosok-gosok matanya. Mahu menyedarkan diri dari mimpi indah.
Jam dilihat, 5:00 a.m. Dia mulai turun dan bergerak ke bilik mandi. Kepala yang tidak gatal digarunya.
Haih..hari yang baru dan kerje yang still lapuk. Gumam si gadis.
Selesai sahaja mandi, uniform berwarna biru gelap diambil dan dipakai. Rambut dikemaskan dan diikat sanggul rapi. Topi berwarna biru laut itu juga turut digapai dan dia mengambil beg kerjanya serta bergegas turun ke bawah.
Rumah sewa dua tingkat itu hanya dihuni oleh dirinya sahaja. Dia merupakan seorang anak yatim piatu, membesar di sebuah rumah anak yatim di Segamat, Johor. Dia membesar dan belajar bersungguh-sungguh hanya untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang inspektor polis.
Jiwanya begitu ingin berbakti kepada negara. Sudah banyak kes-kes yang berjaya dia selesaikan.
Kasut dipakai dan dia bergerak ke sebuah kereta jenis Myvi berwarna dark blue. Bergegas dia masuk ke dalam kereta setelah melihat jam menunjukkan pukul 7:00 a.m. Dia tidak mahu terlewat ke tempat kerje.
Kereta Myvi itu mulai keluar dari pekarangan rumah sewa dua tingkat itu menuju ke Ibupejabat Polis.
____
Selesai memarkirkan keretanya di garaj, dia mulai bergegas turun. Sempat juga berselisih seorang dua teman-teman serta anak buah nya yang baru sahaja keluar dari kenderaan mereka.
" Selamat pagi Cik Vender. " Ujar seorang kerani di situ.
" Ya selamat pagi jugak Ira. " Ujarnya tersenyum manis ke arah kerani tersebut.
Dia masuk ke dalam pejabatnya dan melihat banyak fail-fail yang mungkin baru sahaja dihantar kepadanya untuk disemak berada di atas mejanya.
Belum sempat dia melabuhkan punggung di sebuah kerusi pintu biliknya sudah diketuk.
Tok tok tok
" Ye silakan masuk."
" Cik Bunga Ungu, Tuan panggil ke pejabatnya sekarang. " Ujar temannya Dani.
" Haihh, baru sahaja saya duduk. Dah kene bangun balik. " Lantas punggungnya diangkat dan dia terus menuju keluar dari bilik pejabatnya.
Pintu bilik pejabat bos nya diketuk. " Masuk!" Laungan suara dari dalam memberi arahan.
" Ye Tuan. Ada apa cari saya?"
" Ini ada kes yang kamu kene handle. Kes ni sebenarnya dah lama, tapi disebabkan kamu banyak kes yang kene handle jadi saya hold dulu sekejap. Bagi kamu rest, dan sekarang kamu dah tak banyak kes kene handle jadi saya nak kamu pegang kes ni.
Kes ini sangat sulit dan merbahayakan. Tapi disebabkan kamu merupakan leader dalam team yang bagus serta pangkat tinggi dari yang lain jadi saya tak meragui kebolehan kamu. Saya harap sangat kamu boleh handle kes ni. " Kata seorang Ketua Polis Negara kepada Lavender.
"Kes ni tentang apa Tuan Isyak? Saya harus mengetahui detail pasal kes ni dulu baru saya boleh accept kes ni. " Soal Lavender sambil matanya melihat sampulan kertas berwarna putih itu.
"Ini merupakan kes yang sudah lama tidak dapat kami selesaikan. Kes ini mengenai penjualan senjata api serta penjualan organ. Sudah lama kami cuba menangkap mereka tapi terlalu sulit.
Dalam kes ni, saya ingin kamu menyamar menjadi salah seorang daripada mereka. Dapatkan segala rahsia mereka dan kedudukan sebenar tempat penyimpanan barangan itu semua serta mencari tahu siapa sebenarnya dalang dan ketua bagi kumpulan ini."
"Mereka semua ni apa? Penyagak? Penculik atau scammer?" Kerutan di dahi Lavender semakin terlihat jelas.
"Mereka sebenarnya.." Tuan Isyak kelihatan teragak-agak untuk menceritakan hal tersebut kepada Lavender. Takutnya nanti Lavender tidak mahu untuk membantunya menyelesaikan masalah ini.
"Sebenarnya apa?"
"Mereka sebenarnya mafia."
Dumm!
Bagaikan mahu luruh jantung Lavender mendengarkan apa yang baru sahaja diberitahu. Terketar-ketar lutut menampung berat badannya yang slim.
"Kamu mahukan menolong saya melaksanakan misi ini?" Tuan Isyak menanti dengan berharap bahawa Lavender mahu menolongnya untuk misi kali ini.
Aduhh! Dah laa muka orang tua ni macam berharap tinggi dengan aku. Kalau aku terima, aku boleh selamatkan nyawa orang negara ni. Ehh tapi kalau aku terima, nyawa aku yang jadi taruhannya! Aduuhh! Mafia ni bukan boleh brain sangat. Sekali aku kantoi hmm kene pancung laa aku huhuu..
" Ye saya terima untuk misi penyamaran kali ini "
Bersambung...
YOU ARE READING
THAT POLICE GIRL IS MINE !
General Fiction_ " Mana perempuan tu ? " - PRINCE ZEQSTER OKTAVIOLEE ARDDYAN _ " Kau ingat kau mafia aku takut ? Sorry bro tapi aku bukan pengecut macam kau , yang hanya berani berselindung di sebalik sebuah nama yang gah sahaja . " - LAVENDER LUCY _ " Kau kene...