Bab 3

8 0 0
                                    

Dengan berpakain serba hitam dari kasut kulit boot , seluar jeans , t-shirt hitam serta denim jacket rambut pula diikat messy bun wajah nya terlihat sangat menawan.

Usai merapikan diri di hadapan cermin biliknya, ditilik lagi pakainnya.

Hmm..cantik jugak aku selama ni, natural beuty betul desis Lavender. Sempat aku memakai sedikit lipbalm untuk  melembabkan sikit bibirku yang kelihatan sedikit pucat.

Selesai semua nya aku terus mengambil beg galas hitam milikku seraya berlalu keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup kemudian aku terus menuju ke bawah. Dapur dituju untuk mengambil roti untuk dijadikan sarapan. Jam ditangan dikerling.

6:45 am

Masih ada 20 minit berbaki untuk aku bergerak ke markas mafia itu.

Dari apa yang aku baca kelmarin, ketua mafia itu sangat sulit identitinya. Jadi aku cuma tahu dia merupakan seorang mafia kacukan Amerika-Melayu. Rekod kes jenayah sangat sulit untuk diketahui. Bagi aku orang ini sangat berbahaya, yelah kita tak tau apa yang ada dalam kepala otak dia itu.

Membunuh orang demi mendapatkan organ untuk dijual. Tidak kejam kah dia itu? Jual senjata api secara haram dan diseludup ke serata dunia. Kaya dengan hasil duit haram tu apa yang dia dapat? Kebahagiaan pun aku rasa terpesong jauh dari dirinya.

Ahh aku siapa nak judge orang, aku pun tak sempurna. Tengoklah sampai sekarang aku masih tak bertudung. Hmm, hidayah belum sampai la ni desis Lavender.

Usai memakan sedikit sarapan pagi itu, dia keluarkan motor Kawasaki Ninja hitam miliknya. Motor kesayang aku ni. Baru jer hantar basuh semalam. Aku menabung lama kot untuk motor ni mestila aku sayang. Yela aku ni anak orang susah bukan macam orang lain nak apa je dapat.

Takpela janji aku bersyukur dengan semua ni. Aku nak bergerak ke markas mafia tu tak kan lah aku nak naik Myvi kot. Haih, aku harap semua ni berjalan dengan lancar la.

Motor dinaiki. Enjin di start.

Vroom..vromm!

Setelah merasakan enjin sudah sedikit panas dia bergerak keluar dari pekarangan rumah sewanya itu. Motornya dipandu dengan agak laju kerana merasakan dia akan sampai lewat ke markas mafia itu.

Dari laluan yang penuh hiruk-pikuk manusia dari bandar hinggalah dia memasuki jalan berhutan. Dikiri kanan jalan hanya pokok-pokok yang dapat dilihat.

Setelah agak jauh dia berkendara akhirnya sampai jua di destinasi sebenar. Pagar tinggi bercat kelabu itu dipandang. Kiri kanan dilihat sebelum dia memberikan hon.

Pin pin !

Ding !

Dengan tak disangka, pintu pagar itu bergerak terbuka sendiri membolehkan aku melihat ke dalam. Gila bapak besar markas dia. Ini markas ke mansion?

Namun mansion itu tampak sedikit menyeramkan dengan pemilihan warna rumah itu dicat. Berkonsepkan ala British-Belanda rumah itu dicat berwarna hitam dan kelabu digabungkan dengan warna putih.

Aku menggerakkan motor aku masuk ke kawasan mansion itu. Deretan kereta sport antarabangsa itu terlihat di garaj keretanya. Uish, ni kalau aku menabung seumur hidup pun belum tentu boleh beli satu daripada ni.

Audi TT, Audi r6, Audi r8, Lamborghini Aventador, Porsche, Ferrari, BMW dan GTR pelbagai ada di sana. Ada lebih kurang sepuluh buah biji kereta sport internasional ada di sana. Sebegitu kayanya mafia satu ini.

Aku memarkirkan motor ku di sebuah garaj motor. Deretan motor berkuasa tinggi dari pelbagai jenis dan warna dapat ku lihat. Ada yang sama seperti ku tapi warna nya agak lain. Biru dan itu sangat cantik.

Aku berjalan menuju ke pintu masuk sebesar alam itu.

Ding dong !

Loceng ku tekan. Eh ! Mafia pun ada buat loceng kat rumah? Kalau kene serbu nanti memang polis kene tekan loceng ke apa?

Dang !

Pintu itu terbuka luas kemudian terlihat seorang jejaka tampan sedang berdiri di sebalik pintu itu.

"Welcome to Black Phoniex Sephora (BPS). So you are Miss Acy?" Soal lelaki yang berdiri tegap dihadapan ku saat ini. Melihat wajahnya saja sudah membuat aku tertegun. Bukan apa, dia terlalu hensem untuk buat kerja jahat macam ni.

"Erm..err yes. I'm Acy from Indiargo Groups. I'm here because Lezo told me that Tuan Calvin need my help or something like that." Ujarku seraya tersenyum ramah. Saja bermanis muka tak nak bagi mereka syak.

"Oh, yeah. I'm Calvin. So I invited you here because our Big Boss need his personal assistant after his personal assistant died. You know because of what right? So let me take you to look after Big Boss. " Calvin berjalan meluru ke hadapan diikuti aku di belakang.

By the way sebenarnya Dani dah bagitau aku pasal kenapa aku kene datang sini. Tuan Isyak yang suruh Dani pass dekat aku maklumat tu.

Jadi sebenarnya si Big Boss tu nak kan personal assistant baru lepas dia dah bunuh dia punya P.A tu. Dia bunuh P.A dia katanya sebab perempuan yang pernah jadi P.A dia tu pengkhianat. Ish ! Seram aku kalau si Mafia tu tau yang aku ni polis macam mana?

Kami bergerak ke arah satu laluan selepas keluar dari lif tadi. Amboih ! Canggih dan kaya betul mansion ni. Siap dengan lif bagai. 

Sesampainya kami di hadapan sebuah pintu besar ini aku disuruh oleh Calvin untuk masuk manakala dia akan menunggu di luar sahaja. Pandai-pandai lah aku nak cakap apa pun dekat dalam tu.

Aku melangkah masuk perlahan, kemudian pintu yang ada di belakang ku tertutup dengan kuat. Terkejut aku nyah. Aku berpaling ke hadapan di mana ada seorang lelaki sedang bertenggek duduk di kerusi pejabat.

Ku linggas kan kepala melihat keadaan bilik itu. Ternyata bilik itu merupakan sebuah pejabat yang dilengkapi dengan rak-rak buku, sofa dan meja, meja besar serta sebuah langsir yang menutupi sesuatu atau mungkin itu dinding kaca kerana kelihatan samar-samar cahaya menusup masuk dari sana. Bilik ini hanya diterangi lampu chandelier di atas dan lampu komputer serta lampu pejabat lelaki itu sahaja.

"So you are the girl? " Suara garau dan gemersik husky itu menyapa gegendang telinga ku sebelum pantas aku alihkan mata melihat ke hadapan semula di mana sebuah mata berwarna Emerald Green tajam memandang ke arahku.

Sedikit terkulat aku disitu sebelum aku tersedar yang aku harus mengawal tingkahlaku aku, kalau tidak padah menanti.

"Yes , I'm Acy from Indiargo Groups."

"So you know why you here right, girl?" Soalnya dengan mata tidak langsung beralih dari melihat mataku tajam. Aku sedikit gugup sebenarnya tapi aku cuba melawan.

"Yeah. I'm here for being your personal assistant right?"

"Who said?" Soalnya dengan sebelah kening terangkat ala-ala Ziana Zain tapi tak nampak sangat macam Ziana Zain sebab muka dia tak berapa nak melayu.

Aku sudah gugup bukan main. Panahan tajam anak mata hijau tua itu buatkan aku rasa nak terkencing tapi aku tahan. Maunya aku terkencing dekat sini tak ke malu aku dapat ?

"What do you mean Sir?" Aku cuba bertanya apakah dia salah cakap atau aku yang tak dengar.

"You here because not for being my fucking personal assistant. But you here for being my partner. Do you understand mi lady? " Ujarnya seraya tersenyum sinis melihat aku yang terpempam.

Betul ke semua ni? Silap maklumat ke apa si Dani tu? Ya Allah selamatkanlah aku..



Bersambung

THAT POLICE GIRL IS MINE !Where stories live. Discover now