"Abang, kenapa kau cari sangat perempuan tu? Penting sangat ke dia tu? Kalau aku lah kan memang aku biar je dia hidup tak payah nak kacau hidup dia. Biar dia senang lenang je. " ujar seorang lelaki tinggi lampai yang sedang duduk di atas sofa sendirian.
"You dont know how important she is to me. Even aku sanggup musnahkan semua yang aku ada sekarang ni demi dia." sang abang hanya menjeling sekilas kelibat si adik yang enak menyandarkan diri ke sofa empuk itu.
"Seriusly? Sebegitu gila nya engkau dekat perempuan tu bang? "
"Ini bukan gila tapi cinta. Aku sanggup korbankan diri aku, harta aku, segala aset yang aku ada dan aku sanggup korbankan orang yang aku sayang demi dia." katanya seraya tersenyum sinis. Di dalam kepala otak dia cuma hanya ada satu nama sahaja.
Hari berganti hari, hidup aku kian terancam namun aku tidak akan pantang menyerah.
Pembunuhan, penyeksaan, pembedahan kepada orang yang dianiya buat kan aku sedikit gerun. Macam mana kalau semua ni terbongkar? Adakah aku akan menjadi sebahagian daripada mereka ini?
Darah di merata tempat, organ-organ yang diambil dimasukkan ke dalam bekas khas kemudian ditutup dan dimasukkan ke dalam kotak. Setiap organ-organ yang diambil dilabelkan di setiap kotak.
Bilik pembedahan itu seperti sebuah neraka kepada seluruh mangsa-mangsa yang diikat. Bilik itu dilengkapi dengan sebuah almari di mana diletakkan segala peralatan tajam di sana, kemudian ada sebuah sangkar besar diperbuat daripada besi yang dimana terletaknya korban selanjutnya.
Para mangsa itu sendiri akan melihat bagaimana setiap korban disembelih dan dibedah dengan kejam tanpa sedikit pun ubat bius dikenakan pada badan korban. Darah yang merecik banyak terkena pada mangsa-mangsa yang berada di dalam sangkar.
Mereka hanya mampu menghitung hari sahaja sambil berdoa ada yang akan menyelamatkan mereka kelak. Kebanyakan dari mangsa yang diculik ini merupakan gelandangan dari serata negeri dan dibawa ke sini dengan menaiki van.
Kreekk
Pintu bilik neraka itu dibuka oleh seseorang. Semua yang berada di dalam itu melihat ke arah pintu bilik yang terbuka.
Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai dengan seorang gadis yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam bilik itu.
Aku melihat banyak darah-darah serta mayat yang telah dibedah dicampakkan ke dalam satu keranda besar kemudian keranda itu tertutup dan terbuka kembali namun mayat itu sudah tiada. Kemana hilangnya mayat itu? Aku biarkan persoalan itu di dalam minda aku. Aku mengikut Boss aku ke arah seorang ahli bedah yang memakai pakain putih dan apron diluar.
"Reo, dah berapa kotak barang kita?" Soal Boss aku kepada seorang lelaki yang berdiri di hadapan kami.
"Oh Boss ! Kita ada 52 kotak termasuk ginjal, hati, mata dan jantung. Oh ya Tuan, tadi Tuan muda kedua dan ketiga datang. Mereka meminta 4 kotak usus yang masih elok untuk dihantar kepada mereka. Macam mana Tuan? Tuan mahu Erick yang hantar atau Tuan mau bawa balik sendiri?" ujar Reo seraya memandang ke arah wajahku yang melinggas melihat keadaan sekeliling.
"4 kotak usus? Apa yang banyak sangat tu? Takpe biar aku bawa balik sendiri. Suruh Erick bawa 4 kotak tu kedalam bilik pejabat aku." Ujar Boss aku kemudian matanya beralih melihat aku yang sedang melihat ke arah kurungan tahanan itu.
"Apa yang kau tengokkan tu? Nak jadi salah satu dari mereka?"
Pantas aku berpaling semula ke arah Boss. Dia merenung tajam muka aku buatkan sedikit peluh dingin terbit di dahi.
"Maaf Tuan. Saya hanya ingin melihat dan tidak ingin masuk ke dalam sana." ujarku seraya menunduk melihat kaki.
" Seriusly stella? Kau pandang kasut kau buat apa? Kau pandang aku sekarang !" Kepala aku ditujah kasar oleh jari panjangnya.
Mata aku dan dia bertembung kemudian kami jatuh cinta. Eh ! Salah. Maksud aku, mata kami bertembung dan terus aku dijelingnya. Hampeh punya Boss apa dia ingat cantik sangat ke mata dia tu nak jeling-jeling pulak. Eh tapi mata dia memang cantik pon !
Aku sambung memandang wajah nya, baru aku perasan yang dia ni lain. Lain apa aku cakap? Dia lain sebab separuh dari wajahnya dilindungi sekeping mask. Dari tengah dahi sehingga menutupi mata kanan dia ke bawah tulang pipi dan disambung ke hujung telinga. Telinga kanan terdapat sebuah subang hitam.
Baru aku perasan dia hanya memakai topeng nya itu setelah dia keluar dari bilik pejabatnya, atau pun ketika aku dan dia hanya berduaan di sana. Kenapa dia kena pakai topeng? Muka dia hensem apa. Ceh, sempat lagi aku memuji jembalang ni.
Dengan tiba-tiba tanpa sepatah kata pun dia berlalu keluar dari bilik diikuti oleh aku. Aku tau dia sedang menuju ke bilik pejabatnya namun kenapa hati aku sedikit berasa lain. Aku memusing kepala kebelakang, tiada sesiapa yang mengikuti kami namun aku seperti terdengar derap kaki melangkah tadi.
Aku yakin aku tak tersilap dengar tadi. Ada penceroboh ke? Tak mungkin la sebab security dekat sini kuat. Mana mungkin penceroboh remeh itu boleh lepas semua ni. Hmm mungkin perasaan aku sahaja.
Setelah melihat dia masuk ke dalam bilik pejabatnya, aku bergegas sama untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya sebelum pintu besar itu tertutup. Namun belum sempat aku masuk mulut aku telah ditekup dengan sebuah kain putih yang mungkin mengandungi klorofom.
Aku cuba tidak menghirup udara dari kain itu namun sampai bila aku boleh bertahan? Akhirnya aku jatuh pengsan. Sebelum mata aku sempat tertutup habis, aku dapat melihat dengan sedikit jelas seorang lelaki berpakain serba biru dengan mask hitam merenung tajam ke arah ku.
"Goodnight stella. I mean Acy..."
Bersambung..
YOU ARE READING
THAT POLICE GIRL IS MINE !
General Fiction_ " Mana perempuan tu ? " - PRINCE ZEQSTER OKTAVIOLEE ARDDYAN _ " Kau ingat kau mafia aku takut ? Sorry bro tapi aku bukan pengecut macam kau , yang hanya berani berselindung di sebalik sebuah nama yang gah sahaja . " - LAVENDER LUCY _ " Kau kene...