Rizzkey melipat kemeja putihnya itu sampai ke siku. Dia tersenyum melihat diri sendiri di cermin. Bangga dengan mukanya yang kacak.
"You look handsome like always bro." Lah puji diri sendiri. Fea yang melihat itu ketawa.
"Yakin tu beli kat mana?" Tanya Fea sambil masih ketawa. Rizzkey senyum.
"Betul la kan, kau pun rasa aku hensem kan." Mengada. Fea mendekati Rizzkey.
"Kalau nak hensem mesti kemas." Fea tarik lengan baju Rizzkey itu semula.
"Pakai ni." Fea letak tali leher berwarna hitam di atas bahu Rizzkey.
"Pakaikan." Ngada.
"Saya tak pandai la." Saya kan single eh huhu.
"Sini aku ajar." Rizzkey ambil tali leher itu lalu dipakaikan kepada Fea.
"Macam ni." Satu per satu dia ajar. Fea pun fokus.
"Boleh?" Tanya Rizzkey setelah siap memakaikan tali leher itu pada kemeja Fea.
"Jap, saya try." Fea cuba buat di kemeja Rizzkey pula. Fokus dia buat sampai tak perasan Rizzkey senyam-senyum melihatnya.
"Ala tak jadi haha." Fea ketawa melihat hasilnya memakaikan tali leher itu pada Rizzkey. Lain bentuknya.
"Cuba lagi." Suruh Rizzkey. Fea pun cuba lagi. Berapa kali dia cuba baru dapat buat.
"Yes finally." Fea genggam penumbuknya semangat. Amat berbangga dengan dirinya. Rizzkey senyum.
"Good job." Dia angkat ibu jari. Fea tersenyum bangga.
"Nisek, saya pakai tudung jap." Fea melihat cermin lalu memakai tudung bawal berwarna hitam itu dikepalanya. Fea ni bawal lover ya everything.
Rizzkey melihat jari manisnya yang tersarung cincin kawinnya dengan Fea. Di jari kelingkingnya ada cincin Fea. Dia menarik cincin itu dari jari kelengkengnya. Dia ingin Fea memakainya.
"Dah siap ke?" Tanya Rizzkey apabila melihat Fea sudah siap memakai tudung. Gadis itu hanya membetulkan sedikit tudungnya agar kelihatan kemas.
"Okay dah." Fea angkat ibu jari. Saya bersiap tak lama ya everything.
"Tangan." Rizzkey hulur tangan kepada Fea. Fea angkat kening.
"Ha?" Tidak mengerti.
"Tangan kau, sini." Ujar Rizzkey lagi. Fea pun letak tangan kanannya di atas tangan Rizzkey itu.
"Yang kiri." Tak cakap awai-awai. Fea pun tukar tangan kiri. Rizzkey sarungkan cincin Fea itu pada jari manis gadis itu.
"Kau jaga sendiri." Ujar Rizzkey. Fea lihat jari manisnya itu sekejap lalu mengangguk.
"Baik." Benda senang maa.
"Dah jom." Ajak Rizzkey.
"Kejap." Fea jengket lalu membetulkan rambut Rizzkey yang sedikit tidak kemas.
"Rambut awak dah panjang lah, tak nak potong ke?"
"Mana lagi hensem, rambut panjang ke pendek?" Mengada. Fea tersenyum dibuatnya. Asal la mamat ni gedik lain maciam?"Pendek, style two block." Fea angkat ibu jari. Dia suka tengok rambut Rizzkey versi two block. Hensem mat. Berdamage.
"Nanti aku potong." Rizzkey senyum. Fea angguk. Mereka pun jalan keluar bersama.
...
"Ada kedai kucing la, jom pergi situ." Fea tarik tangan Rizzkey supaya mengikutinya ke kedai kucing. Rizzkey ikut jela. Mereka masuk bersama. Mereka melakukan pembayaran sekejap lalu dapat masuk dan bermain dengan kucing di situ. Tak ramai orang. Tiga empat orang macam tu je.
YOU ARE READING
FATE (HIATUS)
RomanceRizzkey Daim, sebut sahaja namanya seluruh ahli kongsi gelap pasti mengenalinya. Dia ketua Dark Ball yang digeruni dan dihormati semua. Menjadi ketua sejak umurnya 15 tahun dan lebih berkuasa apabila dia membunuh ayahnya sendiri, ketua Dark Blood. S...