Pukul 12.30 malam.
Haura dan Jevan masih berdua di pantai. Kini sudah duduk, sedikit jauh dari ombak. Keduanya memeluk lutut, masih memandang laut di hadapan sana.
"Ra.." Setelah setengah jam masing-masing berdiam diri, Jevan akhirnya membuka suara lagi. Yang dipanggil mengalihkan pandangan ke arahnya. Tangan dan kepala Haura direhatkan dia atas lututnya, mata tak lepas memandang lelaki itu.
"Macam mana kalau.." Kata-katanya seperti tersekat. Jevan terlihat berhati-hati untuk menyusun ayat supaya sosok di sebelahnya tidak sakit hati.
"Macam mana kalau aku dah tak ada banyak masa kat dunia ni?" Kata-kata itu meluncur begitu lancarㅡwalau sempat ragu-ragu untuk beberapa saatㅡmembuatkan dahi Haura berkerut tidak suka. Posisi Haura kembali menegak, riak wajahnya jelas terpampang bahawa Haura marah.
"Kau dah janji tak mahu cakap pasal ni lagi." Dingin. Nada suara Haura datar membalas. Tanpa menunggu balasan Jevan, gadis itu segera bangun dari duduknya. Niat mahu pergi dari sana. Namun ada tangan yang menariknya kembali duduk.
"Just for this time. Please?" Haura tidak menoleh untuk beberapa ketika. Pergelangan tangannya masih digenggam Jevan.
"I promise." Untuk ke sekian kalinya Haura luluh dengan kata 'janji' dari Jevan. Keluhan berat terdengar keluar dari mulut Haura sebelum dia kembali memandang Jevan. Kalini kerutan di dahi sudah hilang.
Hati Jevan senang kerana perempuan ini mahu menuruti permintaannya untuk kali ini. Senyuman penuh terukir di bibir.
"Kalau aku dah tak ada nanti, kau jangan sedih ya?" Senyuman itu masih kekal di sana walau sedang menuturkan kata yang cukup mengguris hati.
"Impossible." Singkat saja jawapan dari Haura. Walaupun terdengar dingin, namun dia masih setia mendengarkan Jevan.
"Doktor cakap aku dah tak lamaㅡ"
"He said you have 6 months left. But here you are after 6 months. Now can you promise me to stay here?" Hati Haura sakit. Tiada sesiapa yang mahukan kehilangan. Tiada sesiapa yang dapat menerima kenyataan begini rupa. Tiada.
"Sampai bila?" Nada suara Jevan kekal tenang walau lawan bicaranya sudah tenggelam dalam amarah.
"Sampai aku yang pergi dulu." Jawapan Haura membuatnya bungkam. Jevan menunduk melihat tautan tangannya dengan pergelangan tangan milik Haura.
"Je.." Jevan mengangkat kepalanya semula, menunggu Haura menyambung kata-katanya.
"Kau perlu sihat semula. Tolong jangan pergi ya?" Mata Haura cukup menjelaskan betapa sakitnya menelan perit kenyataan. Mata itu kering, tiada sebarang cecair yang keluar dari sana. Kerana air mata saja tidak cukup menggambarkan sakit yang dirasa.
Haura tak kunjung mendapat jawapan. Sekali lagi suaranya memecah kesunyian.
"Jangan cakap pasal ni lagi. Jom kita balik." Haura melepaskan tangannya dari genggaman Jevan. Segera dia bangun lalu melangkah pergi meninggalkan Jevan di sana.
"Maaf. Aku tak boleh janji." Gumamnya sendirian, menatap sosok Haura hilang dari pandangannya.
✰✰✰
"Lambat balik?" Suara berat itu menyapa pendengaran sebaik saja Haura menutup pintu utama. Ruang tamu itu gelap, tidak dapat menangkap dari mana punca suara itu datang. Tetapi dia tahu siapa.
Tangan Haura naik meraba dinding, mencari suis lampu.
Tik!
Mata keduanya mengecil sebaik sahaja cahaya lampu menerangi ruang itu. Lama sangat duduk dalam gelap, mata pun terasa agak pedih.
YOU ARE READING
L'avenir × njm
FanfictionFUTURE 2020 rewrite ; L'avenir a na jaemin alternative universe written by nanabloom 25/8/2023