030

31 7 0
                                    

STRAWBERRY KISS
- 030 -


" good job everyone "

kata coach mereka sebelum latihan mereka telah selesai. Yeonjun pun masuk kedalam bilik rehat untuk menukar baju dan rehat sebentar.

Tuala kecil dibalut disekitar lehernya dan melabuhkan punggungnya dibangku yang berada didekatnya.

Tidak lama selepas itu, sosok Beomgyu muncul dengan wajah yang annoyingnya.

" Hyung !" Jerit beomgyu membuatkan Yeonjun terkejut.

Dia memandang beomgyu dengan pandangan tajam.

" Takyah nak jerit-jerit ngab, aku dengar lagilah "

Beomgyu hanya tersengih memandang reaksi abangnya. Dia pun melangkah mendekati abangnya lalu melabuhkan punggungnya duduk disebelah Yeonjun.

" Aku nak beritahu sesuatu tentang Sohyun ni "

Mendengar sahaja nama yang keluar dari mulut beomgyu, Yeonjun tersenyum sinis.

" Apa lagi kau nak beritahu ?"

" Soobin ajak Sohyun pergi date harini "

Pergerakan Yeonjun langsung terhenti sebaik sahaja mendengarnya. Dia melihat beomgyu dengan pandangan yang pelik.

" Soobin ? Ajak Sohyun date ?? Kau biar betul " Tanya Yeonjun tidak percaya.

" Aku kebetulan mendengar perbualan Soobin menelefon orang..."

Flashback....

" Ah haus.." Beomgyu mengipaskan dirinya menggunakan tuala kecil yang dia ada dan melangkah pergi ke mesin air untuk membeli air. Tetapi dia mendengar seseorang sedang berbicara membuatkan dia terhenti.

Suara tersebut adalah milik Soobin, dan dia tidak tahu kenapa tetapi dia ingin menguping perbicaraan mereka.

"Sohyun-ah, kau free tak petang ni ?"

Mendengar sahaja nama tersebut membuatkan kening beomgyu berkerut.

" Syibal, Sohyun langsung tidak mendengar kata-kataku." gumam beomgyu sendirian.

" Great, jumpa di Cafe XXX jam 6 ni "

Sebaik sahaja Soobin mematikan call, beomgyu dengan lekasnya pergi meninggalkan tempat tersebut.

Flashback end...

Yeonjunn yang mendengar penjelasan daripada beomgyu mula merasa pelik. 

Soobin ? Apa pula motifnya kali ini ? Mengapa dia mengajak Sohyun pergi date dengannya sedangkan dia tidak mempunyai perasaan langsung terhadap perempuan itu..

" Hyung ? Hyung nak buat apa sekarang ?" Tanya beomgyu, yang turut merasa pelik dengan situasi ini. Yeonjun meletakkan tangannya dileher, mengusapnya sambil memkirkan apa yang harus dilakukan.

Dia tahu, jika dia cuba untuk merosakkan pertemuan mereka, dia cuma akan memburukkan lagi keadaan dan hubungannya dengan Sohyun akan berubah. 

Dia tidak mahu semua itu terjadi.

Tetapi dia tetap merasa tidak sedap hati akan hal ini.

Kerana orang yang terlibat adalah Choi Soobin.

---

" Thank you, sir " Ujarku sebaik sahaja turun daripada telsi tersebut. Dengan perasaan yang berdebar, aku menarik nafas sambil memandang cafe yang Soobin tentukan untuk pertemuan kami pada hari ini. 

" You can do it, Yoo Sohyun..I can do it !" Kataku bersemangat didalam hati. Kaki ku pun mula melakukan langkah menuju kepintu masuk cafe XXX tersebut. 

Bunyi loceng yang nyaman berbunyi sebaik sahaja aku membuka pintu utama tersebut. Dan cukup dari situ sahaja aku dapat menangkap sosok seorang lelaki yang amat aku kagumi, Choi Soobin.

Soobin perasan akan keberadaanku dan mula melambaikan tangannya sambil mengukirkan senyuman manis dibibir.

I hope this date will going smooth...

 To be continued...

『 𝐎𝐆 』𝐒trawberry 𝐊iss ♡⃕   𝙘hoi 𝙮eonjun ⸯⸯ ᵗˣᵗWhere stories live. Discover now