Bab 1: Ku Kenalkan Semua

4 0 0
                                    

"Matt, kita akan buat meeting untuk acara yang Cikgu Abdul cakap semalam."

"Bila? Kau inform ja masa, kita try bincang."

"Aku kena bincang dengan kau planning dan ketua ketua yang akan terlibat untuk acara tu. sebab Cikgu Abdul cakap akan ada beberapa sekolah lain yang terlibat termasuk 3 buah sekolah International."

"Alang-alang malam ni aku gi lepak dengan Jay, kita bincang malam ni boleh?"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Gerbera!"

"Eh, Madam. Kenapa Madam?"

"Tadi Cikgu Steven suruh Madam cari kamu berkenaan dengan Mackenzie. Madam ingat kamu dua adik beradik."

"Cikgu Steven?"

"Yes. You can go to his room now."

"Alright! Thank you Madam!"

"Matt, kau balik kelas dulu. Nanti kita bincang lagi. Tolong cakap ngan cikgu aku lambat masuk kelas nanti. Bye Matt!" Aku berlari menuju ke bilik guru.

"Alright!" balas Matt.

Tiba di depan bilik yang paling digeruni oleh pelajar Sekolah Menengah Timberland. Aku melihat terdapat sosok tubuh yang sangat ku kenali. Aku menepuk bahu nya.

"Oi! Kau buat apa lagi ni bangang?"

Ya, Mackenzie Jay nama penuhnya, aku memanggil dia Jay. Kawan lelaki ku dari kecil yang selalu timbulkan masalah tapi seorang yang sangat baik.

"HAHAHAHA Tan. Sorry Tan. Tadi aku cakap mama dengan papa outstation. Jadi, macam biasalah kau jadi orang perantaraan."

"Ergh! Dah la jom masuk!"

(pintu diketuk)

"Masuk. Eh Gerbera. Duduk."

"Sorry Cikgu. Mesti cikgu dah menyampah tengok muka saya kan", kataku sambil bergurau.

"Macam biasa la Gerbera, kamu pun tahu masalah kawan kamu ni. Dari dulu sama saja sampai saya pun tak tahu macam mana nak menghukumnya. Jadi, kamu tolong sampaikan dekat ibu bapa Jay tentang hal ini." Cikgu Steven menghulurkan sekeping kertas kepada ku. Yah, paling tidak surat amaran dari pihak sekolah untuk Jay. Cikgu Steven merupakan sahabat baik kepada orang tuaku dengan orang tua Jay. Kerana itulah beliau berani marah dan berkasar dengan Jay.

Aku dan Jay keluar dari bilik Cikgu Syl.

"Thanks Tan! hehehe memang kawan terbaik la!"

"Dah lah Jay. Kau merokok lagi? belakang tandas?"

"Eh tak lah Tan."

"Habistu?"

"Merokok di depan pagar sekolah, bukan belakang tandas.".

"JAY!!!"

"HAHAHAH Sorry la Tan."

"Kau ni kan. Aku dah cakap la jangan merokok di kawasan atau tempat yang berdekatan dengan sekolah."

"ya ya"

"Kau mau tau?"

"Apa? Nak ponteng kelas cikgu Amber ke? Jom la kalau nak!"

Aku menceritakan cerita yang diberitahu salah seorang kawanku semalam. Cerita dimana ada beberapa pelajar tidak puas hati dengan aku. Ada yang mengatakan aku tidak pernah menggunakan kuasa ku sebagai ketua pengawas mengambil tindakan kepada Jay yang sering membuat masalah. Sejujurnya, aku sendiri tidak pernah menangkap Jay membuat masalah. Yang sering menangkapnya adalah pengawas lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ada Cerita Dalam CeritaWhere stories live. Discover now