namaku chea, katanya
dari kemboja
ke sini memburu wang
dan secebis bahagiadengan mata seredup langit
dan bibir sebasah tonle sap
masih tersepit sebatang rokok
asapnya menyambar hidungkusebelum menerus bicara
si mandur menjerkah
mencipta jarak segeraah sial betul, katanya
lalu menyambung tugas
diiring lagu yang melonggarkan
tipis hati dan kertas perasaannya
YOU ARE READING
Tercatat: sajak-sajak Abdullah Hussaini
PoetryWIP: sajak-sajak sempena lawatan ke Vietnam gambar : Unsplash; Red Institute kaver : edit kat canva