Malam itu di ruang tamu, Humairah lagi sibuk menghadap televisyen. Dia yang lagi fokus melihat drama 7 hari mencintaimu
"Woi buat apa tu sampai aku balik pun tak dengar! " Ain muncul dan meletakkan beg galasnya di meja kopi itu
"hesy! Kau ni Ain bila sampai,tak dengar pun hon!" Humairah memandang muka Wanita itu
"memang lah tak dengar! Khusyuk tengok abe khuzairi kau! " Ucap Ain dengan kesal
Humairah membuat muka sahaja
"buat muka! Buat muka! Buat muka!" Ucap Ain dengan kesal
"eh esok aku cuti" Ucap Humairah kepada ain
"lepas tu?" Soal Ain
"eihhh kau ni kan!" Kesal Humairah dibuatnya
"berapa hari pula kau cuti?" Ucap Ain
"enam hari cuti" Ucap humairah dengan riang
"bak sini air kau? nak minum" Ain mengambil cawan ditangan humairah dan dia menghirup air oren itu
"kau reti bawak kereta kan?" Ucap Ain
Humairah mengangguk sebagai jawapan
"tak payah lah naik motor dah naik je kereta, myvi kau tu dah jadi pekasam aku tengok" Ucap Ain
"ihh motor ex5 aku tu elok lagi lah pakai je tu dulu" Bantah Humairah
Ain hanya membuat roll eyes sahaja. Dia pun sudah penat dengan perangai Humairah ni. Bangun dan meninggalkan ruang tamu tersebut, dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur untuk membersihkan badan yang sudah lengket dengan peluh
Alexandria, Mesir
Danish memandang dua buah bagasi besar yang bersandar pada dinding. Matanya meliar memandang kamar tidurnya yang sudah dikemaskan. Habis barang - barangnya tersumbat ke dalam bagasi. Esok dia akan terbang pulang ke tanah Air. Harus Meninggalkan kesemua perkerjaannya disini.
"dah habis kemas?" Soal Aaron
Danish mengangguk sebagai jawapan...
"kau balik Malaysia demi nenda kau je" Ucap Jay
Lagi lagi danish mengangguk sebagai jawapan. Mereka berdua hanya senyum sahaja
"esok bangun awal nanti terlepas flight pulak" Ucap Jay
"i know, jay! " Udah Danish
Mereka berdua melangkah keluar dari bilik daniel dan kembali ke bilik tidur masing masing
"haih, berharap semua akan menjadi lebih baik" Ucap Danish
TBC

KAMU SEDANG MEMBACA
Into The King's Arms
RomantizmGenap usianya yang ke 27 tahun, Danish dipaksa pulang ke Malaysia setelah hampir 7 tahun dia menetap di negara orang. Meski hati rasa berat, pemuda bangsawan itu terpaksa akur dengan permintaan bonda agar dia pulang menemani Nenda di Rumah Agam itu ...