Ep 05

41 3 0
                                    

Terkebil kebil Lais. melihatkan Diya yang berlari pergi begitu saja.

'ada barang tertinggal kut' mampu sedapkan hati je. Sempat dia berfikir yang Diya berlari kerana melihatkan dia.

Fuh

'takpa lah.aku tunggu je.nanti dia datang balik.' Detik hati si Lais.

Jejaka itu melabuhkan punggung di sofa berdekatan pintu masuk.
Mata melihat television yang menayangkan drama. Malam malam begini,pasti siaran ulangan.

" Is. pakngah panggil kat belakang, tolong dia ..ape tah.cuba lah kau tengok" Luay datang cekak pinggang.

"Haa..okay lah" Lais lantas bangun berlalu.

"Bagus. sekarang masa aku pula la nak rilek rilek.penat wo." Luay pula ambil alih,duduk di sofa.

Tombol on ditekan pada telephone.
App game di buka.

Inilah masa ku..

Tidak di endah kan suara riuh yang ada dalam villa tu.dengan suara sepupu sepupu. yang kecik bermain berkejaran.. yang besar, erm..tengah buat lawak kut. ada juga Suara makcik makcik sembang.. suara pakcik pakcik dengan acara membakar nya.
Suara television yang terpasang,tetapi tiada yang melihat. !

Luay senyum sendiri.inilah keluarga dia..tak bising, memang tak sah.
Lantas badannya disandarkan disisi kiri hujung sofa.

Tak lama ..

"Assalamualaikum"

Luay melihat sekeliling.tidak ada yang nyahut.
dengan suara perlahan macam tu...semut pun tak boleh nak dengar. haih

Dia bangun,berjalan menuju pintu utama.

"Masuk la" senyuman diberi.
Tapi perempuan tu tak nampak. yelah..kepala tunduk gitu, dah kenapa!

Sampailah...dia mengangkat kepala. memandang Luay. Bukan setakat Diya! Luay pun terkejut dibuat nya!

"Eh"

"Ehh"

"Ehhh"

"Ehhhh"

'makin panjang pula lelaki ni sambut' getus hati Diya. Tak tahulah nak gelak ke nak nangis.
Siyan.  muda lagi.

~~~~~✿✿✿✿✿~~~~

Umi sedang berbual bual bersama makcik Su, juga adik beradik nya. dan....

ya! Ditemani kak Durr!
Kak Durr tu memang, kalau nak tunjuk ayu atau sopan depan makcik makcik....memang nombor satu!
Nak ambik hati katanya..hahah

Tapi bagus lah. itu yang sepatutnya.bukan hanya datang makan, lepak lepak . Ish ish tak bagus kalau gitu.

Diya pula duduk di sofa,tengok television.

"Ooh rupa-rupanya..kau ni, kakak Sayyid Fathan"
Terkejut Diya tiba tiba Luay datang menyapa. Dia melabuhkan punggung di sofa single, sebelah Diya.

"Awak kenal Fathan?"

"Mestilah. Kawan lama. "

Diya angguk."jadi maksudnya..awak sebaya dia?!"

Diya nampak jejaka itu menaikkan bola mata nya keatas.Tanda berfikir sejenak,
"Yup"

Diya melopong seketika.
'sama dengan Fathan! Bawah aku! Serious la!! punya la aku ingat dia atas aku ..sebab ketinggian dia." Huhu
Sedih pula Diya.

'tapi kalau fikir fikir..Fathan juga lebih tinggi Dari aku.jadi tak peliklah. Kak Durr yang perempuan pun,tinggi Dari aku. Ke ...aku seorang je makhluk dalam bumi ni yang paling kerdil ! Huarghh takkanlah!'
Muka Diya kelat bila pikirkan hal tu.

Huwa Faqih!Where stories live. Discover now