Ep 06

27 3 0
                                    

Muka Diya merah padam menahan malu.

Mana taknya...

Boleh pula si Durrah ni mengusik usik dia dengan si... Lu'ay !

Arghh!

Tahulah..jejaka itu memang hensem pun. ehh..salah..bukan.. nak cakap lain sebenarnya tadi.

Alkisah nya disebabkan semalam tu lah..
Diya sangkakan Durrah tak perasan, sebab asyik bersembang dengan makcik- makcik. Rupa rupanya mata sibuk memerhati Diya dengan Lu'ay.

Dalam hati si Durrah masa tu..'aish serasi betul lah diorang ni..dahtu cepat betul diorang ni rapat.kena eratkan lagi ni'

"Qehhh~"
Mendayu dayu Durrah memanggil Diya. tak habis lagi la tu.

"Apa?? ishh dah la tu.. orang tak ade apa apa pun dengan dia..Kak Durr nii!" Makin tambah malu Diya,
Iye lah! Tadi boleh pula..! dia sebut sebut nama si Lu'ay tu depan umi!!

"Hensem apa Lu'ay tuu..kamu tak nak ke"

Diya menonton television.dia buat tak endah. Padahal hati..sudah panas membakar!

"Akak teringin juga nak adik ipar hensem macam tu..hhaha" sambung Durrah lagi.

"Eii dah la tuu..dia budak bawah umur lahh" Diya sudah tidak dapat tahan..dia menekup muka Durrah dengan bantal kusyen.

"Eh eh berkatla..kalau suami bawah umur ni" ditekup muka, tidaklah menjadi penghalang untuk Durrah terus mengusik.

" ihh tak gunalah kau ni!" Diya buat muka merajuk. pandangannya di alihkan.

"Okay okay tak kacau dahh" Durrah menghabiskan sisa tawa nya..seronok betul dapat kenakan Diya.
Lagi lagi bila pipi Diya sudah naik kemerahan.

Haihh Durrah..Durrah..

Puan Hana hanya menggeleng kecil melihatkan perangai anak anaknya.
Bukan tak mahu tegur..tapi sudah kenal sangat perangai. memang lumrah anak anak nya suka menyakat.. kalau sorang tak disakat, pasti 'seorang' akan disakat.
haih apa nak kata. Dan dia juga tahu.. anak anak nya pandai memujuk Dan cepat dipujuk. jadi dia tidaklah terlalu risau.

"Okay harini nak gi mane geng?"
Soal Durrah sambil mata mencari cari sesuatu di dalam telephone.

"Alahh data Diya dah habis lah"
Rungut Diya tiba tiba. baru dia sedar agaknya.

Diya menepuk nepuk Durrah..meminta belas kasihan.

"Mintak la kat boyfriend kau"

Makin kuat pukulan Diya pada Durrah.pahamlah dia,maksud boyfriend yang dikatakan Durrah tu.

Durrah ketawa lepas.Kelakar sungguh.

"Kau pergi minta kat Faiq. Dia kan kaya" Durrah beri idea pada Diya. Walaupun niat sebenar ingin selamatkan diri..tapi tak apalah.

Diya menunjukkan jari good pada Durrah. 'pandai jugak kau kak'

Diya terus berlari cari Faiq.
Waktu susah baru kau nak cari ya!

~~~

Fathan keluar Dari villa. Ambil angin. sementara menunggu kakak-kakak nya bersiap. haih faham faham sajalah.

"Wehh"
Seseorang menyapa nya.

Fathan berpaling ke arah tu. Dia sengih.

Lu'ay datang menghampiri.

"Korang nak keluar eh?"

"Haah. kau?"

"Aku tak tau la..tah family aku tu nak keluar ke..atau nak mereput kat dalam tu je ke..aku tak tau. Korang nak gi mane?" Soal Lu'ay lagi.

Huwa Faqih!Where stories live. Discover now